Masak Lemak Putih Rebung Madu & Sotong

Santapan tengahari ni, masak lemak dgn ikan kering. Sesekali mkn ikan kering mmg membangkit selera.



MASAK LEMAK PUTIH REBUNG MADU & SOTONG

Bahan-bahan:

10 ekor sotong
600 g rebung madu segar - direbus dahulu
3 cawan santan
1 labu bawang besar - dipotong baji
2 ulas bawang putih - dibelah 2
2 tangkai cili merah - dihiris
garam secukup rasa

Cara membuat:

Masukkan semua bahan kedalam periuk.
Masak hingga mendidih.
Masukkan garam secukup rasa dan boleh lah diangkat.

Kuih Paung Goreng (Kuih Bom Inti Sambal Ikan Trg)

Kuih Paung goreng yang dibuat semalam, tapi bukan akak yg buat. Mak akak yg buat. Sementera mak ada ni, minta dia ajarkan buat kuih tradisi Trg ni. Kalu kat Selangor/KL, mmg takkan jumpa kuih ni. Kalau nak makan disini, kena lah buat sendiri.


PAUNG GORENG aka KUIH BOM TRG

INTI

Bahan-bahan:

6 ekor ikan selayang
2 cawan santan
1/2 inci halia - dimayang halus
6 ulas bawang merah - dimayang
1 sudu kecil halba
gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:

Ikan direbus dan ambil isinya. 
Kisar isi ikan dgn santan hingga hancur.
Masukkan bahan kisar ke dlm kuali.
Kacau hingga hampir kering.
Masukkan gula, garam, halia, bawang merah dan halba.
Kacau hingga sebati dan kering boleh lah diangkat. (jgn terlampau kering biar lembab2 skit)

KULIT

Bahan-bahan:

2  cawan tepung pulut
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan kelapa parut muda atau santan pekat
air secukupnya
secubit garam

Cara membuat:

Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh.
Peram/rehatkan doh selama sekurang2nya 7 jam.
Ambil sedikit doh, masukkan inti dan bulat2kan.
Ulang sehingga doh habis.
Goreng didlm minyak yg tenggelam hingga keperangan.
Hati-hati krn kuih ni akan meletup jika api terlampau kuat.




Kek Mentega Belang




KEK MENTEGA BELANG
 Bahan-bahan:

210g tepung superfine/halus -diayak bersama baking powder
1 sudu teh baking powder
200g gula caster (tp akak guna 170g aje)
250g mentega
5 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
emulco oren, coklat, pandan jika suka

Cara membuat:

Panaskan oven pd suhu 160 C.
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang/putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati (jgn terlampau lama nanti kek jd kering, sekadar rata sahaja)
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sekata.
Bahagikan kpd beberapa bahagian, dan masukkan emulco kegemaran.
Masukkan adunan ke dlm loyang secara berselang-seli.
Bakar dalam ketuhar 40-50 minit atau sehingga masak.

Laksa Terengganu


Menu kegemaran keluarga selamanya...untuk lihat resepi klik  SINI

Cendawan Goreng Kunyit


Menu kegemaran anak lelaki ku...cendawan goreng kunyit. Utk memastikan masakan ni sedap, cendawan yg digunakan mestilah yg segar beli aje terus masak. Kalu yg disimpan beberapa hari dlm petiais, nanti bau cendawan trsbt dah jadi kurang enak.



Cendawan Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

1 paket cendawan
2-3 ulas bawang putih- diketuk
1 labu bawang besar Holland-dihiris
2 tangkai cili merah-dihiris
sedikit minyak utk menumis
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
sedikit serbuk ayam jika suka

Cara membuat:

Panaskan 3 sudu minyak untuk menumis
Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah, goreng hingga layu dan naik bau
Masukkan pula sebuk kunyit dan cendawan
Kacau sehingga cendawan menjadi layu
Masukkan garam secukup rasa dan serbuk ayam jika suka.
Hidangkan panas2