My Friends

KLIK LA!

Friday, December 31, 2010

Golden Breaded Chicken Chop

Selamat Menyambut 2011......menu ni merupakan n3 terakhir tahun 2010. Dinner tadi kami makan ayam bersama kentang putar dan brokoli. Anak2 mmg suka sgt kalau menu ala2 barat cam ni...
Akak guna dada ayam utk buat chicken chop ni. Kemudian akak belah 2 dada tersbt supaya jd nipis. Selepas tu diperap dgn bahan perapan selama 3 jam baru la di salut dgn bread crumbs.


Golden Breaded Chicken Chop

Bahan-bahan:(utk 6 orang)
6 keping dada ayam - dibelah dua tapi jgn sampai putus
Bahan perapan:
2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sudu besar madu
garam secukupnya
Bahan salut:
200 g bread crumbs
5 biji telur
sedikit minyak utk menggoreng
Cara membuat:
Perap ayam dgn bahan perapan selama 3 jam.
Selepas 3 jam, ambil sekeping dada celupkan dlm telur kemudian masukkan kedlm bread crumbs kemudian masuk semula ke dlm telur pastu masuk balik kedlm bread crumbs supaya salutan diluar agak tebal.
Ulang hingga ayam habis.
Panaskan sedikit minyak dlm kuali, goreng sekejap kepingan ayam tadi (selama 1 min utk setiap belah)-tujuan supaya nampak berminyak sket
Ulang hingga ayam habis.
Susun ayam tadi dlm loyang, bakar dlm oven pd suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Resepi kentang putar boeh lihat sini

Sayur Lemak Nangka Muda

Salam semua....tak sampai 2 jam lagi, kita akan meninggalkan 2010. Terasa sayu juga sebenarnya. Segala kenangan manis 2010 kita bawa bersama tapi kenangan pahit kita tinggalkan dibelakang.

Sayur ni sebenarnya menu hari Jumaat lepas...dah seminggu rupanya ek. Cara masak sayur ni sebenarnya ikut stail mak akak... dia masak sayur nangka muda menggunakan lada hitam. Lauk ni kalau digandingkan dgn sambal belacan, ikan goreng serta ikan kering goreng...perghhhhh sedap u. Sgt enak dimakan tatkala hujan turun hehehehehe...

Sayur Lemak Nangka Muda

Bahan-bahan:

3 keping nangka muda - potong kecil dan direbus hingga lembut kemudian toskan
1 biji kelapa - ambil santan
3 ulas bawang merah-ditumbuk halus
1 ulas bawang putih -ditumbuk halus
1 sudu kecil lada hitam -ditumbuk halus
1 in kunyit hidup -ditumbuk halus
sedikit udang -boleh diganti dgn ikan bilis
garam secukup rasa

Cara membuat:

Masukkan santan kedlm periuk diikuti bahan tumbuk, udang dan nangka muda.
Masak hingga mendidih, masukkan garam secukup rasa.
Sedia utk dihidangkan.

Thursday, December 30, 2010

Cheesy Chikaroni

Salam semua....

Dah byk hari tak masak...sejak Sabtu lepas...baru hari ni dapur ku berasap semula...

Malam ni tak tahu nak masak apa...cam dah jemu nak makan nasi. Husben pulak tak balik kerja lagi, dah malam2 begini. Tengah pening nak masak apa utk dinner mlm ni, buka petiais..terpandang chicken meatball ayamas...dan teringat cheese powder yg dibeli kat Bangi baru2 ni..terus keluar idea dan inilah hasilnya..tarrra!

Cheesy Chikaroni My Style

Komen anak2...."mak macam kfc punya lah" iyo lah tu nak oiii..anak2 akak mmg hantu pasta dan cheese...mesti lah dorang kata sedapkan..

Cheesy Chikaroni

Bahan-bahan:

1 paket Macaroni-direbus dan ditoskan
1 paket chicken meatball ayamas-direbus dan ditoskan
3 ulas bawang putih - dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
serbuk cheese Jalapeno - dicampur dgn air panas
minyak utk menumis

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan pasta, meatball dan serbuk ladahitam
Gaul sekata boleh lah diangkat
Masa nak dihidangkan, curahkan cheese atasnya.

* Akak langsung tak letak garam sbb cheese ni dah agak masin.

Jom Makan Pizza !



