Pages

Wednesday, November 2, 2011

Cream of Mushroom Soup

Dah lama tak buat sup cendawan. Dulu masa duk UK selalu buat sbb sana cendawan segar sgt murah berbanding disini. 2 minggu lepas makan sup ni kat pizza hut, anak akak yg kecil 2 org tu hirup sup ni sampai ke titisan terakhir, kesian tengok.

Kebetulan Ahad baru ni, akak ke Tesco nampak cendawan ni cantik dan segar je, rembat lah 2 paket utk buat sup. Dpt lah 1/2 puyuk besar, puas lah anak2 akak makan, licin periuk depa kerjakan hehehe.

Sup ni dicicah bersama roti bakar disapu garlic butter, sedap sehingga menjilat sudu.

cendawan segar yg dah dicuci dan dipotong

CREAM OF MUSHROOM SOUP

Bahan-Bahan:

  • 1/2 labu bawang besar, didadu
  • 2ulas bawang putih, dimayang
  • 1 mangkuk (300g) cendawan butang putih, segar } dihiris
  • 2 biji ubi kentang } potong dadu
  • 1/2 sudu besar lada hitam } ditumbuk
  • 4 cawan air rebusan ayam atau 1/2 kiub stok ayam + 4 cawan air - air boleh ditambah mengikut kepekatan yang dikehendaki
  • Garam, secukup rasa
  • 1/3 cawan fresh krim *
  • 1/2 sudu besar tepung jagung } bancuh dgn sedikit air
  • daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan (optional)
Cara:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau/layu
  • Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar
  • Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang.
  • Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
  • Masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
  • Masukkan semula sup ke dalam periuk.
  • Tuang krim, lada hitam, bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika.
  • Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.

* fresh krim tu jika tiada boleh juga digantikan dgn susu segar penuh krim, tapi kuantiti kena byk lah dlm 2-3 cawan gitu sbb susu tak selemak krim dan jika menggunakan susu kena lah kurangkan kuantiti air.


9 comments:

  1. mmg sedap sup ni,bkn anak2 jer suka, mak2 anak pun suka gak...hihhi

    ReplyDelete
  2. yang hirup sampai ke titisan terakhir tu best kan.. nyum nyum.. nani pun suka sup cendawan ni.. memang suka makan ngan garlic bread kan.. at this moment nani makan sup cendawan kalau kat umah beli dlm tin. campbell sup tu.. setakat ni sup tu je yang sesedap rasa.. so lepas ni nak try wat sendiri plak.. ikut resepi kat atas tu.. mekasihhhhh kongsiiii.. muahhhhssszz..

    ReplyDelete
  3. heheheh kak ma, bukan setakat sudu jek nak dijilatnya...kalau kami ade dgn puyuk pun nak dicelet ngn roti hahahahah....

    ReplyDelete
  4. Slmt hari raya Aidiladha buat k.Noorma sekeluarga. anak2 sy cukup suka mushroom sup.tak sempat cicah roti dah licin....

    ReplyDelete
  5. Chah, mmg sedap hehehehe

    Liza, betul, betul, betul

    nani, cuba lah

    Ulin, hahaha jgn tak tahu anis jilat sampai ke puyuk


    Mamasya, selamat hari raya aidil adha, budak2 mmg suka kan sup ni kan

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap sangat. Kak Noor mohon kongsi dalam blog Kak Noor ye! Anak-anak Kak Noor suka sup cendawan ni. Selalunya beli yang segera dalam paket, tapi kali ni nak cuba buat sendiri ikut resepi ini.

    ReplyDelete
  7. K Noor, sila kan.....cuba lah buat sendiri, InsyaAllah lagi sedap dari dlm paket tu...saya tak suka yg dlm paket tu...terasa byk bahan perasa sgt......

    ReplyDelete