Saturday, August 27, 2011

Almond London

Biskut raya seterusnya, tak lain tak bukan Almond London. Resepi menggunakan resepi Chef Wan yg dikutip dari blog CMG. Terima kasih byk2 En Mat krn sudi panjang2 kan resepi ini. Memang rangup dan sedap sekali. Izinkan akak CnP resepinya kat sini plak ye En Mat utk dijadikan rujukan utk akak dan anak2 akak di masa depan.


ALMOND LONDON
Bahan-bahan:

250 gram mentega
150 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
450 gram tepung gandum*
2 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
130 - 150 biji badam berkulit } dibakar dalam oven hingga rangup

Bahan salut:

400 g coklat masakkan
1/2 camca besar lemak sayur/shortening
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuat:

Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.

Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20-25 minit.
Sejukkan atas jaringan.

Cairkan coklat secara double boiler. Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.

Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susun rapat2 antara satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. ATAU boleh juga celup sebiji almond london dan letak dalam paper cup. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, August 26, 2011

Cornflakes Coklat Berbadam

Petang semlm sempat lagi buat cookies ni, cookies yg paling senang dan budak2 pasti suka..Dpt resepi ni dari blog Ibu Gebu, terima kasih byk krn sudi share resepi mudah dan enak ini. Cuma akak ada lah adjust mengikut citarasa akak sendiri...

Cornflakes Coklat Berbadam

Bahan-bahan:

1 kotak cornflakes 275g
625 g coklat masakan
1 sudu kecil gula icing
1 sudu kecil shortening
250g badam hiris - dipanggang/bakar hingga rangup

sedikit coklat putih - hiasan

Cara membuat:

Cairkan coklat secara double boiler hingga cair, kemudian masukkan gula icing dan shortening.
Kacau sebati.
Masukkan cornflakes dan badam, gaul sekata
Sudukan kedlm cawan kertas
Lorekkan dgn coklat putih yg dicairkan secara double boiler.
Apabila dah keras, simpan dlm bekas kedap udara

Thursday, August 25, 2011

Acar Buah

Baru2 ni buat acar buah, utk dimakan bersama nasi beryani. Acar ni penambah selera. Kalau waktu sahur makan nasi bersama acar ni, berselera lah juga.

ACAR BUAH
Bahan-bahan:
  • 1 kg buah-buahan kering (jeruk limau, pala, kismis, prune, kurma, ceri, apricot, asam boi dll)
  • 10 ulas bawang putih } biarkan sebiji sebiji
  • 15 ulas bawang merah } biarkan sebiji sebiji
  • 3 cm halia } dihiris nipis
  • 20 biji cili kering + 1 labu bawang besar + 1 sudu kecil rempah kari ikan } dikisar
  • 15 tangkai cili padi jeruk
  • 3/4 botol cuka
  • gula dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit bijan } disangai untuk hiasan
Cara membuat:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, kacau sampai wangi dan garing.
  • Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau.
  • Masukkan cuka, gula dan garam & kacau hingga terbit minyak dan pekat berkilat.
  • Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & cili padi kemudian kacau sampai rata.
  • Bila elok masaknya dan cukup garam serta gulanya, angkat kemudian taburkan bijan di atasnya.
  • Sejukkan dan simpan di dalam botol atau bekas kedap udara
Nota: JANGAN masukkan air walau sedikit pun semasa memasak acar buah ini agar acar ini tahan lama.


Saturday, August 20, 2011

Green Peas Cookies @ Biskut Kacang Hijau

Semalam sempat buat biskut kacang hijau ni, gentel berdua dgn mak akak...pukul 1 pagi baru selesai semuanya...maklumlah buat byk 1 kg tepung kacang hijau...nasib baik gentel berdua, kalau sorang2 mau tertidur tepi loyang hehe

Biskut ni seenak dan segebu biskut kacang mazola....mmg cair dimulut tak perlu kunyah teruk2 hehehe. Mmg sedap sgt. Ni pertama kali akak membuat biskut ni sedap rupanya. Akak menggunakan resepi biskut kacang mazola cuma beza nya kacang tanah diganti dgn kacang hijau.

Biskut Kacang Hijau

Bahan-bahan:

1 kg tepung kacang hijau
1 kg tepung gandum
500g gula icing
1 sudu kecil garam halus
650 g minyak mazola atau secukupnya sehingga menjd doh yg lembut

Sapuan: 2 biji kuning telur + 1/2 sudu kecil air + sket pewarna kuning

Cara membuat:

Gaulkan semua bahan kecuali minyak. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendpt doh yg lembut sehingga boleh digentel bulat.
Susun dlm loyang bergris kemudian sapu dgn campuran kuning telur.
Bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak.
Sejukkan dan boleh lah disimpan kedlm bekas kedap udara.