Pizza ni sebenarnya akak buat hari Jumaat lepas. Cuma hari ni baru boleh upload gambar.

PIZZA BASE ( base ni jenis yg lembut)

Menghasilkan 2 keping pizza base bersaiz 9 in

Bahan-bahan:
  • 350 g tepung roti (strong white bread flour)
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera
  • 225 ml air suam
  • 1 sudu besar minyak zaitun - boleh ganti minyak sawit

Cara membuat:

  • Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
  • Larutkan garam dalam air.
  • Tuangkan air dan minyak zaitun ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata
  • Uli adunan diatas tempat permukaan yg di tabur dgn sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat
  • Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yg dilenser dgn sedikit minyak dan ditutup dgn cling film.
  • Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
  • Uli adunan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
  • Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yang dikehendaki.
  • Letakkan kedalam dulang pembakar dan dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula
  • Cucukkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti
  • Bakar di dlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan
  • Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju
  • Bakar semula sehingga keju cair

SOS TOMATO

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang besar } di cincang
  • 2 ulas bawang putih } dicincang halus
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 biji buah tomato } dicincang
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3/4 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil oregano
  • garam secukup rasa

Cara membuat sos:

  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
  • Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
  • Kacau sehingga pekat

BAHAN TABURAN- boleh letak apa saja mengikut citarasa dan bajet masing2....tapi mozarella dan cheddar cheese mesti ada.

Friday, December 24, 2010

Asam Rebus Batang Keladi

Salam semua....pagi tadi g pasar Jumaat, beli batang keladi. Dah lama tak masak btg keladi. Salah satu lauk kegemaran akak. Akak lawan kan dgn ikan kering goreng dan sambal belacan...abis nasik sepiuk tadi makan bersama famili dr kg...hehehehe.

Asam Rebus Batang Keladi

Bahan-bahan:

1 ikat batang keladi
2 keping asam keping
sedikit udang
garam secukupnya

Bahan tumbuk:

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
5-6 tangkai cili kering - kalau suka pedas boleh tambah lagi atau campur cili padi

Cara membuat:

Batang keladi disiat kulit, jika ada ubi juga dibuang kulitnya kemudian dipotong kecil
Rebus hingga lembut dan toskan
Masukkan kedlm periuk semua bahan dan air secukupnya
Bila mendidih masukkan btg keladi.
Biarkan seketika bolehlah diangkat.



Tuesday, December 21, 2010

Kek Lapis Cheese Coklat

Assalamualaikum semua...

Hari kek sedunia........buat kek lapis khas buat famili (adik2 dan ibuku ) yg akan dtg dr kg.
Kek ni masih menggunakan resepi kek lapis cheese terdahulu sumbangan
ziela-85..boleh lihat resepi di sini.

Tapi kali ini akak selang selikan dgn perasa coklat (sebahagian dr adunan akak letak coklat emulco)...komen dr anak2...
ermmmmm sedap giler..hehehehe..biasa lah budak2 mmg suka coklat. kalau akak suka yg ada prune...taste org tua katakan....hahaha

Masih kena praktis lagi dan lagi....lapisan masih tak sama tebal...padahal guna senduk yg sama...apa2 pun apa ada pd rupa kan...janji SEDAP ! (ayat nak sedapkan hati lah tu)

Plain Butter Cake

Assalamualaikum.....

Hari ni nak kongsi salah satu resepi kek kegemaran akak. Dah lebih 5 tahun akak buat kek butter menggunakan resepi ni, mmg suka sgt.


Resepi ni dikongsi oleh Pn Bebop dr FnR, so far semua resepi dia mmg mengancam habis. Terima kasih diucapkan kpd Bebop krn sudi berkongsi resepi, semoga beliau sentiasa diberkati NYA.
Kek ni akak suka2 gi letak ceri, tu yg nampak merah2 ...saja nak perabis stok ceri yg dibeli masa buat biskut raya tahun ni. Sebelum masuk tahun baru kena lah habis kan.

PLAIN BUTTER CAKE (akak guna 8" x 8")

Sumber : Bebop FnR

Bahan A

250 gram butter
200 gram gula (gula castor) -kurangkan jd 170g, ok dah bg akak
210 gram tepung gandum - guna tpg superfine & ayak dgn b/powder
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila - resepi asal takde ni

Bahan B

5 biji telur

Cara-caranya:

Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati.
Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan.
Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil.
Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160'C selama 50-60 minit


* Tips dari Bebop, untuk mendapatkan kek butter yang cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.

