Lasagna ayam yang dibuat beberapa hari lepas. Sesekali tukar menu barat syok jugak, anak2 mmg suka sangat menu ala barat cam ni.
Sos Merah/ Sos Tomato
Bahan-bahan Sos Merah/ Sos Tomato:
2 s/b minyak masak
1 labu bawang besar - potong dadu
1 btg lobak merah - potong dadu
1 biji cili capsicum - potong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang
500g daging ayam cincang (boleh guna daging lembu jika suka)
2 x 400g sos bolognese
1 cawan stok ayam
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara membuat:
Panaskan minyak.
Masukkan bwang, lobak merah dan bawang putih.
Kacau hingga layu kemudian masukkan ayam cincang.
Kacau hingga masak, Masukkan sos pasta dan stok ayam.
Renehkan selama 15 minit hingga agak pekat. Masukkan cili capsicum
Masukkan garam, serbuk lada hitam secukup rasa.
Padamkan api.
Sos Putih/Sos Keju
Bahan-bahan sos putih/sos keju:2 s/b mentega
2 s/b tepung gandum
2 cawan susu (boleh tambah jika sos terlampau pekat)
125g keju cheddar
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara membuat:
Panaskan mentega.Masukkan tepung, kacau selama 2 minit . Tutup api kemudian masukkan susu. Kacau sebati, panaskan atas dapur hingga pekat. Masukkan keju, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau hingga keju larut, padamkan api.
Lasagna
Bahan-bahan:250g kepingan lasagna segera
sos merah/sos tomato
sos putih/sos keju
keju parut secukupnya (cheddar dan mozarella)
Cara membuat:
Panaskan oven pada suhu 180 C. Ambil loyang pembakar, susun kepingan lasagna kemudian tuang sos merah diikuti oleh sos putih. Tabur keju mozarella.Ulang susun kepingan lasagna, sos merah dan sos putih dan taburan keju mozarella. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali. Atas sekali mesti sos putih dan tabur keju mozarella dan keju cheddar.
Bakar sehingga perang. Hidangkan panas2.
Bestnyaaaa..... yummy!
ReplyDeleteAslmkum k.Noor
ReplyDeletesama anak sy suka menu barat...tambah lasagna....yumm.
Salam..nk tanya kepingan lasagna tu kene rendam dulu ke??
ReplyDelete