Pages

Friday, December 24, 2010

Asam Rebus Batang Keladi

Salam semua....pagi tadi g pasar Jumaat, beli batang keladi. Dah lama tak masak btg keladi. Salah satu lauk kegemaran akak. Akak lawan kan dgn ikan kering goreng dan sambal belacan...abis nasik sepiuk tadi makan bersama famili dr kg...hehehehe.

Asam Rebus Batang Keladi

Bahan-bahan:

1 ikat batang keladi
2 keping asam keping
sedikit udang
garam secukupnya

Bahan tumbuk:

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
5-6 tangkai cili kering - kalau suka pedas boleh tambah lagi atau campur cili padi

Cara membuat:

Batang keladi disiat kulit, jika ada ubi juga dibuang kulitnya kemudian dipotong kecil
Rebus hingga lembut dan toskan
Masukkan kedlm periuk semua bahan dan air secukupnya
Bila mendidih masukkan btg keladi.
Biarkan seketika bolehlah diangkat.



No comments:

Post a Comment