Biskut Badam Chef Hanieliza

Biskut yg mengandungi kekacang, adalah kegemaran akak. Tak kiralah kacang apa, semuanya akak suka, Setiap tahun pasti biskut badam tak kan ketinggalan dari senarai akak. Cmia kali ni akak menggunakan resepi Kak Liza utk membuat biskut badam ni, akak suka mencuba resepi yg belum pernah dicuba.
Terima kasih kak Liza, resepi akak mmg sedap dan rangup.

BISKUT BADAM [ Chef Hanieliza]

Bahan-bahan:

120gm butter
80 gm gula (akak guna 65g aje)
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
60 gm badam kisar
180gm tepung gandum (akak guna tepung rose merah)

badam flake
kuning telur untuk sapuan

Cara membuat:

1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Bijirin Coklat Kekacang


Cookies raya yang paling digemari kanak2, nak membuatnya pun senang. Gaul2, masuk dlm paper cup, biarkan keras dah siap !  Pernah buat sebelum ni, boleh lihat SINI. Kali ni akak guna coklat kompaun bukan coklat masakan. Dan dah tentulah menggunakan coklat kompaun jauh lebih sedap dari menggunakan coklat masakan.


Bijirin Coklat Kekacang
Bahan-bahan:

Cornflakes
Bertih beras coklat (cocoa krispies)
1 kg coklat kompaun
1  sudu besar cocoa butter
250g badam hiris - dipanggang/bakar hingga rangup

sedikit coklat putih - hiasan
coklat rice - hiasan

Cara membuat:

Cairkan coklat secara double boiler hingga cair, kemudian masukkan cocoa butter.
Kacau sebati.
Masukkan cornflakes, bertih beras dan badam, gaul sekata
Sudukan kedlm cawan kertas. Taburkan coklat rice atasnya.
Lorekkan dgn coklat putih yg dicairkan secara double boiler.
Apabila dah keras, simpan dlm bekas kedap udara

Tat Nenas Gulung - Gebu & Rangup

  

 Buat lagi tat nenas tapi versi gebu dan rangup, lemak dgn kandungan serbuk badam. Akak suka pulak versi ni tak lah melekat sgt kat lelangit bila makan tat hehehe.


Tat Nenas Gulung (180 biji tat )

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum Cap Sauh
600 g mentega
 4 kuning telur
1 putih telur
1/4 sudu teh garam halus
40g serbuk badam
15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
1 sudu teh esen vanilla
sket pewarna kuning

1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)

Sapuan:

1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati


Cara membuat:

Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket.
Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula, tepung dan serbuk badam hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)

Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut

Almond London Rangup - Terbaik



 Pagi tadi dpt siapkan 2 adunan biskut Almond London. Kali ni akak guna resepi dari forum Cari sumbangan forumer, millsnboon. Difahamkan resepi ni dari arwah Sh Rodziah. Akak tertarik utk mencuba sbb katanya terbaik, rangup mungkin disebabkan ada campuran nestum di dalamnya. Dan ternyata katanya mmg benar...mmg setakat ni adalah resepi terbaik Almond London yg pernah akak cuba...sgt sedap..tak sia2 akak mencuba resepi ni...terimakasih buat arwah dan millsnboon yg panjangkan resepi tersbt..semoga arwah mendpt ganjaran drp perkongsian tersbt..amin.


Almond London Rangup 
Sumber: Millsnboon Forum Cari
Resepi asal: Arwah Sh Rodziah

Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm gula kaster
50gm nestum(kalau nak kisar boleh, tak kisar pun ok)- akak kisar halus
100gm tepung jagung
200gm tepung gandum(secukupnya) - akak guna tepung redrose dan menambah 30g lagi utk mendptkan doh2 yg sedang elok
Kacang badam secukupnya (dipanggang)
1 sudu teh esen vanilla - resepi asal tak ada, ni akak tambah
Almond nib secukupnya sbg hiasan.
Coklat masakan
Papercup

Cara2 membuatnya:

1)  Putar mentega dgn gula hingga sebati
2) Masukkan nestum dan putar(sekejap shj) hingga adunan sebatii
3)  Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata
4)  Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut
5)  Rehatkan dlm 15 minit & ditudung dgn kitchen towel yang lembap
6)  Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan samada bulat atau bujur.
7)  Bakar pada suhu 170 dlm 20 - 25 minit

Untuk salutan coklat:

1)  Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiling.  Bila coklat dah cair, celupkan biskut menggunakan penyepit dan masukkan terus dlm papercup dan tabur sedikit almond nib diatasnya.

2)  Buat hingga habis dan biarkan coklat beku, baru dimasukkan dlm container kedap udara.

* Hiasan atasnya akak ubah, sepatutnya letak almond nib tp akak letak coklat putih.

Spaghetti Oleo-Oleo


Dah lama tak masak spaghetti, asyik2 goreng mihun je sesekali tukar selera pula, Kali ni akak guna spaghetti angle hair...sekali tgk macam bihun kan..cuma ianya kasar sikit.

