Bahan-bahan:
*disebabkan akak buat main campak2 je jd sukatan yg tepat tak de, pandai2 la ekjas ye
Tepung gandum
Udang kertas - buang kepala
Sayur - samada taugeh @ kucai @ daun bawang @ kangkung @ kobis @ sawi...sume akak taruk kalau ada
Bawang besar - dimayang
sket serbuk kunyit
Garam & air secukupnya
Cara membuat:
Bancuh semua bahan, pastikan jgn terlampau pekat.
Panaskan minyak yg banyak, ambil sesenduk adunan lalukan tepi kuali biar ianya turun dan jd agak nipis. Goreng hingga kekuningan.
Angkat dan potong kecil sebelum dihidangkan bersama bahan cicahan yg digemari.
Cantik tea set ni
ReplyDeleteteringin sangat nak guna pinggan cantik2 camni tapi anak2 kecik bermepat di rumah
pinggan plastic pun patah apatah lagi si jelita ini
tqvm for recipe...
salam kenal dari surirumah yang baru nak berjinak dengan masakan (selama ni bibik masak - maluuu tutup mukeee)
kawan saya suggest letak telur sebiji dalam adunan.jadik ringan dan rangup!cubalah.:-)
ReplyDeleteok Mai Has boleh cuba nanti
ReplyDelete