Monday, December 20, 2010

Ketupat Sotong Trg


Salam semua.....

Menu hari ni, ketupat sotong Trg. Dah lama tak buat ketupat sotong, payah nak jumpa sotong besar. Kalau sotong trsbt ada telur lg sedap.


KETUPAT SOTONG (versi Trg)

Bahan-bahan:
  • 12 ekor sotong besar (yg ada telur lagi sedap)
  • 1 cawan beras pulut yg sudah dibasuh bersih
  • 1 sudu kecil halba
  • 2 cm halia } dimayang halus
  • 4 ulas bawang merah } dimayang
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • garam secukup rasa
  • secubit gula jika suka
  • 12 btg lidi sepanjang 2 cm
Cara membuat:
  • Beras pulut direndam dlm santan pekat dgn sket garam sekurang-kurangnya 3 jam
  • Kemudian masukkan beras kedlm sotong sehingga hampir 1/2 badan sotong
  • Semat dgn lidi supaya beras tak keluar
  • Selepas tu masukkan santan cair dan sotong
  • Rebus hingga sotong hampir masak
  • Kemudian masukkan lebihan santan pekat, halia, bawang merah dan halba ,garam dan sket gula
  • Renehkan sehingga kuah agak pekat boleh lah diangkat.
  • Sedap diratah begitu saja..nyummy.

jika malas nak rendam beras pulut boleh buat camni:

1 cawan beras + 1/2 cawan santan pekat + secubit garam -- > masak atas dapur hingga santan kering (pulut akan jd separuh masak) pastu sumbatkan dlm badan sotong sehingga 3/4 badan sotong baru rebus dgn santan cair..dan step berikutnya serupa spt diatas

* Jika inginkan lebih kuah, boleh tambahkan kuantiti santan..


Saturday, December 18, 2010

Cucur Nasi Ikan Bilis

Akak suka jelajah dr satu blog ke satu blog cuci2 mata sambil intai resepi2 baru yg harus dicuba tiba2 mata akak terpandang cucur nasi kat blog yatie dan cmg. Rasa terpanggil utk mencuba apatah lagi kat rumah ni selalu ada nasi lebih kadang2 jemu juga nak buat nasi goreng. Dan cucur/jemput2 nasi ikan bilis ni adalah cubaan yg ke-2. Sejak pertama kali buat terus jatuh cinta sama ini resepi hahahaha..suka sgt sbb jemput2 tu kekal lembut sampai ke malam hehehee. Resepi ni akak kutip dari blog Yatie memories. Timakasih Yatie krn sudi berkongsi resepi yg sungguh simple tapi sedap. Lepas ni kalau nak buat cucur bilis..akak pasti akan letak nasi ..hihihi

Yatie izinkan akak CnP resepi disini sbg panduan anak2 akak dimasa depan, tqvm

Cucur Nasi Ikan Bilis

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar - yg ni akak hiriskan aje
  • 2 biji bwg putih - tak letak
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.

Thursday, December 16, 2010

Roasted Blackpepper Chicken with Mashed Potato & Gravy


Dinner mlm ni...ala2 western gitu..dah jemu makan nasi, sesekali makan mashed potato syiok jugak..

Anak2 lah mintak ayam panggang lada hitam ni, akak pun macam dah buntu nak masak apa. Jemu jugak kadang2 kehabisan idea nak masak apa.

Bersiap sedia utk kena sembelih...anak2 keliling meja tak sabar nak makan..

Roasted Blackpepper Chicken

Bahan-bahan:

1 ekor ayam saiz sederhana
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sdb kicap manis
3 sdb sos tiram
2 sdb sos lada hitam
2-3 sdb madu - boleh ganti dgn gula
lada hitam biji - ditumbuk kasar secukupnya
1 sdb mentega
garam secukupnya

Cara:

Cuci ayam dan toskan.
Perap ayam dgn semua bahan diatas selama sekurang2nya 3 jam
Panggang dlm oven pd suhu 170C selama 1 jam atau lebih bergantung kpd saiz ayam
Bila dah masak angkat ayam, simpan jus dlm loyang pembakar.

