Pau Bagus - Inti Daging & Kentang

Salam semua....lama dah tak buat pau...setahun dah kot. Anak2 mmg suka makan pau, tak cukup satu sorang kalau beli. Jadi kalau nak puas makan kena lah buat sendiri. Makan lah puas2 hehehe.

Kali ni buat pau berinti daging & kentang, bubuh daging byk2 baru sedap klu yg beli tu kata je inti daging tapi seketui daging pun tak nampak. Buat lepas asar petang semlm, jdnya dinner mlm tadi dgn pau je lah...makan 2 ketui sorang dah kenyang.

Akak buat 1 kg tepung (2 adunan) dpt lah 35 biji. Kalau beli mau RM1.50 sebiji. Kalau 35 biji dah RM50 lebih ....untung kalau buat sendiri...modal baru 10 ringgit aje. Sebahagian darinya akak lepas kukus sejukkan akak frozenkan. Bila2 nak makan kukus lah balik...senangkan.


Pau ni akak guna resepi dari Bagus Bakery....mmg gebus tak hengat punya....hahaha...sapa2 yg nak try dialu2kan...tapi jgn sesekali derhaka sama itu resepi nanti tak jadi (amaran dari penaja hehehe)

PAU BAGUS

Sponge (A)

250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air

Bahan (B)

250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air
Inti - ikut citarasa -> secukupnya

Cara membuat:

Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.

Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.

Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.

Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.

Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.

Tips:

Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau.
Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.
Payahnya nak dptkan bentuk pau yg betul2 bulat, kena g kursus bulatkan pau nampak gaya ni..!


INTI DAGING

Bahan-bahan :

  • 2 cawan daging yg dah dipotong kecil/halus
  • 4 ulas bawang merah } dikisar
  • 1 cm halia } dikisar
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 1 labu bawang besar Holland } dipotong dadu
  • 500 g kentang } dipotong dadu
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah kari daging Babas
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk memasak
  • 1 batang kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Cara membuat inti:
  • Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih bersama skit garam sehingga masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
  • Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang, apa bila wangi masukkan daun kari dan bahan yg di kisar
  • Kacau sehingga wangi dan agak garing
  • Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging, goreng sehingga daging masak.Jika perlu boleh masukkan skit air.
  • Apabila daging dah empuk serta airnya dah kering boleh masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga bawang layu kemudian masukkan kentang. Kacau rata boleh lah diangkat.
  • Kacau sekejap bolehlah diangkat dan sejukkan. Pastikan sebelum digunakan keluarkan bunga lawang dan kulit kayu manis.

Jeruk Maman - Penambah Selera


Salam semua, lama nya akak tak bersiaran hehehe. Hujung minggu ni baru ada kelapangan. Nasib baik esok tak ada aktiviti ko-ku. Lega rasanya. Dah lah sejak beberapa hari ni badan tak sihat, sakit2 belakang dan sendi2 semua.

Saja je nak tayang JERUK MAMAN . Lama betul tak makan jeruk maman, makan bila balik Trg je tu pun kadang2 ada org jual kat pasar. Ahad baru ni terjumpa daun maman fresh kat pasar tani, segar dan cantik2 lak tu (daun pun cantik ke? ). Apa lagi macam tak percaya je jumpa daun maman kat Shah Alam ni, akak pun beli lah 5 ikat, balik potong buat jeruk....dpt lah sebekas besar.Tahan lah kot seminggu hehehe.

Gambar diambil, baru 2 hari akak jeruk. Hari ni dah tinggal secotet je lagi...esok abis lah tu....hari2 makan nasi dgn jeruk ni, selera pulak....jimat masa akak tak yah masak sayur sejak ada jeruk maman ni.

Nak jeruk daun maman ni senang aje, daun dipotong kemudian dicuci bersih. Masukkan daun tadi ke dlm bekas yg berisi air masak, garam dan asam keping secukupnya. Ada setengah org letak nasi masa jerukkan daun ni tapi akak tak suka letak...ntah kenapa takut cam tak tahan lama lak kalu ada nasi dlm tu....

