Kek Pelangi Kukus Lagi

Assalamualaikum..

Kata org kalau dah jatuh cinta tu, sukar utk dilupakan ha ha ha. Begitulah kisahnya dgn kek pelangi kukus ni. Ntah kenapa akak suka sgt mkn kek ni..lepas sekeping2..terutama selepas makan nasi mesti nak pekena kek ni sekeping dua, adusss mmg nikmat.

Akak buat lagi krn kawan sama sekolah nak dtg rumah melawat baby akak. Kali ni akak buat 1 adunan aje menggunakan loyang bulat pulak.

Boleh lihat resepi dan sumbernya di SINI

Ntah kenapa kek yg telah masak jd cam permukaan bulan...berlobang2 hahahaha. Agaknya api kuat sgt atau byk gelembung udara terperangkap..tapi tak pe..walaupun rupa atas nya tak cantik tapi sedikit pun tidak menjejaskan texture kek tersebut...tetap lembut, lembab dan sedap.



 Lihat lah texturenya yg halus dan gebu, mmg puas hati lah membuatnya.

Ni kek yg telah dipotong dan disimpan dalam tupperware selama 2 hari...makin lama disimpan makin lembab mcm kek lapis Sarawak pun ada. Nampak gaya kena buat lagi...sbb SEDAP sgt.

Kek Pelangi Kukus

Assalamualaikum...

Kek kukus pelangi ni akak buat 2 hari yang lepas. Alkisahnya terlihat kek ni dirumah Yatie dan apabila membaca celoteh Yatie ttg kek ni membuatkan akak begitu teruja utk membuatnya. Menurut Yatie resepi ni diambil dari blog chef Norzailina. Akak apa lagi melihat bahan2 pun ada dlm almari cuma tinggal nak beli serikaya...malam tu jugak akak buat hehehehe.

Hasilnya kek ini memang sedap, lemak, lembut, gebu, lembab, pendek kata mmg SEDAP la. Tak rugi akak mencubanya. Terima kasih byk kpd Yatie yg panjangkan resepi tersebut dan juga kpd chef Norzailina yg tak kedekut utk berkongsi resepi yg sgt enak ini.


Izinkan akak C&P resepi disini utk rujukan dimasa depan.

KEK PELANGI KUKUS 
(akak buat 2 adunan menggunakan loyang 10x10x3 dan kukus selama 2 jam)

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor (akak kurangkan jd 1/2 cawan aje tp tetap manis)
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. (yg ni akak tak tambah susu pun, namun begitu kek tetap lembut)
Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Sebenanrnya ada 6 lapisan warna tapi disebabkan akak tak ratakan betul2 ada bahagian
mempunyai byk warna ada bahagian nampak sebahagian je warnanya...tapi tak pe lah janji sedap. Yang warna coklat tu akak letak emulco cappucino..mls nak taruk serbuk koko. Padahal serbuk koko ada tp kalau dah malas tu...habis cerita lah hehehe.

Kepada penggemar kek, JGN tak cuba nanti menyesal hahahahaha !

Jamuan Famili Sempena Aidilfitri 2013

Assalamualaikum....selamat hari raya buat pengunjung Coretan Dari Dapur. Sekejap betul masa berlalu. Setahun demi setahun. Dan spt tahun2 sudah, jamuan sempena aidilfitri diadakan, kali ini dibuat di rumah abg yg sulung di BBB. Tahun lepas di rumah saya, boleh lihat SINI.
Semua adik beradik turun ke KL untuk berkumpul dan lebih istimewa adik yang tinggal di Dallas pun dpt turut serta meraikannya.

 Antara menu menarik selera ialah nasi arab, ayam dan lamb mandy.


 Fetucini Alfredo



 Nasi ayam Tat


 Ketupat pulut dan rendang ayam kampung.

 Nasi impit

 Kek buah dan kek lapis.

 Sosej roll berkeju

 Puding marble


 Kambing bakar/golek

Ketupat sotong





Puding Marble



Puding Marble

Bahan-bahan

30 g agar2 stripe
2 liter air
2 cawan gula -  kurangkan jika nak kurang manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
1 sudu besar mentega
pewarna kegemaran dan serbuk koko jika suka.

Cara membuat:

Masak agar2 dgn air hingga larut.
Masukkan gula.
Dalam bekas lain campurkan susu, esen vanilla, telur dan tepung kastad. Kacau hingga sebati kemudian tapiskan.
Kecilkan api masukkan bahan tapis dan mentega ke dalam periuk.
Kacau hingga mendidih.
Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna kegemaran.
Tuangkan dalam loyang sesenduk demi sesenduk berselang seli.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.

