Pages

Friday, March 25, 2011

Ayam Masak Paprik


Menu ni sebenarnya dah lama, baru hari ni teringat nak masukkan dlm blog ni. Anak2 mmg suka masak paprik, nak2 makan masa panas2 bersama nasi panas. Mak depa lalu belakang mmg tak nampak hahaha.

AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor /600 g ayam } dipotong kecil-kecil
  • 100 g lobak merah } dipotong bulat-bulat
  • 100 g bunga kobis } dipotong kecil ikut bunganya
  • 100 g kacang panjang } dipotong sepanjang 4.5 cm
  • 1 biji buah tomato } dipotong 4
  • 3 helai daun limau purut } disiat/koyak skit
  • 2 ulas bawang putih } dicincang
  • 1 labu bawang besar Holland } dihiris bulat-bulat
  • 1 inci halia } dimayang
  • 2 btg serai } diketuk
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 7 biji cili api }dibelah 2 - jika suka pedas boleh tambah lagi
  • 4-5 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 biji limau nipis
  • sedikit air
  • sedikit daun ketumbar } dipotong untuk hiasan - jika suka, tak bubuh pun tak apa

Cara membuat:

  • Ayam dan sayur dicuci berasingan kemudian toskan.
  • Panaskan minyak didalam kuali, masukkan ayam kemudian goreng sehingga keluar air ayam dan ayam 3/4 masak sahaja (JANGAN sampai garing/kuning)
  • Keluarkan ayam dari kuali, menggunakan minyak tadi tumiskan bawang putih, serai dan halia sehingga wangi dan kekuningan
  • Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sedikit air
  • Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
  • Biarkan ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat barulah masukkan semua sayuran, cili api, bawang besar dan sos ikan.
  • Kacau 3 minit kemudian perah limau nipis dan bolehlah diangkat
  • Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit daun ketumbar.

Nota: Masakan ini TAK PERLU letak garam sbb dah cukup masin.

5 comments:

  1. sedap nie.. diana pun suka makan ayam masak paprik... :)

    ReplyDelete
  2. Assalam Noor..sedap sangat ayam paprik ni..anak2 pun suka mkn gak

    ReplyDelete
  3. suka masak ni sbb boleh shortcut masuk sayur sekali heheheh

    ReplyDelete
  4. Umm....nak bg rasa pun jauh sgt hehehe

    Diana...paprik ni mmg kesukaan ramai kan..

    K Rosa...wslm...anak2 kita serupa

    Chik Mimi...yessssss betul..kita serupa

    ReplyDelete