Pages

Thursday, November 10, 2011

Homemade Chocolate

Gembira nya hati, setelah sekian lama berhajat utk buat coklat sendiri akhirnya tercapai jua. Semuanya bermula apabila akak ke kedai bakery di Klang pada Ahad baru ni bersama hubby. Semasa kat dlm kedai hubby ternampak lah coklat compound Beryl's ni, terus dia suruh akak beli, katanya buat lah coklat senang aje, beli mould dan coklat compound tu. Husben mmg setiap tahun ke kilang coklat sbg salah sorang pegawai penilai kilang tersebut. Katanya kilang2 coklat mmg menggunakan jenama tersebut. Akak apa lagi, dah dpt greenlight tu...terus rembat coklat compound tersebut bersama 2 jenis mould (spt gambar bwh).

Apa2 pun mmg sedap lah coklat jenama ni (boleh kasi 5 bintang ), rasanya spt coklat komersil yg kat supermarket. Lepas ni kalau terasa nak makan coklat, buat sendiri aje hehehe..

Ni rupa mould coklat yg akak guna

Ni rupa coklat compound jenama Beryl's.



Akak buat 3 jenis, 1) tanpa sebarang inti 2) Berinti kacang badam 3) Berperisa capuccino

gambar atas ni, plain aje tanpa sebarang inti/perasa


Coklat yg bentuk cengkerang tu, akak letak badam cincang, sedapnya bila makan terasa krup krap kacang didlm....abis lah akak...bertambah lah 'kg' ku hehee

Manakala yg tampuk putih kelabu tu, perisa capuccino...dimana akak cairkan coklat putih tambah perasa capuccino...perghhhh sedap.

1 kg coklat compund menghasilkan 100+ biji jugak lah coklat2 spt saiz di atas. Lepas ni nak gi cari lagi coklat compound, nak buat inti2 lain plak....coklat oren ke apa....dan nak beli mould lagi...sbb 2 mould cam lambat sgt lah pulak.

Ada satu lagi, akak kena cari kat kedai bakery....bahan pengilat sbb menurut husben akak, coklat yg dibuat kat kilang ditambah bahan pengilat, sbb tu coklat2 komersil tu cantik shiny je kan...tapi utk makan sendiri ni tak yah shiny pun tak pe kan, janji sedap...hehehe


HOMEMADE CHOCOLATE
Bahan-bahan:

1 kg coklat compound -samada dark chocolate atau milk chocolate
bahan pengilat coklat - ni akak tak letak

Inti: Coklat ganache, kismis, kekacang yg digemari (mesti dipanggang/bakar dahulu)

Coklat putih - jika inginkan coklat yg berwarna
Bahan perisa- samada strawbery, cappucino dll

Cara membuat:

Panaskan air secara double boiler. Letakkan bekas besar di atas periuk air tadi.
Dalam bekas besar tadi masukkan coklat compound yg dicincang/patah2kan. (pastikan bekas besar tersebut bebas dr air)
Panaskan air sehingga coklat cair.
Apabila cair sudukan coklat tadi ke dalam mould yg digemari. Masukkan separuh dulu, lenggang2kan mould supaya coklat tadi meliputi keliling mould. Biarkan coklat keras sedikit.
Kemudian masukkan inti yg digemari (samada coklat ganache, kismis, badam yg telah dipanggang dulu dll)
Sudukan lagi coklat sehingga memenuhi mould tadi.
Sejukkan dlm petiais (kalau nak cepat letak kat tempat beku selama 2-3 min)
Apabila sejuk keluarkan dr mould, sedia utk dinikmati.

Corak atas coklat boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing2..

22 comments:

  1. Assalam noor..baru acik gtau camana rupa coklat compound..teringin jugak nak buat coklat sendiri..caranya ada tertulis kat balutan coklat compound tu ke noor.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak noor bestnya saya cari coklat compaund tu tak ada kat penang ni hehehe cari pun 1 kedai aje

    ReplyDelete
  3. wahh..rajinnyer kak noor buat homemade cokelat...kt japan ni kalau nk dekat valentine, byk la jual mould cokelat ni

    ReplyDelete
  4. Assalam kak,tinginnyer nak wat ceklat sendri,dah akak kata sedap nak jugalah try wat nanti..Akak resepi coklat xde ke,leh bagi resepi x kak,Nanti nak cari coklat kompaun jnma ni dlu..

    ReplyDelete
  5. Chik Mimi, ada dijual kat kedai bakery...cer cari betul2 heheh

    ReplyDelete
  6. Ida, saja nak mencuba perkara baru...cam best je bila lihat coklat yg dah keras ikut btk mould tu....cam cantik je hehe

    ReplyDelete
  7. wahhh

    nih lih mintak as souvenir ni kak ma....hehehhe bawa balik usa hehehehhe

    ReplyDelete
  8. Aslmkum k.Noor.menarik coklat pelbagai inti yg k.Noor buat.
    coklat beryls ni sy selalu guna utk coating biskut raya sbb elok jadinya tak meragam mcm sesetgh coklat bila dicairkan.

    ReplyDelete
  9. wslm Mamasya, mmg sedap coklat ni kan.

    ReplyDelete
  10. salam kak.bakery diklang..dekat mana ye? apa name bakery tu?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. kedai 2ply dekat pasar besar klang

    ReplyDelete
  13. Mne nk dpt kn coklat berly's ni..xde ke stokis2 yg jual..sy dari tmn medan petaling jaya...ssh sngat nk jmpe coklat ni...

    ReplyDelete
  14. Mne nk dpt kn coklat berly's ni..xde ke stokis2 yg jual..sy dari tmn medan petaling jaya...ssh sngat nk jmpe coklat ni...

    ReplyDelete
  15. Haah la... Mmg susah nk jumpa coklat beryls nih kt kedai/pasaraya...penah jumpa tp white pulak huhu

    ReplyDelete
  16. Bahan perisa tu letak atas coklat yang telah sejuk ke Kak?

    ReplyDelete
  17. Bagaimana nak simpan coklat ni..simpan dlm peti ais ok ke??

    ReplyDelete