Gravy

Cara:

Masukkan 1 cawan air atau secukupnya kedlm loyang pembakar ayam tadi.
Kacau sikit.
Pindahkan campuran air tadi kedlm periuk.
Tambah tepung gandum 2 sdk, kacau atas api yg perlahan sehingga agak pekat. Rasakan garam secukupnya
Jika suka boleh letak serbuk ayam sket tapi akak tak letak pun.
Angkat dan sedia utk diguna.

* Sukatan resepi ni anggaran sahaja....bole ditambah ikut citarasa masing2

Kentang Putar (Mashed Potato)

Bahan-bahan:

  • 1 kg kentang Russet
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Cara membuat:

  • Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus didalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
  • Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
  • Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, lada hitam, mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan

Sambal Tumis Sotong


SAMBAL TUMIS SOTONG


Bahan-bahan:
  • 1 kg sotong
  • 6 ulas bawang merah }
  • 1 ulas bwng putih }
  • 20 tangkai cili kering - tambah lg jika suka pedas }dikisar
  • sket air asam jawa
  • garam
  • gula melaka secukup rasa
  • sket belacan
  • minyak masak secukupnya
Cara membuat:
  • Sotong dicelur tanpa air dlm kuali sekejap sehingga airnya keluar. Toskan
  • Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar dan belacan sehingga naik minyak dgn api yg perlahan
  • Masukkan gula melaka, kacau sehingga naik minyak
  • Masukkan sotong dan air asam jawa
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Kacau sekejap boleh lah diangkat

Wednesday, December 15, 2010

Creme Caramel (Caramel Custard)

Dah lama tak buat caramel...ni menu petang semlm....akak guna resepi dr buku beli kat UK dulu...sedap caramel ni lembut je masuk tekak dan ianya licin je hehehe

Ni sebenarnya ceduk nak masuk mulut dah...tak sabar nak ngap hahahaha..
Resepi akak CnP dr dapur lama akak...


CREME CARAMEL (CARAMEL CUSTARD)

To serve 3
Ingredients :


  • 2 eggs
  • 2 egg yolks
  • 2 tsp castor sugar
  • 1 tsp vanilla essence
  • pinch of salt
  • 1/2 pint milk
Caramel:
  • 90 g sugar
  • 5 tbsp cold water
Methods:

(I) Caramelizing a mould (using 1 pint soufflé mould):

  • In a heavy pan over a low heat, dissolve sugar in a little water. Cook over moderate heat until the mixture is a light amber colour
  • Stop the cooking by dipping the pan momentarily in a bowl of ice cubes and water
  • Immediately pour the caramel into a warmed, dry mould. Using oven gloves, pick up the mould and rotate it so that the caramel runs round the inside of the mould, coating it completely. Allow the excess caramel to form a layer on the base.
  • To prevent the custard from sticking to the mould, use a pastry brush to put a little oil on any areas of the mould that remain uncoated with caramel.
  • Allow the caramel to become cold whilst making the custard.
(II) Making the custard:
  • Put the whole eggs, egg yolks into a bowl with the castor sugar, vanilla essence and a pinch of salt and mix them together with wooden spoon . Heat the milk and pour it slowly on to the egg mixture, stirring all the time. Strain the custard into prepared mould then skim off any foam from the surface. Covered with greased paper or aluminium foil. Steam VERY SLOWLY for about an hour until the custard feels firm in the centre OR steam bake in a oven preheated to 170’C with some warm water round the mould about two thirds of its depth.(see picture below).
  • Test that the custard has set by inserting a knife into it. The knife should come out clean if it does not , cook the custard for a further 10 minutes, then test again.
  • Remove the mould from the steamer or oven dish and leave it to cool. When the custard is tepid, insert a knife a little way down the side of the mould and run it round to free the sides of the custard.
  • Hold the mould steady with one hand and use the fingertips of the other hand to ease the custard from the sides of the mould by pressing gently on the surface
  • Continue until the custard is not sticking to the mould at any point.

