Rendang Ayam Kering


Rendang ayam yg dibuat sempena Aidil Adha baru2 ni. Rendang ini sengaja dibuat agak kering/hancur supaya ianya tahan lama dan senang dicicah dgn lemang atau nasi impit.

RENDANG AYAM KERING

Bahan-bahan:
 

1 ekor ayam } dipotong
2 biji kelapa } ambil santan pekat
1 helai daun kunyit } dihiris halus
4 helai daun limau purut }hiris halus

2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
sket gula merah jika suka

Bahan kisar:

15-20 tangkai cili kering
20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
4 batang serai (hiris bahagian ubinya sahaja untuk dikisar, btgnya diketuk )

3 biji buah keras

Cara membuat:

Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air)

Satukan santan, bahan kisar, ayam, kerisik, batang serai yg diketuk dan asam keping
Jerang atas dapur hingga hampir kering.
Masukkan garam dan gula melaka dan kacau hingga kering.

Sebelum angkat taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
Kacau sebati, bolehlah diangkat.



Laksa Utara

 Salam Aidil Adha buat semua...santapan hari ni laksa utara. Ulam dan pelengkapnya kurang, apa yg ada dlm petiais je. Telur tak sempat nak rebus hehehe.

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus laksa kering } direbus hingga lembut
  • 1kg ikan selayang
  • 2 kuntum bunga kantan } belah 4
  • 6-8 keping asam keping }boleh tambah/kurang ikut kesuaian
  • sedikit daun kesum
  • garam secukup rasa
Bahan kisar:
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 10 tangkai cili kering } boleh tambah jika nak pedas
  •  2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan                                                                                                                                                                                                                                                                                   Bahan Hiasan:                                                                                                            
  • daun salad (dihiris halus)
  • 1/2 btg timun (dipotong halus)
  • 4 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dimayang)
  • beberapa tangkai daun pudina jika suka
  • petis udang jika suka
Cara membuat:
  • Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit
  • Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
  • Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan/blend isi ikan tersebut menggunakan air rebusan tadi.
  • Masukkan ke dalam periuk air secukupnya, isi ikan, bahan kisar, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih/sehingga masak.
  • Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman dan tuangkan kuah diatasnya.
  • Hidang panas-panas.


Karipap Panas

KARIPAP DAGING

 Inti Daging

Bahan-bahan:
  • 3 biji kentang dipotong dadu.
  • 200g daging cincang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 5 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk
  • 1 sudu besar udang kering-ditumbuk
  • Setangkai daun sup }dihiris
  • Sedikit gula & garam
    
 Cara membuat inti:
  • Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.
  • Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Sebelum diangkat masukkan daun sup.
    
 Bahan-bahan untuk pastri:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar majerin
  • air  untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan atau secukupnya
  • secubit garam masukkan ke dalam air
    
 Cara membuat kulit karipap:
  • Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
  • Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.  
  •  
  • Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup

Ketupat Pulut Daun Palas



Ketupat pulut daun palas yg telah digoreng. Enak dimakan panas2 cicah serunding/rendang atau dimakan begitu saja.

Part yg paling akak suka, bahagian bucu2 sbb ianya rangup..hehehe. Ketupat goreng ni femes kat negeri Trg, rasaya negeri lain tak goreng ketupat pulut ni. Ketupat ni digoreng sekali dgn kulitnya.


Malberi

Pokok Malberi yg ku tanam...adalah tanam 3 pohon...selalunya tak sempat masak anak petik dulu.
Buah ni bila dah masak jd warna hitam, dan rasanya manis. Ketika buah masih merah, ianya agak masam ala2 buah rasberi..hehe