Macaroni Bolognese Chicken Balls

Menu simple, cepat dan mudah. Makaroni dgn bebola ayam.
Malas betul sekrng nak masak. Balik sekolah aje, badan dah letih. Yg sempat ku masak hanyalah pasta ni mengunakan sos Prego dan bebola ayam ayamas. Masak dlm masa 15 minit dah siap semua....senang kan ! Yg penting anak2 suka kecuali abahnya tekak melayu, pasta2 ni tak main lah dia. Bahagian abahnya dah ada ikan tongkol masak sambal cili hidup.

Cara memasak:

Rebus bebola ayam. Angkat dan toskan.
Menggunakan air rebusan tadi,
rebus pasta hingga lembut. Toskan dan gaul dgn sedikit minyak.

Dalam periuk masukkan sket minyak tumiskan bawang putih yg dicincang dan bawang besar Holland yg dipotong dadu.
Kacau hingga layu kemudian masukkan sos bolognese Prego dan sikit cili sos yg pedas.
Masukkan bebola ayam dan skit 'mixed herbs' kering.
Rasakan garam boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama pasta tadi.
Siap !

Mee Tumis @ Tumis Laksa Trg


Menu petang semlm, mee tumis air bersama pelbagai sayuran, udang, kek ikan dan bebola ikan. Sebenarnya tiba2 teringin nak makan benda bersup, balik sekolah terus g carik mee mak siti kat kedai runcit depan sekolah hehehe.

Sejak kebelakangan ni kurang selera makan nasi, ntah kenapa.

Resepi ni simple aje, tak yah lah akak tulis resepi secara terperinci. Secara kasarnya mee tumis akak ni, akak tumis dgn bawang putih dan serbuk lada hitam aje, masukkan air pastu buh segala sayuran dan bebola/udang. Kalau suka letakkan sket 1/2 kuib ayam.
Kalau mak akak dia panggil masakan ni "tumis laksa" tapi bukan guna laksa ye .

Boleh juga guna mihun selain mee kuning. Enak dimakan panas2 bersama cili jeruk atau kicap cili dan taburkan bawang goreng.

Fish & Baked Beans

Menu tengahari semlm, mulanya teringat nak buat fish & chips tapi kerana masalah teknikal jd lah fish & baked beans hahaha. Ikan ini digandingkan juga bersama coleslaw ala k Noor. Kami sekeluarga mmg peminat setia fish & chips atau yg sewaktu dgn nya. Makan ikan aje pun dah kenyang. Akak guna fillet ikan dory. Salutan luar guna aje tepung goreng ayam segera. Biasa akak buat guna breadcrumbs sbb stok dah abis guna aje apa yg ada.

Ikan tu akak 'sear' sekejap atas kuali dgn skit minyak, pastu akak susun atas redai besi....bakar dlm oven selama 25 -30 min. Akak suka buat cara gini, krn nanti masaknya sekata dan tak mudah hangus diluar tapi tak masak didalam. Dan sudah tentu kurang menggunakan minyak. Tak lalu akak kalau nak deep fry.....malas pun ye....nanti berminyak2 dapur akak..malas nak mop hehehe (tu yg sebenarnya), kalau masuk oven sementara tunggu masak akak bole buat kerja lain..kan kan kan..!

Ini ikan yg baru kuar dr oven, panas2 lagi...bau2nya menusuk satu rumah.

Ini bahagian akak, tak sabar nak ngap....kurang pencahayaan, tak lawo pulak gambor nya...

Marble Chocolate Cheese Cake

Semlm buat kek coklat kukus letak keju....gabungan resepi Munira & Yatie....macam buat eksprimen pulak main gabung2 resepi hehehe...nasib baik hasilnya mabeles. Kek coklat yg lembab ditambah dgn kelemakan rasa keju..perghhhhhh enaknya !

Marble Chocolate Cheese Cake
- loyang 8"x 8"

Bahan A:

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati


Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - dipukul hingga kembang

Bahan D:
resepi dari dapur Yatie


250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila

1 biji telur

Cara membuat:

Panaskan pengukus terlebih dahulu.
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje hingga sebati.
Ketepikan dahulu.
Dalam bekas lain masukkan cream cheese, esen vanila dan gula kemudian putar hingga sebati.

Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati (berkrim
).

Sediakan loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
Masukkan adunan coklat diikuti adunan cheese (D) dan diakhiri adunan coklat.
Lorekkan sket dgn lidi sate.
Kukus selama 11/2 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.



