Pages

Monday, December 13, 2010

PERIA GORENG RANGUP ALA KEDAI MAMAK

Salam dan selamat tengahari....
Peria oh peria......! Sapa suka makan peria, angkat tangan. Dulu kat rumah akak, tiada sorang pun yg suka makan peria melainkan akak sorang. Kalau masak dgn udang ke, wat kerabu ke....akak lah yg akan kena habiskan. Kadang2 tu yg malas masak peria. Peria ni byk khasiat. Rugi kalau tak makan..baik utk mengelakkan pelbagai penyakit.

Dulu akak kalu gi kedai mamak mesti makan peria goreng rangup ni...kadang ambil peria saja sepiring ratah camtu je sbg starter, hehehe. Sejak menjadi hantu peria goreng kedai mamak..akak mencuba pelbagai cara dan akhirnyyaaaaaaa...yessssss berjaya juga akak goreng sendiri peria di rumah sama spt yg dijual kat kedai mamak..malah lebih sedap....hahaha.Tak caya, cuba lah sendiri.

Peria ni bila goreng macam ni, langsung tak rasa pahitnya...malah rasa lemak2 gitu. Dan sekrng bukan akak sorang pemakan peria kat rumah ni...tapi semua anak2 akak termasuk si busu yg 2 tahun tu. Masa tengah goreng sekejap2 dtg angkut peria tu makan depan tv..makan macam makan kerepek.....

Gambar atas ni sebelum goreng. Digaul dgn campuran tepung beras sehingga sekata. Pastikan ianya tak melekat antara satu sama lain sebelum digoreng.

Kalau nak cantik, hiris bulat2 tak yah belah peria tu dan tak yah buang biji pun tak pe. Tapi yg ni akak kena belah sbb peria ni dah lama bertapa dlm peti sejuk sampai kan bijinya dah jd merah..hahahaha tu yg kena belah dan buang biji. Selalunya akak hiris bulat2.
PERIA GORENG RANGUP


Bahan-bahan:
1 biji peria besar bukan peria katak tau
tepung beras secukupnya
sket garam
* perisa samada sket rempah kari @ serbuk lada hitam @ apa2 saja ikut citarasa masing2
Cara:
Sebelum potong, basuh dulu peria.
Kemudian hiris nipis2.
Letakkan dalam bekas besar, masukkan tepung beras, garam dan perisa kalau suka. Akak suka perisa original tak letak apa2 dan perisa lada hitam..nyummy.
Gaul campuran tepung beras tadi sehingga menyaluti peria tadi. JGN letak air @ telur.
Terus goreng dlm minyak yg banyak sehingga keperangan.
Angkat toskan.
Lebih enak makan panas2 samada dgn nasi atau makan begitu saja sbg makanan ringan.

4 comments:

  1. sy pulak mmg tak reti makan peria melainkan mak @ kakak buat peria sumbat yg tu sy pandai makan pelikkan ,nnti boleh try cam ni pulak

    ReplyDelete
  2. salam kenal kak noor..sy pernah makan peria goreng mcm ni..siap ada daun kari lagi..tp mmg sedap..kan!

    ReplyDelete
  3. salam kak noor,
    peria goreng tepung mesti sedap buat snacking..boleh lah cuba juga next time..

    ReplyDelete
  4. Mimi....try la sedap ni


    Ct...mesti sedap lg dgn ada nya daun kari..next time bole taruk..

    Ayu....cuba lah...buat kudap2an..hehehe

    ReplyDelete