Saturday, March 26, 2011

Ayam Panggang Madu - Siri 2



Menu ayam mmg jd kegemaran anak2, tak kira lah ayam masak apa pun. Hari2 masak ayam pun tak apa. Kadang2 malas juga akak nak masak ayam selalu, boring sgt. Paling senang apa lagi panggang lah. Biasanya hari minggu akak beli ayam, balik rumah terus cuci dan perapkan dgn bahan perapan pastu akak masukkan dlm container pastu frozenkan. Buat stok hari2 'kecemasan'. Kecemasan tu maksudnya malas, letih atau kesuntukkan masa. Bila perlu kuarkan aje ayam tu dan terus masuk oven, senang dan sedap.


AYAM PANGGANG MADU


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 3 sdb kicap manis
  • 3 sdb sos tiram
  • 2 sdb sos lada hitam
  • 4 sdb madu - boleh ganti dgn gula
  • lada hitam biji - ditumbuk kasar secukupnya
  • sket bijan -ditabur atas ayam
  • 1 sdb mentega
  • garam secukupnya

Cara membuat:

  1. Cuci ayam dan toskan.
  2. Perap ayam dgn semua bahan diatas selama sekurang2nya 3 jam
  3. Sebelum panggang, tabur kan keliling ayam dgn bijan.
  4. Panggang dlm oven pd suhu 170C (suhu bergantung kpd oven) selama 1 jam
  5. Semasa setengah yg pertama pusing kan ayam dan siramkan dgn jus atau lebihan bahan perapan.
  6. Panggang lagi hingga masak.

Friday, March 25, 2011

Ayam Masak Paprik


Menu ni sebenarnya dah lama, baru hari ni teringat nak masukkan dlm blog ni. Anak2 mmg suka masak paprik, nak2 makan masa panas2 bersama nasi panas. Mak depa lalu belakang mmg tak nampak hahaha.

AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor /600 g ayam } dipotong kecil-kecil
  • 100 g lobak merah } dipotong bulat-bulat
  • 100 g bunga kobis } dipotong kecil ikut bunganya
  • 100 g kacang panjang } dipotong sepanjang 4.5 cm
  • 1 biji buah tomato } dipotong 4
  • 3 helai daun limau purut } disiat/koyak skit
  • 2 ulas bawang putih } dicincang
  • 1 labu bawang besar Holland } dihiris bulat-bulat
  • 1 inci halia } dimayang
  • 2 btg serai } diketuk
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 7 biji cili api }dibelah 2 - jika suka pedas boleh tambah lagi
  • 4-5 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 biji limau nipis
  • sedikit air
  • sedikit daun ketumbar } dipotong untuk hiasan - jika suka, tak bubuh pun tak apa

Cara membuat:

  • Ayam dan sayur dicuci berasingan kemudian toskan.
  • Panaskan minyak didalam kuali, masukkan ayam kemudian goreng sehingga keluar air ayam dan ayam 3/4 masak sahaja (JANGAN sampai garing/kuning)
  • Keluarkan ayam dari kuali, menggunakan minyak tadi tumiskan bawang putih, serai dan halia sehingga wangi dan kekuningan
  • Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sedikit air
  • Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
  • Biarkan ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat barulah masukkan semua sayuran, cili api, bawang besar dan sos ikan.
  • Kacau 3 minit kemudian perah limau nipis dan bolehlah diangkat
  • Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit daun ketumbar.

Nota: Masakan ini TAK PERLU letak garam sbb dah cukup masin.

Wednesday, March 23, 2011

Pau Gebu - edisi pau sejuk beku

Cuti sekolah baru2 ni, sempatlah akak buat pau lagi kebetulan ada lagi inti frozen tu hari. Akak buat menggunakan 1 kg tepung pau dptlah 35 biji. 25 biji drpnya lepas kukus akak buat pau frozen.
Bila2 malas atau kesuntukkan masa nak buat sarapan, kukus je pau ni...senang dan mudah.

Pau yg masih panas2 dlm loyang, tunggu sejuk sebelum di simpan dlm freezer. Pau ni masih menggunakan resepi Pau Bagus...akak mmg suka sgt dgn resepi ni...perfect rasanya bagi akak sebijik cam pau komersil hehehe (perasan betul hahaha)

Resepi boleh rujuk kat sini Pau Bagus. Akak mengunakan loyang beso...sekali kukus 18 biji hehehe. 2 kali kukus dah siap 35 biji. Puas hati sejak ada loyang ni...klu dulu guna loyang kecik sekali kukus 4-5 biji...nak boleh ke abis...pau yg menunggu turn tu dah terlebih kembang...tu yg bila kukus...angkat2 jd kecut berkedut seribu cam rupa nenek kebayan hahaha.

Masih fail nak bulat kan pau....masih tak sebulat bulan mengambang hehe.

Hawaiian Chicken Pizza

Salam semua....Ahad baru ni akak buat pizza. Dah lama anak2 mintak buat pizza, capsicum pun dah lama beli dah 2 minggu lebih rasanya...nasib baik cek semlm...elok lagi capsicum tu...asyik tertangguh je. Sbbnya ada ayam dan nenas yg dah hampir uzur dlm petiais jdnya akak buat lah pizza ala2 hawaiian chicken tapi stail ku sendiri lah..hehehe

Akak buat 2 adunan dr resepi dibwh, dpt lah 3 biji beso2...2 biji akak sengaja buat tebal sket...dan sebiji buat nipis sket base nya ala2 rangup gitu. Dapatlah simpan sebiji utk keesokan harinya.