Nota: Nak buat marble agak payah sbb adunan coklat cair berbanding adunan keju...cuma lepas curah lorek2kan sket.

Nasi Dagang Terengganu

Minggu lepas buat nasi dagang. Kebetulan ada ikan aya itam beli kat pasar tani mmg sesuai sgt buat nasi dagang. Kak Noor mmg suka nasi dagang. Belajar buat nasi dagang dgn mak. First time buat nasi dagang masa baru2 kawin dulu2 hehehe. Teringat lagi masa tu kat umah mak mertua, arwah ayah mertua mintak akak buat nasi dagang 1 gantang. Pergh masa dengor permintaan arwah ayah mertuaku itu, terus aje menggeletar kepala lutut. Maklumlah tak pernah buat, mau nak pengsan bila mendengarnya. Dah lah masa tu tgh sarat mengandung anak sulong...hendak tak hendak terpaksa lah buat. Nak ambil hati mertua kata kan. Nasib baik percubaan pertama kali tu berjaya w'pun mungkin layak bg gred D hahahahaa. Janji ada rasa dan bau nasi dagang. Tapi sekarang setelah anak dah 6 adalah improvement setelah beberapa kali belajar bila setiap kali balik kg tengok mak buat, ikut step yg betul.

Mak akak mmg cerewet kalau buat nasi dagang. Kalau nasi dagang yg dah siap masak tu patah2, tu kira fail la hehehehe. Kalau nasi dagang tu elok sebiji2 tak patah dan nasi elok berderai kira lulus la tu. Kalau ikut mak akak masa gaul beras dgn santan kena sgt berhati2 supaya beras tu tak patah.

Akak suka buat nasi dagang menggunakan beras siam wangi. Kalau guna beras wangi ni tak perlu lg dah campur beras pulut sbb beras ni dah lembut cam pulut kan. Klu guna beras wangi, nasi dagang tak muak malah lembut, wangi dan putih melepak. Akak suka guna beras wangi Pearl.

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:

5 cawan beras siam wangi - amaran: JGN campur beras pulut jika guna beras siam wangi sbb beras ni dah cukup lembut dan wangi
1 biji kelapa - dgn menggunakan air masak jadikan 2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 in halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur kedlm santan pekat
3 helai daun pandan - disimpul

Cara membuat:

Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus.
Letak air kedlm pengukus sehingga mendidih.
Masukkan beras kedlm pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 min).
Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan kedlm bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.
Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.
Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.
Kemudian rata dan kemaskan nasi spt gambar ke 2 diatas.
Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.



Gulai Ikan Nasi Dagang
Bahan-bahan:

1 ekor ikan aya/tongkol hitam saiz besar ( lebih kurang 1 kg)
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang (kacau dgn sket air panas jd kan pes)
8 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 hiris halia -kisar
1 hiris lengkuas -kisar
4 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka atau secukup rasa
sket buah belimbing buluh
sket cili kecil
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara membuatnya:

Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 2 keping asam dan sket garam sehingga airnya hampir kering. Toskan airnya.
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan2 kisar, cili kisar dan rempah sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak.
Masukkan ikan, asam dan garam, reneh sehingga pecah minyak dan agak pekat.
Masukkan buah belimbing dan cili kecil. Reneh sebentar boleh la dihidangkan.
Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal cth jika nasi utk sarapan, gulai bole dibuat mlm. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyaknya.






Kek Buah Kukus Lembab


Dalam byk2 resepi kek buah kukus yg pernah akak cuba....ini lah yg paling menepati citarasa anak tekak ku hehehe. Anak2 yg tak suka kek buah pun tadi tak sabar2 nak makan, terutama si kecil Azali Akmal dan Anis Fatihah. Kiranya tak sempat nak tunggu kek ni "matang" selama seminggu dah kena potong, tapi wpun belum matang tapi dah terasa kelembaban nya.....!

