KUIH BAKAR PANDAN


Salam semua....

Hari ni tahap kerajinan ok lah sikit, sebenarnya dah lama mengidam nak makan kuih bakar cik mat gebu..bila tatap gambar kuih bakar cik mat rasa cam nak menitik air liur jd ku gagahkan jua semangat utk membakar sebiji kuih bakar buat minum petang kami sekeluarga...

Hasilnya kuih ni lembut, lemak dan secukup rasa...pendek kata SEDAP lah ! Kalau beli kat gerai jarang jumpa kuih bakar yg sesedap ni..cewaaaahh.


Warna kuih ni sebenarnya lagi terang, bila jd gambar kurennng lah pulak...apa2 aje lah ye...hehehehe.

Resepi nya diambil dr blog cik mat gebu, izin kan akak CnP disini ye sbg rujukan di masa depan.. tqvm cik mat atas resepi yg lemak berkrim ini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
2 1/4 cawan santan
1 cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula - guna 3/4 cawan aje, ok dah kat lidah akak rasanya
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
  3. Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
  4. Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....

MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU

Salam semua....

Menu tengahari ni masak lemak cili api pucuk paku pakis, k Noor kalu beli pucuk paku ni antara 2 je kalau tak dimasak lemak, akak buat kerabu..tadi ingat nak buat kerabu tapi tak de kuah lah pulak nanti..lg pun bila buat kerabu anak2 tak makan tapi klu masak lemak gini....makan pulak. Bila ada masak lemak mesti ada ikan goreng dan ikan kering digoreng baru lah ngam...tapi gambar ikan goreng dgn ikan kering goreng cam malaslah pulak nak ambil......huhuhu
Resepi masak lemak ni sama lah spt masak lemak lain cuma tukar bahan utamanya aje iaitu cik pucuk paku...resepi boleh rujuk sini

IKAN SINGGANG


Salam semua....

Kak Noor nak tunjukkan lauk kegemaran akak....tak lain tak bukan ialah ikan singgang. Sebenarnya ni lauk 2 hari yg lepas. Baru nak masuk dlm ni. Akak klu dpt ikan singgang tak yah lauk lain dah...ada lauk ni dan ikan goreng cukup dah, janji dlm kuah tu ada cili api sebiji2...nanti bila makan nasi..tenyeh2 cili tu kat nasi...perghhh berasap. Tapi klu tahap kerajinan lebih sket boleh lawan kan dgn sambal belacan atau budu atau cencaluk...dilengkapkan pula dgn ulam2an, confirm abis nasi 2 pinggan hehehe

IKAN SINGGANG

Bahan-bahan:

5 ekor ikan selayang atau 1 ekor ikan aye
2-3 hiris lengkuas
2-3 hiris kunyit hidup
1 ulas bawang putih-belah 2
1 keping asam keping
5-6 tangkai cili api (letak sebiji2)
Garam secukup rasa

Cara:

Didihkan air masukkan semua bahan kecuali cili api dan ikan.
Apabila mendidih masukkan ikan.
Bila ikan masak, masukkan cili api.
Bolehlah diangkat.