 
Spaghetti Oleo-Oleo
Bahan-bahan:

1 paket angle hair spaghetti
sedikit minyak jagung
3 liter air
3 sudu makan minyak zaitun
10 ekor udang harimau-dibuang kulit
5 ekor sotong -dipotong kecil
sedikit kepah - akak tak masukkan ni (tak jumpa org jual yg fresh)
3 sudu makan bawang putih -dicincang halus
2 ulas bawang merah- dicincang halus
1 sudu makan lada hitam kisar
8 biji cili api - dipotong kecil (jika suka pedas)
1 pokok brokoli -dipotong kecil kemudia dicelur 1 minit dlm air mendidih
1 biji cili capsicum merah -dipotong dadu
1 biji air perahan limau nipis
1 sudu kecil serbuk perisa ayam
daun parsley kering
garam secukup rasa
1/2 sudu makan gula

Cara membuat:

Masak air sehingga mendidih kemudian masukkan sedikit garam dan sedikit minyak jagung.
Masukkan spaghetti dan rebus selama 5-8 minit hingga empuk dan masak.
Setelah masak, tuangkan ke dalam tapisan kemudian rendam ke dalam air batu yg sejuk. Kemudian toskan dan gaul dgn sedikit minyak jagung.
Untuk menggoreng, panaskan kuali, masukkan minyak zaitun, bawang putih, bawang merah, cili padi dan kacau sehingga naik bau.
Kemudian masukkan seafood dan kacau rata selama 2 minit.
Kemudian masukkan spaghetti, serbuk ayam, gula, lada hitam, brokoli, capsicum dan daun parsley.
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis.
Gaul sekata, boleh lah diangkat.

Sweety Oats

 Salam semua..biskut yang ketiga akak buat, sweety oat...mmg sedap rasa ala2 biskut digestive pun ada. Sbb ada adunan oat di dalam nya. Dgn salutan coklat di luarnya, kanak2 pasti suka.


SWEETY OATS

Bahan-bahan:

250g mentega
70g gula aising
2 sudu makan madu
180g oat kisar
140g tepung jagung
60g tepung beras
190g tepung gandum
1/2 sudu teh perasa kopi

Hiasan:

Coklat masakan
Coklat masakan warna merah jambu

Cara membuat:

Putar mentega dan gula aising sehingga sebati dan kemudian campurkan madu.
Masukkan pula perasa kopi, oats dan kesemua tepung.
Kacau rata hungga menjadi adunan dan rehatkan seketika selama 10 minit.
Canai dan terapkan adunan menggunakan acuan berbentuk bulat dan bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
Apabila masak, sejukkan dan celupkan separuh biskut ke dalam coklat masakan.
Hiaskan dengan coklat merah jambu secara berselang seli di atasnya.

* Coklat dicairkan dgn menggunakan kaedah 'double boiler'

 

Biskut Pandan Rangup


Biskut pandan yang dibuat semlm...juga resepi dari majalah RASA. Biskut yg rangup dan bau harum pandan  mmg memikat selera. Rasanya lemak dan wangi ala2 biskut bangkit pun ada.


 BISKUT PANDAN RANGUP

Bahan-bahan:

240g mentega
100g gula aising (akak letak 90g aje)
2 biji kuning telur
120g serbuk badam
350g tepung gandum (akak guna tepung red rose)
80g tepung jagung
2 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh pewarna hijau 

Bahan tabur: gula manik warna warni

Cara membuat:

Putar mentega dan gula sehingga sebati
Masukkan telur, perisa pandan dan pewarna hijau. Pukul lagi
Selepas itu masukkan badam, tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Canai doh sehingga rata dan terap dengan acuan yg digemari.
Sapukan dgn sedikit telur putih atas nya kemudian taburkan gula manik warna warni.
Bakar di dalam ketuhar bersuhu 160C selama 20 minit.

Almond Triangle

 Salam semua...dah lama tak update. Hari ni akak sempat siapkan 3 jenis biskut dan salah satu nya ialah almond triangle. Asalnya almond square tapi sbb akak tak de acuan square...triangle pun triangle la. Resepi diambil dari majalah rasa. Nanti akak taipkan resepi...tunggu !


ALMOND TRIANGLE

Bahan-bahan:

240g mentega
200g gula perang (tapi akak guna 110g gula castor)
120g tepung jagung
240g tepung gandum
120g cornflakes dikisar kasar
5 sudu makan badam cincang (akak letak 50g serbuk badam)
1 sudu teh vanilla

Hiasan:
sedikit coklat masakan putih
sedikit coklat masakan

Cara membuat:

Putar mentega dan gula hingga sebati
Kemudian masukkan vanilla dan kacau rata
Masukkan cornflakes, badam dan kesemua tepung. Gaulkan rata sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 10 min. (Jika lembik boleh tambah 1-2 sudu tepung)
Canai dan terapkan dengan acuan kegemaran dan bakar pada suhu 160C selama 20min.
Sejukkan dan hiaskan dengan coklat putih dan coklat masakan secara berselang seli.
Bila coklat dan keras bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.