Kek Lapis Cheese Prune

Hari ni terlebih rajin, sebenarnya dah lama menyimpan hasrat utk buat kek lapis ni sejak makan kat sekolah beberapa bulan yg lepas. Kawan akak tu siap print resepi bg akak suruh try, resepi tu rupanya dia amik dr MyR sumbangan zhiela-85. So tadi akak kuat kan semangat utk buat kek ni. Cuma akak tambah prune dlm kek tu, kisahnya nak buat satu warna coklat satu lg warna asal. Bila dah siap bancuh adunan nak bubuh coklat emulco...sekali buka bekas coklat emulco tengok2 emulco ku dah keras kejung dgn kata lain kering uwaaaaaaaa...sadisnya...pastu akak kalerkan lah ijo..pastu terfikir ada prune dlm almari...apa lagi bubuh prune lah pulak..Tapi leceh buh prune, bila nak potong kena sopan santun betul kalu idak abis rosak permukaan kek hehehe

Kek lapis ni ada lah kek lapis ke 4 akak buat...3 kek buat masa kat UK dulu2 ..maknanya dah lama akak tak belajar melapis. Belum puas hati lagi dgn hasil tangan akak dr segi penampilan kek..alunan lapisan macam OMBAK MUSIM TENGKUJUH dah lah lapisannya tebal giler...hahaha...tu la bahana buat kerja nak cepat je...lepas setiap lapisan masak patutnya kena tekan permukaan biar sekata..tapi akak skip yg tuh..next time akak kena buat dgn teliti betul2...tak pe cheese ada lg seketul...habiskan kek ni dulu..Tapi apa2 pun apa ada pd rupa, rasanya tetap sama hehehee......ayat nak sedapkan hati..
Ulasan tentang kek ni: Bagi akak kek ni SEDAP, LEMBUT, GEBU & LEMBAB. Masa mula2 nak keluarkan dr loyang..kena hati2 betul sbb tkut kek pecah dek lembut sgt..bila dah sejuk baru senang nak handle.
Kek ni pasti akak akan buat lagi dan lagi dan lagi....hehehe

Akak CnP resepi zhiela-85 dr MyR, tapi ada sket step akak ubah. Btw terimaksih byk2 kpd empunya resepi.

Kek Lapis Cheese Prune

Bahan-bahan ( Acuan 8x8inci )- akak guna 9x9 in

  • 10 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 280 gm gula kastor- guna 200 g aje, ok bg akak
  • 250 gm topflour(wheat flour)-guna tepung superfine
  • 1 sudu makan ovelette
  • 100 gm air ais(air sejuk)
  • 250 gm krim keju
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 400 gm mentega

Cara-cara:

  1. Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit2 diiringi dgn air ais hingga habis.Ketepikan dahulu.
  3. Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang kemudian masukkan cheese pukul sebati tp jgn overbeat bila dah masuk cheese.
  4. Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Bakar berlapis2 hingga masak.
  6. Guna api bhgn atas sehingga lapisan kedua terakhir.
  7. Lapisan terakhir bakar guna api bwh 170C selama 20-30 min atau sehingga masak

Nasi Goreng Kangkung

Selamat pagi semua....hari ni akak sarapan dgn nasi goreng. Dlm minda semlm dah set nak buat jemput2 nasi (tengok kat blog CMG cam best je ). Tapi memandangkan nasi lebihan mlm tadi terlampau byk maka jd nasi goreng la. Semlm masak ramai tak makan nasi, apa tak nya abahnya balik kerja wat balik sate lah pulak. Baru je makan sate beberapa hari lepas, beli sate lagi...

Kami kalau dah sarapan nasi tak kiralah nasi lemak ke nasi goreng ke...maknanya tghari akak tak yah masak dah...kekenyangan bertahan sampai tengahari... Petang nanti lah pulak baru masuk dapur. Nasi goreng ni akak letak kangkung dan sambal tumis sotong lebihan semlm....recycle makanan jgn membazir hehehe.

Monday, December 13, 2010

Pizza Hut Style Garlic Cheese Bread Stick

Salam semua...

Dah lama nak buat bread stick ala2 pizza hut ...baru hari ni impian terlaksana, maklumlah sejak 2 menjak ni kemalasan tahap kritikal. Asyik nak baring je kerja nya hehehe. Lagi pun bila nak buat stok tepung tak de, stok cheese tak de macam2 tak de..... jdnya Ahad baru ni gi buat lawatan ke Bagus, top up segala stok utk projek meroti dan yg sewaktu dgn nya .

Untuk doh roti ni, akak guna japanese style dough. Bila akak baca merata website, kebykan letak garlic powder/garlic salt atasnya tapi bila akak cari kat Bagus tak de so akak ubah caranya dgn menggunakan garlic butter ready made Bagus punya..lg pun anak2 akak mmg suka garlic butter ni, selalu beli kat kedai tu. Anak2 suka bila buat toast sapu garlic butter ni.