Tat Nenas Gulung


Semalam sempat juga 'mengetat' dpt lah buat mkn2 sepanjang bulan posa yg masih ada ni dan dibuat raya. Tat nenas merupakan kegemaran kami sekeluarga. Kalau beli tak dpt makan sepuasnya. Kalau buat sendiri boleh mkn sepuas hati, lepas buka puasa mesti pekena tat nenas dulu. Tat yg baru dibuat sgt sedap berbanding yg selepas seminggu dua kejadiannya hehehe.

Gulungan tat yg kurang kemas, sbbnya yg tukang gulungnya bibikku dan anak dara ku yg berumor 10 tahun. Pulak tu beso2 kejadian tat tu, kes nak cepat habis lah tu. Kena 3 bijik kenyang hahahaha.


Spt biasa menggunakan resepi Maizana (toke tat yg dikenali di forum Cari dulu2) tapi dah diubah suai skit mengikut citarasa ku. Pernah buat di SINI dan di SINI. Dah guna resepi ni bertahun2 lamanya rasanya hampir 7 tahun kot sejak di UK dan siap buat jualan menggunakan resepi ni. Setakat ni mmg puas hati lah, sbb ianya mengikut citarasa ku.

Tat Nenas Gulung (180 biji tat )

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum Cap Sauh
600 g mentega
4 kuning telur
1 putih telur
1/4 sudu teh garam halus (jika guna salted butter tak perlu letak dah garam ni)
40g serbuk badam
15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
1 sudu teh esen vanilla
sket pewarna kuning

1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)

Sapuan:

1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati


Cara membuat:

Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket.
Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula, tepung dan serbuk badam hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)

Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut


 Abaikan kaki model aka kaki pemerhati hehehe. Tat yg tengah menunggu giliran utk dibakar.

 Dah siap masuk balang.. sebekas dah habis kena ngap mlm tadi hihihi.

Kes tak sabar mlm tadi, makan tat panas2 lagi...nasib tak lecur mulut kena jem yg tgh panas.Dah makan satu pasti nak lagi dan lagi...tak cuba tak tahu :)

Mee Kari Special

Dah jemu makan nasi, apa kata berbuka puasa dgn mee. Sesekali pekena mee kari enak juga.


MEE KARI SPECIAL

Bahan-bahan:
  • 1 kg mee kuning } dicelur
  • 1/2 ekor ayam } dipotong kecil
  • 5-6 sudu besar minyak utk menumis
  • 5 sudu besar serbuk kari ayam Babas } campurkan dgn sedikit air panas jadikan pes
  • 2 sudu besar serbuk cili atau cili kisar pun boleh - nak pedas tambah lagi
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1.5 - 2 liter santan
  • 100 g bebola ikan } dibelah dua
  • 2 keping kek ikan }dihiris
  • 5 keping tauhu kering } dihiris
  • 200 g isi kerang yg telah direbus
  • 2 keping asam keping
  • garam secukup rasa
Bahan tumis:
  • 2 batang serai } diketuk
  • 5 ulas bawang merah } dimayang
  • 1 ulas bawang putih } dimayang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Bahan kisar:
  • 2.5 cm halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
  • 3 batang sawi } dipotong kecil dan dicelur 1-2 min
  • 100 g taugeh - buang ekor } lebih enak tanpa celur
  • 4 tangkai cili merah} dihiris
  • 4 tangkai cili hijau } dihiris
  • 1 tangkai daun bawang } dihiris
  • 100 g bawang goreng
  • 5 biji limau kasturi } belah dua
Cara membuat:
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bahan tumis dan goreng hingga garing/wangi
  • Masukkan bahan kisar, pes kari, serbuk cili dan serbuk kunyit
  • Kacau sehingga sebati dan pecah minyak (dgn api yg perlahan) - pastikan sampai pecah minyak dan garing baru sedap
  • Kemudian masukkan santan, ayam dan asam keping
  • Bila ayam empuk dan pecah minyak, masukkan bebola ikan, kek ikan, tauhu kering, isi kerang  dan garam secukup rasa.
  • Biarkan mendidih seketika boleh lah diangkat.
  • Bubuh mee ke dalam mangkuk, tuangkan kuah ke atasnya diikuti bahan-bahan hiasan.