My Friends

KLIK LA!

Saturday, April 30, 2011

Award dari Naz dan Safone

Salam kpd semua yg sudi membaca blog ni..

Rasa segan sungguh kpd Safone dan Naz yg sekian lama bg award ni kat akak, baru hari ni akak berkesempatan utk menggantungnya disini.

Apa2 pun akak ucapkan jutaan timakasih kpd NoorSafone, Story of Mama dan Naz, Cute Oven Small Kitchen krn kesudian beliau berdua. Tapikan maaflah ye sbb akak lambat sgt ambil award ni, bukan bermakna tak sudi tapi masa tidak mengizinkan.

Yg ni plak homework dari Naz.. kena buat ke ek....akak buat je la betul ke salah tak tahu eh...hehehe

Here are rules to abide accepting this award :

1. Post linking back to the person that gave you the award :
  • Done!
2. Shara 7 random things about yourself :
  • Seorang wanita yg dah menjangkau usia awal 40an.
  • Seorang isteri kepada seorang suami yg tercinta.
  • Seorang ibu kepada 6 orang cahaya mata: 5 anak dara dan 1 anak teruna.
  • Seorang guru matematik PMR kpd semua anak didikku.
  • Seorang yg sgt suka memasak jika berkesempatan.
  • Seorang yg suka bercucuk tanam segala jenis pokok.
  • Seorang hamba Allah yang banyak kekurangannya.
Hahaha..tu je la....ye!




Sambal Tumis Udang & Petai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama betul akak tak bersiaran, nak buat camana sejak akhir2 ni badan kurang sihat tambahan pulak dgn kerja2 sekolah yg tak pernah putus. Jadinya projek masak memasak agak kurang dan kadang2 bila memasak pun nak kasi posing pulak malas. Bila dah letih, mmg semuanya malas hehehe.

Hari ni walaupun akak masih kurang sihat tapi ku gagahkan jua ajak abang pergi pasar besar Klang...jln2 cari ikan. Pertama kali pun cari ikan kat situ, sekali akak sampai ke pasar tu..fulamakkkkkk bykkkkkkknya ikan...segar2 dan harga amat berpatutan, rasa cam gila sekejap. Akak beli udang kecik, udang besar, ikan selayang (kononnya nak buat keropok lekor nanti), ikan tongkol selasih dan tongkol hitam (konon dlm hati nak buat nasi dagang) heheheh byknya angan2 akak...sekali balik dari pasar...kemas2 dapur apa yg akak terdaya masak hanyalah sambal udang ini hahahaaa...angan2 tinggal angan2...tak pe cuti ada lagi 2 hari.

Friday, April 1, 2011

Ayam Panggang Percik Bondaku

Menu beberapa hari yg lepas, ayam panggang percik....sedap hingga menjilat jari kata anak2. Ye la depa kalau masak ayam je mmg menjilat jari, kalau masak ikan...muncung je masing2, boikot tak nak makan....abes camno, haru2.

Resepi ni akak ikut cara mak akak, simple aje sebenarnya tapi sedap.

AYAM PANGGANG PERCIK BONDAKU

Bahan-bahan:

1 ekor ayam- potong 4
2 1/2 cawan santan pekat (kepala santan)
3 btg serai-diketuk
sedikit serbuk kunyit
garam & gula secukup rasa

Bahan kisar:

6 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras

* jika nak kuah agak merah dan pedas boleh letak 1 sb cili kering kisar - gambar diatas tanpa cili

Cara membuat:
  1. Ambil sket drp bahan kisar + serbuk kunyit + garam kemudian lumurkan pd ayam. Panggang ayam didalam oven atau atas arang.
  2. Sementara ayam di dlm oven, masukkan santan, serai bersama lebihan bahan kisar kedlm kuali. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Masukkan sket garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan biarkan kuah tersebut dlm kuali.
  3. Apabila ayam 3/4 masak, keluarkan dr oven masukkan ayam ke dlm kuali dan siram kan dgn kuah tadi kemudian masukkan dlm loyang semula, bakar sehingga kuah kering.
  4. Ulang lagi langkah 3 sehingga ayam masak sepenuhnya dan kelihatan keperangan.
  5. Enak dimakan panas2 bersama nasi atau diratah begitu sahaja bersama salad sampingan.

Masak Lemak Cili Api Udang + Kacang Panjang +Nenas


Menu malam ni, masak lemak cili api udang bersama kacang panjang dan nenas muda. Walau pun kami bukan orang Nogori, tapi kami sekeluarga mmg suka sgt dgn masakan masak lemak cili api...tak kira lah masak lemak apa...janji masak lemak cili api hehehe. Resepi masak lemak cili api dah byk kali bersiaran sebelum ni....malas lah nak tulis lagi...sama aje.