Doh digulung memanjang dan disusun jarak2 sket jgn terlampau jauh dan jgn terlampau dekat..agak2la..hehehe. Bila kembang doh tu akan bercantum.

Roti yg dah kembang, disapu campuran telur & sket susu @ egg wash (utk kasi kaler cantik) pastu sapu garlic butter..

Setelah taruk garlic butter, tabur parmesan cheese dan cheddar cheese.


Gambar bwh ni bawah cahaya lampu lain..lain pulak kaler nya...tengok roti tu dlm nya masuk garlic butter nya..tu yg sedappppppp !

Ulasan dari hubby dan anak2: sedap dan iras2 cam pizza hut punya...(senyum akak mendengarnya..lenkali leh buat lg sbb sambutan sgt memberansangkan hahaha)
. Roti ni lembut didalam dan rangup cheese diluarnya serta bau garlic yg harum semerbak, menambahkan kesedapannya !

Makes 16 buns

Roti ni akak guna resepi doh dibwh, cuma bila nak bakar atas roti sapu egg wash diikuti garlic butter seterusnya tabur parmesan n cheddar cheese.

[Ingredients] -akak copy n paste dr rumah Gert- tqvm ye!

375g bread flour
100g plain flour -
guna tpg superfine
35g milk powder
75g caster sugar -
guna 65 g aje
3/4 teaspoon salt
1 sachet (7g or 2 1/2 tsp) instant dry yeast
1 egg, lightly beaten
150ml (approx.) lukewarm water, adjust as necessary

40g butter, cubed -
guna 50 g

Topping:

Egg wash, Garlic butter, parmesan cheese & cheddar cheese

Water-Roux Paste :
25g (just under 2 tbsp) bread flour
125ml (1/2 cup) water

[Preparation]
Water-Roux :
Mix flour and water in a small saucepan. Cook over low to medium heat, stirring continuously until it reaches 65ºC. It should have thickened to a paste at this stage, that is when you stir you can see the bottom of the pan. Remove from heat, place a cling film over the paste and leave until lukewarm, or room temperature, before using. (Alternatively if you don’t have a thermometer, cook as before until it starts to thicken, then continue to cook for about 1 more minute before removing from heat.) This water roux can be kept in an airtight container after cooling in the refrigerator for 1 day if not used immediately. However DO NOT USE if it turns grey in colour, that means it has gone bad.

For the Bun Dough:

1. Sift bread flour, plain flour, milk powder, caster sugar and salt onto the working surface. Add instant dry yeast and mix well. Form the flour mixture into a well. Add lightly beaten egg and lukewarm water roux and mix in. Gradually add just enough lukewarm water to form into a slightly sticky, soft dough. Knead for 10 minutes until smooth and elastic. During hand kneading, the dough also needs to be thrown onto the working surface once every few minutes between kneading to improve the dough structure. (I usually just pick up the dough to about head-high and throw it down onto the working surface 10 to 20 times every few minutes between kneading.)
2. Knead in butter until incorporated. (In many cookbooks, they mentioned that the dough at this stage should be able to be pulled and stretched into membrane, but it’s hard to achieve with hand kneading. I usually stop kneading when the dough sticks to the work surface and stretches like chewing gum when pulled!) Form the dough into a round ball and let it rise until double in size in a large greased bowl, cover with cling film (should take about 1 hour in warm weather, longer in winter months). Optimum room temperature for this first prove is 28°C with a humidity of 75%. To test if the dough has risen properly, dip a finger into bread or plain flour and poke down into the centre of the dough as far as your finger will go and pull out again – the hole should remain if it is ready. If the dough springs back, then it is not ready, continue to prove further.
3. Punch down, knead briefly and form into a ball shape. Then divide into 16 equal portions. The easiest way is to first divide equally into 4 larger portions first, then divide each of these again into quarters each. Form each into balls and let rest for 10 minutes.

4. Shape the buns according to recipe. Place all finished buns on a greased baking sheet, lightly cover with cling film, and let rise until double in size (about 1 hour in warm weather, longer in winter months). Optimum room temperature for this final prove is 38°C with a humidity of 85%.