Friday, August 19, 2011

Nasi Beryani Johor


Nasi beryani Johor ni akak masak masa cuti sempena Nuzul Quran baru2 ni.....dimakan bersama gulai daging, ayam goreng berempah, acar mentah timun dan acar buah yg akak baru buat....ermmmm sedapnya sesekali pekena nasi Beryani

NASI BERIANI JOHOR

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan samada perlu tambah/kurang)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 50 g gajus } digoreng
  • 50 g kismis
  • 1 sudu besar air mawar
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu kecil rempah beriani
  • 6 ulas bawang merah } dimayang
  • 4 ulas bawang putih } dimayang
  • 1 sm halia } dimayang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan } disimpul
  • 2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
  • 3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
  • garam secukup rasa
  • sedikit bawang goreng } hiasan

Cara membuat:

  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih hingga naik baunya.
  • Masukkan bahan-bahan yg dimayang serta rempah beriani tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan daun pandan, air, susu cair, garam dan yogurt
  • Setelah mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
  • Apabila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis, gajus, renjiskan air mawar dan pewarna kuning
  • Kacau/gemburkan perlahan-lahan dgn menggunakan garpu.
  • Tutup periuk dan biarkan berwap kembali selama lebih kurang 20 minit.
  • Angkat bolehlah ditaburkan dengan bawang goreng

Thursday, August 18, 2011

Biskut Dahlia

Semlm cuti, sempat lah buat 1 jenis lagi biskut raya.....sedap biskut ni....setiap tahun buat.

Resepi ni akak intai dari blog MakLang, tqvm MakLang krn sudi panjangkan resepi yg enak ini.

BISKUT DAHLIA
Sumber : Norazie Rnet

Bahan-bahan:
300 g mentega
160 g gula aising - akak guna 125g aje
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

Cara membuat:

1.Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang.
2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Wednesday, August 17, 2011

Tat Nenas Gulung


Baru siap 1 jenis, buat Ahad baru ni....tat ni mmg kegemaran kami sekeluarga...tiap tahun mesti buat. Resepi dari Maizana Forum Cari....mmg sedap tat ni gebu dan lemak2 gitu...akak masa duk UK 5-6 tahun lepas siap buat niaga lagi tat nenas ni...masyukkkk!

Nanti lepas masak akak taipkan resepi....tunggu.

Tat Nenas Gulung (180 biji tat )
(Sumber Maizana Forum Cari)

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum Cap Sauh
625 g mentega (2 1/2 buku mentega) - tapi akak guna 500g mentega + 125 g majerin planta
4 kuning telur
1 putih telur
1/4 sudu teh garam halus
15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
1 sudu teh esen vanilla
sket pewarna kuning

1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)

Sapuan:

1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati


Cara membuat:

Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket.
Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)

Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut



Setakat ni mmg akak puas hati sgt dgn resepi ni, mmg dah tak cuba resepi lain.....terima kasih byk2 kpd Maizana krn sudi berkongsi resepi yg enak ni. Khabarnya Maizana pun menggunakan resepi ni utk berniaga.

Saturday, August 13, 2011

Pecal Lemak Jantung Pisang & Mangga Muda


Salah satu menu berbuka 2 hari lepas, masakan special dari mak akak. Sedapnya, sbb lama tak makan. Jantung pisang dan mangga muda tu mak siap bawak dr Trg. Makan pecal ni bersama budu dan ikan panggang tawar....perghhhhhhh makan tak hengat.

Pecal Lemak Jantung Pisang & Mangga Muda

Bahan-bahan:

1/2 biji jantung pisang - dihiris kemudian dicelur hingga lembut dan toskan
1 biji mangga muda - diracik direndam dlm air garam sekejap
1/2 biji kelapa - ambil santan pekat menggunakan air masak
2 ekor ikan selayang - dipanggang tawar
sket lada hitam
bawang merah
halia
garam

Cara membuat:

Tumbuk isi ikan panggang bersama lada hitam, bwng merah dan halia. Campurkan dgn santan pekat. Letak garam secukup rasa. Gaul bersama jantung pisang dan mangga muda tadi. Sedia utk dimakan.

* Jika ingin pecal tahan tak mudah basi, santan tadi setelah dicampurkan dgn bahan tumbuk, panas kan sekejap atas dapur, sebaik mendidih tutup api. Sejukkan dahulu barulah dicampurkan ke dlm sayuran tadi.