My Friends

KLIK LA!

Tuesday, November 29, 2011

Homemade Chocolate

Sejak cuti sekolah ni, byk lah sikit masa terluang.. boleh lah bermain2 dgn coklat lagi kan. Kali pertama buat coklat boleh lihat SINI. Yang ni adalah percubaan kali kedua.

Akak buat menggunakan 3 jenis inti:

inti pes coklat/coklat ganache (beli yg ready made aje hehe)
inti gajus
inti badam


Pembuatan coklat kali ni ada improvement dr segi mutunya...sekrg dah tahu teknik2 yg betul sejak beli buku TEROKAI RAHSIA COKLAT oleh Chef Amer.

HOMEMADE CHOCOLATE
Bahan-bahan:

1 kg milk chocolate compound
1 sudu besar cocoa butter

Inti: Coklat ganache, kismis, kekacang yg digemari (mesti dipanggang/bakar dahulu)

Cara membuat:

Didihkan air di dalam periuk.
Tutup api setelah air mendidih.
Letak mangkuk berisi ketulan coklat dan cocoa butter di atas periuk.
Pastikan mangkuk berisi coklat lebih besar drp periuk.
Pastikan mangkuk berisi coklat tidak bersentuh dgn air panas.
Kacau sekali sekala sehingga semua coklat cair.
Sudukan coklat tadi ke dalam mould yg digemari.
Masukkan separuh dulu, lenggang2kan mould supaya coklat tadi meliputi keliling mould.
Biarkan coklat keras sedikit.
Kemudian masukkan inti yg digemari.
Sudukan lagi coklat sehingga memenuhi mould tadi.
Sejukkan dlm petiais (kalau nak cepat letak kat tempat beku selama 2-3 min)
Apabila sejuk keluarkan dr mould, sedia utk dinikmati.

Monday, November 28, 2011

Sup Sawi & Kobis @ Sayur Tumis Air

Menu ketika kurang rajin hehehe. Walaupun simple tapi akak suka, nak2 bila dimakan bersama nasi panas dan ikan kering goreng. Masa makan tu, patah2kan cili padi perghhhhh meleleh hehe.

Wednesday, November 23, 2011

Lala Goreng Cili Berserai

Lala goreng cili berserai, hidangan beberapa hari yg lalu. Enak dimakan panas2 bersama nasi atau diratah begitu sahaja. Tak sangka anak2 cukup menggemari lala berbanding kerang. Bila2 g pasar borong boleh beli lagi lala yg segar begini.

LALA GORENG CILI BERSERAI

Bahan-bahan:

2 kg lala
4 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
sedikit cili padi - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
3 batang serai - diketuk
2 sudu besar sos tiram
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1 biji limau nipis
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara membuat:

Lala dicuci hingga bersih.
Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan tumbuk serta serai.
Apabila naik bau masukkan sos tiram dan lala.
Tutup kuali seketika sehingga semua lala terbuka.
Angkat tutup kuali, kacau sekata rasakan garam secukupnya.
Tutup api, taburkan daun ketumbar dan perahan air limau nipis.
Sedia dihidangkan panas2.

Tuesday, November 22, 2011

Kerabu Sotong & Mangga Muda

Dah byk hari demam, batuk dan selsema. Makan pun tak berselera. Masak apa tah lagi...hehehe. Tapi tekak ni rasa nak makan benda yg masam2 je kasi penambah selera. Teringat pulak sotong segar dan mangga muda yg dibeli kat pasar borong Klang Ahad baru ni. Dah lama tak buat kerabu. Ratah begitu saja pun sedap.

KERABU SOTONG

Bahan-bahan:

1 kg sotong
3 biji mangga muda sederhana besar
1 labu bawang besar
3 btg serai -ambil bahagian ubinya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi jika nak pedas
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos ikan -jika suka

Cara membuat:

Sotong dibuang kulit dan potong kecil. Cuci dan toskan.
Masukkan sotong ke dlm kuali, masak sekejap hingga keluar air sotong.
Bila masak angkat dan toskan.
Bahan2 lain dimayang halus.
Di dalam mangkuk besar, masukkan sotong dan bahan2 mayang kemudian gaul sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Monday, November 21, 2011

Sup Gear Box @ Sup Tulang

Sup gear box yg dibuat masa hari raya korban baru2 ni. Makan bersama kue teow bersama kicap cili padi serta perahan limau nipis....perghhhh tangkap leleh.

SUP GEAR BOX @ SUP TULANG

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
1 inci halia -diketuk
4 ulas bawang putih -diketuk
1/2 sudu kecil lada hitam -ditumbuk
1 paket sup bunjut
1 inci kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan hiasan:

1 tangkai daun sup - dihiris
2 tangkai daun bawang- dihiris
sedikit bawang goreng
sedikit taugeh
limau nipis - dihiris

Cara membuat:

Masukkan semua bahan dalam periuk, reneh sehingga tulang empuk.
Masukkan garam secukup rasa.