5. Bake in preheated 190°C oven for about 12 to 15 minutes, or until golden brown.

Doh selebihnya akak buat stail Focacia...ala pesen bulat, senang dan cepat hahahaa...Letih menggentel doh panjang2, wat bulat sebiji siap..cuma bezanya topping : selepas sapu garlic butter, taruk sosej dan tabur kedua2 cheese tadi...bakar..siap..nak makan koyak2 kan aje...perghhh sedap.

Selepas dikoyak, sedia utk dimasukkan kedlm mulutku hehehe......

KARI AYAM

Hari ni masak kari ayam....dah byk hari asyik masak ikan je..anak2 pun dah bising. Biasalah bila lauk ayam laku je nasi...kalau tak, selalu tak abis.
KARI AYAM



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji ubi kentang }dipotong 2 jika besar potong 4
  • 2 cm halia } dikisar
  • 8 ulas bawang merah } dikisar
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 1 ulas bawang merah }dimayang
  • 4 cm kulit kayu manis,
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 paket serbuk kari } dicampur sedikit air panas supaya menjadi pes
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 cawan santan
  • minyak masak untuk menumis
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:


  • Ayam di cuci dan ditoskan.Panaskan minyak di dalam periuk.
  • Tumiskan kulit kayu manis, bawang merah yg dimayang, buah pelaga, cengkih ,bunga lawang dan daun kari. Goreng hingga wangi.
  • Masukkan bahan-bahan kisar dan rempah kari. Tumis hingga naik minyak.
  • Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan secubit gula.
  • Renehkan sehingga ayam separuh masak, baru masukkan santan dan ubi kentang.
  • Didihkan perlahan-lahan sehingga ayam dan kentang menjadi empuk Masak sehingga kepekatan yg dikehendaki.
  • Rasakan garam secukupnya.
  • PERIA GORENG RANGUP ALA KEDAI MAMAK

    Salam dan selamat tengahari....

    Peria oh peria......! Sapa suka makan peria, angkat tangan. Dulu kat rumah akak, tiada sorang pun yg suka makan peria melainkan akak sorang. Kalau masak dgn udang ke, wat kerabu ke....akak lah yg akan kena habiskan. Kadang2 tu yg malas masak peria. Peria ni byk khasiat. Rugi kalau tak makan..baik utk mengelakkan pelbagai penyakit.

    Dulu akak kalu gi kedai mamak mesti makan peria goreng rangup ni...kadang ambil peria saja sepiring ratah camtu je sbg starter, hehehe. Sejak menjadi hantu peria goreng kedai mamak..akak mencuba pelbagai cara dan akhirnyyaaaaaaa...yessssss berjaya juga akak goreng sendiri peria di rumah sama spt yg dijual kat kedai mamak..malah lebih sedap....hahaha.Tak caya, cuba lah sendiri.

    Peria ni bila goreng macam ni, langsung tak rasa pahitnya...malah rasa lemak2 gitu. Dan sekrng bukan akak sorang pemakan peria kat rumah ni...tapi semua anak2 akak termasuk si busu yg 2 tahun tu. Masa tengah goreng sekejap2 dtg angkut peria tu makan depan tv..makan macam makan kerepek.....

    Gambar atas ni sebelum goreng. Digaul dgn campuran tepung beras sehingga sekata. Pastikan ianya tak melekat antara satu sama lain sebelum digoreng.

    Kalau nak cantik, hiris bulat2 tak yah belah peria tu dan tak yah buang biji pun tak pe. Tapi yg ni akak kena belah sbb peria ni dah lama bertapa dlm peti sejuk sampai kan bijinya dah jd merah..hahahaha tu yg kena belah dan buang biji. Selalunya akak hiris bulat2.

    PERIA GORENG RANGUP

    Bahan-bahan:

    1 biji peria besar bukan peria katak tau
    tepung beras secukupnya
    sket garam
    * perisa samada sket rempah kari @ serbuk lada hitam @ apa2 saja ikut citarasa masing2

    Cara:

    Sebelum potong, basuh dulu peria.
    Kemudian hiris nipis2.
    Letakkan dalam bekas besar, masukkan tepung beras, garam dan perisa kalau suka. Akak suka perisa original tak letak apa2 dan perisa lada hitam..nyummy.
    Gaul campuran tepung beras tadi sehingga menyaluti peria tadi. JGN letak air @ telur.
    Terus goreng dlm minyak yg banyak sehingga keperangan.
    Angkat toskan.
    Lebih enak makan panas2 samada dgn nasi atau makan begitu saja sbg makanan ringan.