Seronok tengok anak2 makan...puas depa makan, yg no 4 siap bg komen..."sedapnya pizza mak buat macam pizza hut punya "...mana tak sedapnya cis nya melimpah ruah...kalau niaga harus tak balik modal hahaha.

Hawaiian Chicken Pizza

Pizza Base

Bahan-bahan:

350g tepung roti - boleh tambah 1-2 s/b jika perlu
3/4 sudu kecil garam - paras rata
1 sudu kecil gula
3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera
225 ml air suam
1 sudu besar minyak zaitun atau minyak sawit

Cara membuat:
Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
Larutkan garam dan gula dalam air.
Tuangkan air dan minyak ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata.
Uli adunan diatas tempat permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat.
Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yang dilenser dgn sket minyak dan ditutup dgn cling film.
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
Uli aduan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yg dikehendaki.
Letakkan kedlm dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula.
Cucukkkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti.
Bakar didlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan.
Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju.
Bakar semula sehingga keju cair dan keperangan ditepi2 nya.

Sos

Bahan-bahan:

1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano kering
garam secukup rasa

Cara membuat sos:

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih sehingga layu.
Masukkan buah tomato, semua sos, oregano, gula dan garam
Kacau hingga pekat.


Inti:

Bahan-bahan:

1 biji cili capsicum -dipotong dadu
1 biji buah tomato - potong bulat
2 keping nenas- dipotong dadu
125 g parutan keju mozzarella - kuantiti keju mengikut citarasa masing samada nak kurang atau tambah
125g parutan keju cheddar
1 keping dada ayam- dipotong dadu kemudian ditumis dgn 2 ulas bwng putih, cili flakes dan garam secukup rasa sehingga masak

Saturday, March 19, 2011

Kek Kukus Buah-Buahan- Siri 2


Petang semlm buat kek kukus buah2an tapi kali ni menggunakan resepi Diana. Hasilnya mmg lembab dan sedap cuma buahnya agak jatuh sket silap akak jugak pi kacau tak ingat dunia..hehehe. Kepada D akak ucapkan ribuan terimakasih krn sudi berkongsi resepi yg sedap ini. Akak hanya menggunakan 1/2 adunan dari resepi asal.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH (Loyang 6x6 in)
Sumbangan: Diana

Bahan-bahannya
300 g tepung gandum
150 g gula halus - akak guna 60g aje dah cukup manis
3 biji telur - GRADE A
310 g mentega
250 g buah-buahan campuran
50 g kepingan badam (almond flake)
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh pewarna coklat sarsaparilla brown liquid (akak guna black treacle)

1 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil


Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.


Friday, March 18, 2011

Masak Lomak Cili Api Nangka Muda

Salam semua.....dah lama tak masukkan menu lauk pauk kat blog ni. Kebelakangan ni agak sibuk sket dan masak memasak pun ala kadar sahaja, tiada yg istimewa pun. Lagi pun bila letih nak ambil gambar pun malas.

Hari ni tahap kerajinan ok lah sket. Pagi2 lagi akak dah terpacak kat pasar mencari barang basah. Nampak pakcik jual sayur, menjual nangka muda, sekeping seringgit. Punya lah murah, sekeping besau-besau, dgn tamak haloba akak beli 2 hinggit. Mentang2lah murah. Sekali balik umah, dah potong masuk dlm puyuk...sepuyuk penuh hahaha...sapa nak makan nanti...yg makan sayur nangka hanya akak dan husben..anak2 amik kuah nya aje...adussss..mau sayur ku sampai besok...kalau akak habiskan hari ni mau kembung nanti....ada yg terkentut2 tak henti2 heheheh.

Sayur ni akak gandingkan dgn ikan kerisi goreng berbwang putih, jeruk maman dan budu. Perghh hari ni kami anak beranak makan berselera betul.

Resepi nya senang aje.

Nangka direbus hingga empuk dan toskan.
Santan, cili api (tumbuk), kunyit hidup (tumbuk), serai (ketuk) , udang segar dan garam secukup rasa di masukkan dlm puyuk...masak....senang aje kan.

Thursday, March 17, 2011

Award dari Nieza Finland

Award dari Nieza yg berada nun jauh di Finland. Terima kasih krn sudi bg akak award ni. Malu plak rasanya nak ambil sbb rasanya blog akak ni tak lah stylish mana pun ...blog paling sempoi !

Sori lah Nieza, akak baru dpt gantungkan award ni kat sini...

Cuti sekolah ni bz sgt, hari ni baru boleh bernafas dan bersantai kat rumah. Dah 3 hari berada kat sekolah bersama anak2 pengakap buat perkhemahan. Semlm dah tamat semuanya, cikgu pun dah sakit2 badan ni...hari ni relax lah skit boleh lah masuk blog kemas kini apa yg patut dan dpt lah melawat blog rakan2.

Wednesday, March 2, 2011

Mee Goreng Basah



Mee goreng basah, enak dimakan sebaik keluar dari kuali....hehehe. Er..apa ya nak tulis lagi ek....kering idea, sebenarnya malas & tak dak mood !