Sunday, November 20, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

Bingka roti pandan ni, dah lama buat, tak silap minggu lepas tapi tak ada kesempatan utk update di sini. Rasanya dah ramai yg cuba buat bingka ni, mmg SEDAP kan. Dgn rasa lemak, wangi mmg cukup lengkap lah. Akak copy resepi dari umah Yatie. Difahmkan resepi ni sumbangan Notabilia. Terima kasih ye sbb sudi share resepi yg mudah dan sedap ini. Izin kan akak c&p di sini ye sbg rujukan akak di masa depan.

Bingka Roti Kukus Pandan

Bahan-Bahan

  • 8-10 keping roti putih
  • 400 ml santan - akak guna santan segar dari 1/2 biji kelapa
  • 1 cawan gula (akak 1/2 cawan je)
  • 4 biji telor - ( buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan - akak guna pewarna hijau pandan
  • 3 helai daun pandan - disimpul (akak mesin dgn santan kemudian tapiskan)
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.
Akak cadang masa nak buat bingka ni, nak lah letak kismis dlm nya....sekali dah bancuh sumer bahan cari kismis dalam almari..laaaa dah habis rupanya hehehe. Rasa akak kalu letak kismis mesti bertambah sedap sbb ada masam2 manis kan, tak pe next time boleh letak.

Thursday, November 10, 2011

Homemade Chocolate

Gembira nya hati, setelah sekian lama berhajat utk buat coklat sendiri akhirnya tercapai jua. Semuanya bermula apabila akak ke kedai bakery di Klang pada Ahad baru ni bersama hubby. Semasa kat dlm kedai hubby ternampak lah coklat compound Beryl's ni, terus dia suruh akak beli, katanya buat lah coklat senang aje, beli mould dan coklat compound tu. Husben mmg setiap tahun ke kilang coklat sbg salah sorang pegawai penilai kilang tersebut. Katanya kilang2 coklat mmg menggunakan jenama tersebut. Akak apa lagi, dah dpt greenlight tu...terus rembat coklat compound tersebut bersama 2 jenis mould (spt gambar bwh).

Apa2 pun mmg sedap lah coklat jenama ni (boleh kasi 5 bintang ), rasanya spt coklat komersil yg kat supermarket. Lepas ni kalau terasa nak makan coklat, buat sendiri aje hehehe..

Ni rupa mould coklat yg akak guna

Ni rupa coklat compound jenama Beryl's.



Akak buat 3 jenis, 1) tanpa sebarang inti 2) Berinti kacang badam 3) Berperisa capuccino

gambar atas ni, plain aje tanpa sebarang inti/perasa


Coklat yg bentuk cengkerang tu, akak letak badam cincang, sedapnya bila makan terasa krup krap kacang didlm....abis lah akak...bertambah lah 'kg' ku hehee

Manakala yg tampuk putih kelabu tu, perisa capuccino...dimana akak cairkan coklat putih tambah perasa capuccino...perghhhh sedap.

1 kg coklat compund menghasilkan 100+ biji jugak lah coklat2 spt saiz di atas. Lepas ni nak gi cari lagi coklat compound, nak buat inti2 lain plak....coklat oren ke apa....dan nak beli mould lagi...sbb 2 mould cam lambat sgt lah pulak.

Ada satu lagi, akak kena cari kat kedai bakery....bahan pengilat sbb menurut husben akak, coklat yg dibuat kat kilang ditambah bahan pengilat, sbb tu coklat2 komersil tu cantik shiny je kan...tapi utk makan sendiri ni tak yah shiny pun tak pe kan, janji sedap...hehehe


HOMEMADE CHOCOLATE
Bahan-bahan:

1 kg coklat compound -samada dark chocolate atau milk chocolate
bahan pengilat coklat - ni akak tak letak

Inti: Coklat ganache, kismis, kekacang yg digemari (mesti dipanggang/bakar dahulu)

Coklat putih - jika inginkan coklat yg berwarna
Bahan perisa- samada strawbery, cappucino dll

Cara membuat:

Panaskan air secara double boiler. Letakkan bekas besar di atas periuk air tadi.
Dalam bekas besar tadi masukkan coklat compound yg dicincang/patah2kan. (pastikan bekas besar tersebut bebas dr air)
Panaskan air sehingga coklat cair.
Apabila cair sudukan coklat tadi ke dalam mould yg digemari. Masukkan separuh dulu, lenggang2kan mould supaya coklat tadi meliputi keliling mould. Biarkan coklat keras sedikit.
Kemudian masukkan inti yg digemari (samada coklat ganache, kismis, badam yg telah dipanggang dulu dll)
Sudukan lagi coklat sehingga memenuhi mould tadi.
Sejukkan dlm petiais (kalau nak cepat letak kat tempat beku selama 2-3 min)
Apabila sejuk keluarkan dr mould, sedia utk dinikmati.

