Saturday, September 17, 2011

Kek Buah Kukus - Versi Basah

Kek Buah Kukus yg dibuat beberapa hari sebelum raya...sekrng ni mmg lembab ala2 basah gitu, mmg sedap ....membasahi anak tekak hehe. Resepi masih menggunakan resepi asal D, boleh rujuk sini. tapi kali ni akak ada tambah pes kek buah skit....hasilnya kek lebih harum.

Kali ni akak sengaja nak buat kek besar skit, dah alang2 kena kukus berjam2 kan...lebih baik buat besar sikit, tahan lama sket kek tu. Kalau sebelum ni akak guna loyang 6x6 utk tepung 300g kali ni akak guna loyang 9x9 utk 500g tepung, hasilnya kek tak tinggi dan tak rendah...sedang eloklah , senang cite hehe

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN - Versi Basah (Loyang 9x9 in)
Sumbangan: Diana

Bahan-bahannya

500 g tepung gandum
100 g gula halus
5 biji telur - GRADE A
500 g mentega
500 g buah-buahan campuran - akak letak 300g
100 g kepingan badam (almond flake) - tak letak plak kali ni sbb dah kehabisan badam
1 2/3 sudu teh bicarbonate of soda
1 2/3 sudu teh cream of tartar
1 1/4 sudu teh esen vanilla
3 sudu teh pewarna coklat sarsaparilla brown liquid (akak guna black treacle)
3 sudu teh pes kek buah - ni akak tambah, hasilnya kek menjadi lebih harum

1 2/3 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil

Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

Friday, September 16, 2011

Soto Ayam

Juadah berbuka puasa bulan Syawal pd hari ni, tak lain tak bukan SOTO. Bila puasa, makanan berkuah/bersup mmg menjadi pilihan utama. Soto ni dimakan panas2 mmg enak sekali. Akak nya soto ni tak lengkap, suhun goreng tak de....dah pergi 2 kedai nak beli suhun tapi kedua2nya habis...pelik2..hehe..

SOTO

Bahan-bahan: Anggaran untuk 5-6 orang
  • ½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2
  • 300 g nasi himpit segera } direbus hingga masak kemudian sejukkan
  • 1 sup bunjut Adabi
  • suhun } digoreng
  • 1 tangkai daun bawang }dihiris
  • 1 tangkai daun sup} dihiris
  • 100 g kacang tanah }digoreng
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • 100 g taugeh } buangkan ekornya
  • air secukupn
  • garam secukup rasa
Bahan penumis:
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
Bahan kisar:
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu besar jintan manis biji
  • 1/2 sudu besar jintan putih biji
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 2 biji buah keras
Cara membuat sup/kuah:
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.
  • Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.
  • Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.
  • Setelah masak keluarkan ayam, ambil isinya siat-siatkan dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan balik kedalam kuah sup tadi.
  • Ketika menghidang,isikan nasi impit ke dalam mangkuk kemudian masukkan pula suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng dan sambal kicap. Tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan.
Bahan sambal kicap:
  • 10 biji cili api
  • 7 sudu besar kicap manis
  • 1 ulas bawang putih
Cara membuat sambal kicap:
  • Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.
Bahan untuk begedil:
  • 500 g kentang
  • 150 g daging kisar
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
  • ½ gengam bawang goreng
  • 1 biji telur
  • sedikit daun sup }dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuat begedil:
  • Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
  • Daging digoreng hingga kering airnya.
  • Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa.
  • Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.
  • Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
  • Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.
  • Nota: Jika suka, nasi impit boleh digantikan dgn mee hoon atau mee kuning yang telah dicelur.

Monday, September 5, 2011

BBQ

Selamat hari raya, maaf zahir batin buat semua pengunjung blog akak ni. Petang Ahad semlm, kami sekeluarga buat BBQ kat halaman rumah, sementara anak yg sulong belum balik Uni, boleh lah buat sesuatu yg special utk dia. Kami bakar2 ayam lada hitam, lamb lada hitam, ayam tandoori, ayam berempah sate, kerang dan mini sosej...sukanya anak2 makan.


Part ni yg paling akak suka, lamb lada hitam.


Kerang bakar, tak boleh makan byk...bahaya, bertambah plak darah nanti hehe


3 Anak yg kecil tengah menikmati ayam bakar.....hingga menjilat jari hehehe

Akmal, dah ler tak berbaju........tension makan daging kambing tarik tak putus2 hehehe