Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

LASAGNA AYAM


Lasagna ayam yang dibuat beberapa hari lepas. Sesekali tukar menu barat syok jugak, anak2 mmg suka sangat menu ala barat cam ni.

=

Sos Merah/ Sos Tomato

Bahan-bahan Sos Merah/ Sos Tomato:


2 s/b minyak masak
1 labu bawang besar - potong dadu
1 btg lobak merah - potong dadu
1 biji cili capsicum - potong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang
500g daging ayam cincang (boleh guna daging lembu jika suka)
2 x 400g sos bolognese
1 cawan stok ayam
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan minyak.
Masukkan bwang, lobak merah dan bawang putih.
Kacau hingga layu kemudian masukkan ayam cincang.
Kacau hingga masak, Masukkan sos pasta dan stok ayam.
Renehkan selama 15 minit hingga agak pekat.  Masukkan cili capsicum
Masukkan garam, serbuk lada hitam secukup rasa.
Padamkan api.


Sos Putih/Sos Keju

Bahan-bahan sos putih/sos keju:

2 s/b mentega
2 s/b tepung gandum
2 cawan susu (boleh tambah jika sos terlampau pekat)
125g keju cheddar
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan mentega.Masukkan tepung, kacau selama 2 minit . Tutup api kemudian masukkan susu. Kacau sebati, panaskan atas dapur hingga pekat. Masukkan keju, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau hingga keju larut, padamkan api.

Lasagna
 Bahan-bahan:

250g kepingan lasagna segera
sos merah/sos tomato
sos putih/sos keju
keju parut secukupnya (cheddar dan mozarella)


Cara membuat:

Panaskan oven pada suhu 180 C. Ambil loyang pembakar, susun kepingan lasagna kemudian tuang sos merah diikuti oleh sos putih. Tabur keju mozarella.Ulang susun kepingan lasagna, sos merah dan sos putih dan taburan keju mozarella. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali. Atas sekali mesti sos putih dan tabur keju mozarella dan keju cheddar.
Bakar sehingga perang. Hidangkan panas2.

Jamuan Famili Sempena Aidilfitri 2013

Assalamualaikum....selamat hari raya buat pengunjung Coretan Dari Dapur. Sekejap betul masa berlalu. Setahun demi setahun. Dan spt tahun2 sudah, jamuan sempena aidilfitri diadakan, kali ini dibuat di rumah abg yg sulung di BBB. Tahun lepas di rumah saya, boleh lihat SINI.
Semua adik beradik turun ke KL untuk berkumpul dan lebih istimewa adik yang tinggal di Dallas pun dpt turut serta meraikannya.

 Antara menu menarik selera ialah nasi arab, ayam dan lamb mandy.


 Fetucini Alfredo



 Nasi ayam Tat


 Ketupat pulut dan rendang ayam kampung.

 Nasi impit

 Kek buah dan kek lapis.

 Sosej roll berkeju

 Puding marble


 Kambing bakar/golek

Ketupat sotong





Jamuan Famili

Kambing Golek (sponsored by Abg Nal)

Karipap/Samosa Ikan (special dr ku & bondaku)


Laksa Penang (special dari ku)
Rendang ayam/Lemang Kijal/Nasi Impit (special dr ku)

 Triffle (special dari ku)
Nasi Dagang Trg Bondaku

Salad Semenyih (special dr Farah)

Spagethi Bolognese (special dr Shahrul)

Tapai pulut, kek lapis Jakarta dan kek gulung

Makaroni Bakar (special dr ku)

Macaroni Bolognese Chicken Balls

Menu simple, cepat dan mudah. Makaroni dgn bebola ayam.
Malas betul sekrng nak masak. Balik sekolah aje, badan dah letih. Yg sempat ku masak hanyalah pasta ni mengunakan sos Prego dan bebola ayam ayamas. Masak dlm masa 15 minit dah siap semua....senang kan ! Yg penting anak2 suka kecuali abahnya tekak melayu, pasta2 ni tak main lah dia. Bahagian abahnya dah ada ikan tongkol masak sambal cili hidup.

Cara memasak:

Rebus bebola ayam. Angkat dan toskan.
Menggunakan air rebusan tadi,
rebus pasta hingga lembut. Toskan dan gaul dgn sedikit minyak.

Dalam periuk masukkan sket minyak tumiskan bawang putih yg dicincang dan bawang besar Holland yg dipotong dadu.
Kacau hingga layu kemudian masukkan sos bolognese Prego dan sikit cili sos yg pedas.
Masukkan bebola ayam dan skit 'mixed herbs' kering.
Rasakan garam boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama pasta tadi.
Siap !

Cheesy Chikaroni

Salam semua....

Dah byk hari tak masak...sejak Sabtu lepas...baru hari ni dapur ku berasap semula...

Malam ni tak tahu nak masak apa...cam dah jemu nak makan nasi. Husben pulak tak balik kerja lagi, dah malam2 begini. Tengah pening nak masak apa utk dinner mlm ni, buka petiais..terpandang chicken meatball ayamas...dan teringat cheese powder yg dibeli kat Bangi baru2 ni..terus keluar idea dan inilah hasilnya..tarrra!

Cheesy Chikaroni My Style

Komen anak2...."mak macam kfc punya lah" iyo lah tu nak oiii..anak2 akak mmg hantu pasta dan cheese...mesti lah dorang kata sedapkan..

Cheesy Chikaroni

Bahan-bahan:

1 paket Macaroni-direbus dan ditoskan
1 paket chicken meatball ayamas-direbus dan ditoskan
3 ulas bawang putih - dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
serbuk cheese Jalapeno - dicampur dgn air panas
minyak utk menumis

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan pasta, meatball dan serbuk ladahitam
Gaul sekata boleh lah diangkat
Masa nak dihidangkan, curahkan cheese atasnya.

* Akak langsung tak letak garam sbb cheese ni dah agak masin.