Corak atas coklat boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing2..

Tuesday, November 8, 2011

Berbudi pada tanah- Capsicum & Chinese Celery

Akak ni mmg suka bercucuk tanam, setiap petang akan ke halaman melihat pokok2 yg ditanam...mesti tilik satu persatu hehehe.
Saja nak tunjuk pokok capsicum hijau dgn pokok sup yg akak tanam, pokok sup tu dah byk jasanya. Tiap kali buat sup mesti akan terkorban lah pokok tersebut. Mmg berbaloi lah tanam pokok sup ni, selalu kalau beli RM1 daun sup, mesti tak abis....pastu mesti akan terbuang.

Pokok capsicum ni pula, berbuah sulong...belum pernah petik. Tunggu membesar dulu, pokok nya dah jd condong, berat buah...hehee.

Pokok atas ni baru berputik kecil, ketinggalan lah pulak yg ni.


Tak lama lagi boleh la petik, buh atas pizza....tunggu !

Sunday, November 6, 2011

Laksa Terengganu - Juadah di pagi Aidil Adha


Laksa Trg bersama para pengiringnya dan tak lupa cili kisar serta belacan secotet.


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kpd semua rakan2 muslimin dan muslimat di seluruh alam semesta. Tahun ni akak beraya di Shah Alam sahaja, memandangkan cuti hanya sampai hari Isnin sahaja, rasa sangat tidak berbaloi kalau nak balik beraya di kampung halaman. Belum habis penat sampai ke kg dah nak kena pulang ke Shah Alam dan sudah semestinya jln mestilah sesak maklum lah jalan Pantai Timur kalau musim raya haji mmg akan sesak sekali. Apa2 pun terpaksa lah berkorban apa saja, nama pun raya korban hehehe...

Pagi ni akak sekeluarga bersarapan laksa Terengganu, lama dah tak makan laksa kuah putih ni, kena semangkuk, kenyang syukur Alhamdulillah.


Laksa yg dah digaul mesra, tinggal utk di ngap sahaja ni...slurpppp !

Ulam-ulaman pelengkap bicara buat laksa

Dan watak utama, sudah pastinya kuah lemak dgn penuh rasa ikan, santan dan lada hitam perghhh terangkat

Resepinya boleh lihat di sini ----->>>> LAKSA KUAH PUTIH TERENGGANU.


Wednesday, November 2, 2011

Cream of Mushroom Soup

Dah lama tak buat sup cendawan. Dulu masa duk UK selalu buat sbb sana cendawan segar sgt murah berbanding disini. 2 minggu lepas makan sup ni kat pizza hut, anak akak yg kecil 2 org tu hirup sup ni sampai ke titisan terakhir, kesian tengok.

Kebetulan Ahad baru ni, akak ke Tesco nampak cendawan ni cantik dan segar je, rembat lah 2 paket utk buat sup. Dpt lah 1/2 puyuk besar, puas lah anak2 akak makan, licin periuk depa kerjakan hehehe.

Sup ni dicicah bersama roti bakar disapu garlic butter, sedap sehingga menjilat sudu.

cendawan segar yg dah dicuci dan dipotong

CREAM OF MUSHROOM SOUP

Bahan-Bahan:
  • 1/2 labu bawang besar, didadu
  • 2ulas bawang putih, dimayang
  • 1 mangkuk (300g) cendawan butang putih, segar } dihiris
  • 2 biji ubi kentang } potong dadu
  • 1/2 sudu besar lada hitam } ditumbuk
  • 4 cawan air rebusan ayam atau 1/2 kiub stok ayam + 4 cawan air - air boleh ditambah mengikut kepekatan yang dikehendaki
  • Garam, secukup rasa
  • 1/3 cawan fresh krim *
  • 1/2 sudu besar tepung jagung } bancuh dgn sedikit air
  • daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan (optional)
Cara:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau/layu
  • Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar
  • Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang.
  • Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
  • Masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
  • Masukkan semula sup ke dalam periuk.
  • Tuang krim, lada hitam, bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika.
  • Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.

* fresh krim tu jika tiada boleh juga digantikan dgn susu segar penuh krim, tapi kuantiti kena byk lah dlm 2-3 cawan gitu sbb susu tak selemak krim dan jika menggunakan susu kena lah kurangkan kuantiti air.