Resepi kek ni akak skodeng dr KR yg dipost oleh Addy Mohd. Terima kasih kpd empunya resepi. Katanya resepi ni dia guna utk buat jual. Akak C&P resepinya ke sini sbg rujukan masa depan.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN MOIST 
(akak guna loyang 6"x 6")

Bahan-bahannya:
300 gram tepung gandum
150 gram gula halus - akak guna 60g aje, tu pun dah cukup manis
3 biji telur A
200 gram mentega
250 gram buah-buahan campuran
50 gram Almond Flake (kalau tak ada tak apa) - akak letak
50 gram isi biji kuaci (kalau tak ada tak apa) - akak tak letak sbb tak de
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat - akak guna black treacle
1 cawan gula & 1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus
kertas aluminium foil


Cara-cara Membuatnya :

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.
2. (tips penting) Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
3. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
4. Pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat dan pukul dengan tangan sehingga ia sebati.
5. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
6. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
7. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. masukkan sedikit air, kacau bagi sekata Hati-hati gula hangus ni panas . Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi, tujuan masukkan air untuk lambatkan gula hangus tu jadi keras. sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
8. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
9. Alaskan kertas kuih didalam tin/loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 2 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. biasanya saya kukus sampai kek masak jer (cucuk dengan lidi, bersih masak le tu) rugi gas.Kalau tak nak kukus boleh juga bakar, tapi kukus lagi moist dan sedap

Lepas ni nak try resepi Diana plak....nampak resepi ni dgn resepi D lebih kurang aje, cuma butter nya lagi byk...mesti lagi lembab kan...tunggu kemunculan kek buah kukus basah versi D plak hehehe

Ikan Singgang Pedas

IKAN SINGGANG PEDAS

Bahan-bahan:
  • 600 g ikan kembung/selar kuning atau apa2 ikan yg digemari (gambar diatas menggunakan ikan selar)
  • air secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • beberapa tangkai daun kesum
  • 1 tangkai bunga kantan
  • garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
  • 6 tangkai cili merah } nak lagi pedas boleh tambah cili api
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1.5 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
Cara membuat:
  • Ikan dibersihkan dan di toskan.
  • Masukkan air, asam keping dan bahan tumbuk ke dalam periuk
  • Kemudian masukkan ikan.
  • Renihkan sehingga mendidih dan ikan masak. Masukkan daun kesom/bunga kantan
  • Rasakan garam secukupnya, bolehlah diangkat

Roti Benggali

Tengahari tadi masak kari ikan tongkol. Tapi anak2 kurang memberi sambutan. Anak2 mmg kurang suka ikan. Maka tak laku lah kari ikan akak tu. Jd akak pun cadang nak buat lah roti Benggali buat cicah kari. Buka petiais, tengok stok tepung roti ada secotet je...alahai...tapi rasa cam nak makan roti benggali gak..ngidam ke ? Buat gak lah w/pun hanya ada 1/2 kg lebih skit tepung roti. Resepi roti akak guna resepi sofinar dr MyR. resepi asal sila klik sini -> Roti Benggali.

Akak dah ekjas resepi tu letak water roux (dah gila water roux nak buat camana, sumer nak taruk water roux...jgn marah ah Benggali hehehe). Resepi asal hanya 380g tpg aje....tapi memandangkan rakyat jelata kat umah akak ni melebihi 1/2 dozen jd kena lah buat lebih sket. Dpt lah 15 ketul roti spt dlm gambar atas tu. Sebaik aje kuar dr loyang, cik abg dah tak sabar nak rasa, kuah kari semangkuk dah ada depan mata dia . Abg lah org pertama merasmikan roti benggali ku. Komen abg " bertuahnya abg kawin dgn Ma....sedap roti nih sebijik cam benggali punya"...kembang kempis idungku kihkihkih. sambil2 akak tengah snap gambar, abg selamat makan 3 ketul roti tuh....burppppp Alhamdulillah, kenyang suami ku yg tercinta. Rezeki abg balik kerja awal hari ni.

Cik abg siap tanya," kenapa buat sikit sgt Ma, mana cukup byk tu". Waaaaaa...dia tak tahu tepung dah tinggal secotet...besok dah raya cina...kompem kedai Bagus dah tutup petang ni. Minggu depan pulak lah projek meroti.

Roti akak langsai dlm masa 1 jam saja. Sekian wassalam.

Resepi di bwh yg akak dah gandakan skit. Apa2 pun terima kasih buat Sofinar krn sudi berkongsi resepi yg enak, gebu dan mudah ini.

