Pages

Thursday, August 25, 2011

Acar Buah

Baru2 ni buat acar buah, utk dimakan bersama nasi beryani. Acar ni penambah selera. Kalau waktu sahur makan nasi bersama acar ni, berselera lah juga.

ACAR BUAH
Bahan-bahan:
  • 1 kg buah-buahan kering (jeruk limau, pala, kismis, prune, kurma, ceri, apricot, asam boi dll)
  • 10 ulas bawang putih } biarkan sebiji sebiji
  • 15 ulas bawang merah } biarkan sebiji sebiji
  • 3 cm halia } dihiris nipis
  • 20 biji cili kering + 1 labu bawang besar + 1 sudu kecil rempah kari ikan } dikisar
  • 15 tangkai cili padi jeruk
  • 3/4 botol cuka
  • gula dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit bijan } disangai untuk hiasan
Cara membuat:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, kacau sampai wangi dan garing.
  • Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau.
  • Masukkan cuka, gula dan garam & kacau hingga terbit minyak dan pekat berkilat.
  • Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & cili padi kemudian kacau sampai rata.
  • Bila elok masaknya dan cukup garam serta gulanya, angkat kemudian taburkan bijan di atasnya.
  • Sejukkan dan simpan di dalam botol atau bekas kedap udara
Nota: JANGAN masukkan air walau sedikit pun semasa memasak acar buah ini agar acar ini tahan lama.


1 comment: