Resepi asal menggunakan 1 kg tepung tapi akak buat separuh dr resepi trsbt dpt lah 3 biji pizza besar, boleh makan dr tghari sampai mlm hehehe.
Kali ni akak mengunakan 4 jenis cheese utk toppingnya iaitu Mozarella, Cheddar, Parmesan dan Jalapeno Cheese, hasilnya mmg sedap sgt.
Doh Pizza
Bahan-bahan:500 g tepung roti/high protein
1/2 sudu kecil garam
7g yis kering segera
1/2 sudu besar gula caster
2 sudu besar extra virgin olive oil - akak guna minyak jagung je
325 ml air suam - akak guna 315 ml aje
Cara membuat:
Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
Larutkan garam dan gula dalam air.
Tuangkan air dan minyak ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata.
Uli adunan diatas tempat permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat.
Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yang dilenser dgn sket minyak dan ditutup dgn cling film.
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
Uli aduan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 3.
Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yg dikehendaki.
Letakkan kedlm dulang pembakar yg dah disapu dgn sikit mentega
Biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula.
Cucukkkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti.
Bakar didlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan.
Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju.
Bakar semula sehingga keju cair dan keperangan ditepi2 nya.
Sos Pizza
Kali ni akak menggunakan kaedah short cut utk buat sos. Bukan apa, kes nak cepat dan malas yg sebenarnya hehehe. Akak menggunakan sos spagheti cendawan Prego.
Bahan-bahan:
1 tin sos spagheti cendawan Prego
1 labu bawang Holland -potong dadu
1 mangkuk daging cincang
sikit cili flakes
sikit Oregano
minyak utk menumis
Cara membuat:
Tumiskan bawang sehingga layu, masukkan daging cincang.
Kemudian masukkan sos Prego.
Kacau sebati sehingga masak.
Masukkan garam, cili flakes dan oregano.
Siap utk digunakan.
Yg ni bahagian akak, makan dgn cili jeruk....perghhh terangkat wei. Mula2 anak2 tengok dan komplen, " eee peliknya mak makan dgn cili jeruk". Akak jwblah, sedap tau...rasalah" Kemudian anak no 2 rasa, terus kata "a'ah lah sedappppppp, sambil ceduk lagi cili jeruk dr balang hahahaha" Lepas anak no 3 plak rasa, a'ah lah sedap.....hihihi, baru depa tahu. Dengan itu habislah cili jeruk akak dikerjakan anak2 dan maknya. Kena buat lagi cili jeruk.
pizza!!! sedaaapnyaa kalau dpt makan nie... terliur tgk pizza nie..nmpk sedaaaap!
ReplyDeletesedapnya pizza ..menarik tgk resepi simple ni kak...saya copy resepi yer masuk list dulu..hehe
ReplyDeletecukup mengancam... nx week nk buat piza untuk besdy anak bujang...boleh try resepi nih...
ReplyDeleteSalam Noor
ReplyDeleteAkk nk tanya Noor guna cheese jenama apa? Yg parmesan tu susah sgt nk cari yg halal.
kc
salam kakk..singah dpur kak memlm..biasa la kan kak klu wken tu..bnyk dpur yg snyi sepii..hehe..kita pun dh bnyk ari plan nk wak pzaa..tpi asik kiv jee..huhuu..npak meriahh je pza akak tuu..lapor la plakk memlm ni..
ReplyDeletecam bes n menarik la pizza akak. nk cuba la nanti. mesti suami n anak suka.
ReplyDeleteSaya buba buat ikut resepi diatas, tapi dough tersebut sangat lembik n melekat2 kenapa ya.
ReplyDeletemacam-macam respi dough pizza ada.. boleh try resepi yang ni plak
ReplyDeleteAssalam..sis sy da cuba resepi doh ni mmg terbaik sgt! 5bintang!! Doh sedap n lembut...family suke n dorg ckp rsa mcm pizzahut hihihi...thank u sis sbb x lokek berkongsi resepi ni ;)
ReplyDelete