ROTI BENGGALI (6 org makan)

Bahan A
  • 525g tepung roti
  • 1 1/2 sudu besar shortening (45g)
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 170-180 ml air suam
  • 1 1/2 sudu makan yis serbuk
  • 3 sudu makan gula castor
Bahan C : jd kan water roux (masak bahan trsbt dgn api perlahan sehingga menjadi pes)
  • 25 g tepung roti
  • 125 ml air
Cara membuat:
  1. Bahan B digaul bersama
  2. Semua Bahan A digaul sebentar
  3. Campur bahan A & C gaul sekata kemudian masukkan B, uli hingga licin dan lembut.
  4. Perap hingga naik 2 kali ganda, kira2 40-60 minit
  5. Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin.
  6. Bahagi kpd beberapa bahagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
  7. Perap lagi hingga naik 2x ganda semula.
  8. Bakar 180 C selama 25 minit
  9. Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan

Kepak Ayam Panggang Madu

Minggu lepas dah buat ayam panggang madu ni, masa tu buat dlm 1 1/2 kg kepak. Agaknya lama tak makan ayam panggang, masing2 punya lah selera sekali abahnya dpt seketul je hehehe cian abah. Abis tu 2 hari lepas buat lah sampai 2 kg kepak, baru puas makan. Akak suka ratah ayam ni begitu saja.

Kepak Ayam Panggang Madu

Bahan-bahan:

15 ketul kepak ayam (2 kg)
1 1/2 sudu makan 'cili flakes' kering - boleh ganti dgn serbuk lada hitam jika suka
5 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
5-6 sudu makan madu
garam secukup rasa - lebih kurang 1 sudu makan

bijan secukupnya

Cara membuat:

Perap ayam dgn bahan perapan selama sekurang2nya 3 jam.
Susun atas loyang dan taburkan bijan dikedua2 belah ayam.
Panggang dlm oven pd suhu 170C selama 1 jam 20 min atau sehingga masak
Terbalikkan kepak masa 40 min pertama, dan curahkan lebihan bahan perapan jika ada
Masa hidangkan susun ayam dlm pinggang kemudian curahkan minyak/jus ayam yg dlm loyang td keatas ayam supaya nampak cantik berkilat.
Sgt enak dimakan panas2.
Sesuai juga utk buat BBQ.

Tips: Letak redai besi atas loyang, baru lah susun ayam atas redai besi utk mendptkan hasil kulitnya garing dan tak melekat kat loyang bila nak terbalikkan.

ni rupa cili flakes

SiPutih & SiHitam

Spt biasa hari Ahad pergi pasar tani mega Shah Alam, dgn tujuan beli ikan dan lauk2 basah yg lain. Habis beli ikan, pusing2 lah pasar tu, sekali ternampak org jual arnab, ya Allah comelnya. Arnab yg comel bukan org yg jual arnab hehehe. Akak pun apa lagi berhenti kat org jual tu. Pegang2 arnab, ish jinak betul tak de nya dia nak lari sini sana. Tiba2 hati terpaut. Memandang anak2 kat rumah mmg suka arnab, akak apa lagi rembat lah 2 ekor, satu jantan (hitam) dan satu betina (putih). Balik rumah buat suprise kat anak2. Gembiranya dorang .


Comelnya dia, panjat nak minum air. Tengok lah gelagat anak2 akak, sampai keliling sangkar arnab tu duk asyik melihat aksi arnab. Arnab ko jgn buat aksi terlarang sudah depan anak2 ku..!

Si hitam ni manja sgt, tak padan ngang jantan...suka tido bila digosok2kan kepalanya..ish macam baby lah pulak hehehe. Yg hitam berumur 2 bulan dan putih berumur 1 bulan.

Agaknya dlm hati arnab ni berkata " apa pandang-pandang, tak pernah tengok arnab ke ?"

Bila lepaskan atas rumput, bukan main happy arnab tu berlari sana sini, bebas lah katakan. Tapi org jual arnab tu pesan, tak boleh biarkan atas rumput takut arnab tu makan rumput sbb kan umurnya yg masih muda. Katanya lagi, umur 4 bulan baru arnab2 tu boleh makan rumput, haiiiiii cam baby org je la.