Hari ni terlebih rajin, sekrng Shah Alam setiap petang hujan. Tau2 aje lah bila hujan, perut asyik lapar je pastu mulalah kedapur mencari apa yg boleh dimakan. Teringat lobak merah, cheese dan lemon yg dibeli ntah bila...lupa lah pulak...masa tu beli ingat nak buat kek ni utk potluck kat sekolah tapi hajat tak kesampaian masa tu sibuk sgt dgn anak2 yg kecil demam lah pulak....maka ditangguh lah projek ni sehingga lah hari ni....nasib baik masih boleh guna lobak tu hehehe. Masih menggunakan resepi yg pernah digunakan sebelum ini iaitu sumber asal dari 1001 resepi, boleh rujuk kat sini Kek Lobak Merah cuma kali ni akak lebih kan skit buat topping nya sbb anak2 suka sgt makan topping tersebut.
Bahan-bahan : Acuan 9x9 in
2 cawan tepung superfine* - guna tepung gandum cap Sauh
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus - resepi asal 2 cawan (manis sgt bg akak)
2 1/2 cawan parutan lobak merah, - letak 3 cawan
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering - letak 1/4 cawan aje
1 cawan kacang walnut, cincang - dibakar sekejap dlm oven
Bahan Cream Cheese Frosting:
125 g mentega
250 g cream cheese
1/2 biji lemon - ambil jusnya
5 camca besar gula aising
Cara membuat :
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.
Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.
Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.
Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.
Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.
Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan.
18 comments:
sedapnya kek lobak tu... terlior kita...
salam..
teringinnya nak makan kek carot tu...sedapnya
Selamat pagi,
ini bukan kek lobak biasa sebab tengok bahannya pun pelbagai... mesti rasanya pun sangat sedap!
Aslmkum k.Noorma
yumm tentu sedap kek karot ni...ada nenas..walnut...moist pula tu...
nak cube la nanti amik recp k,TQ
Gee, bukan nak kata lah kan...kek ni mmg sedap tau......hehe
wanie...kalau teringin kenal lah buat
Amie, kek ni mmg istimewa dr segi rasanya...lemak, lembab, masam dan manis sume ada..tak cukup makan sepotong nak lg sepotong
wslm mamasya.....mmg sedap kek ni rugi tak cuba hehe
Hanim...slmt mencuba !
Assalamualaikum,
Lama tak mai sini, pekabar sihat ker...Nampak menarik sgt kek lobak tu, nak rasa sepotong leh
wslm Wattie....khabar baik.....ada lagi ni dlm petiais, 2 potong pun boleh bg rasa heheh
sy baru jer buat semalam... alhamdulillah jadik :)..cuma mmgg bahagian atas kek garing sikit.. so sy potong bagi rata....
Kak..kl kukus blh ke ni..
Kak..kl kukus blh ke ni..
Wahh..memang nmpak sedap & mahal..tapi kosnya murah jer kan..
dan
WAJIB BACA NI---> Kebaikan Dan Manfaat Kolagen Shaklee
Dah buat ikut resepi ni. Sedap sngt,suami mkn terlajak.cuma saya letak nenas,tukar dgn kismis dan kurma.
Thanks utk tuan punya resepi.
Jzkk kak sharing resepi kek ni.. byk tahun dah buat 😃
Post a Comment