Pau Bagus - Inti Daging & Kentang

Salam semua....lama dah tak buat pau...setahun dah kot. Anak2 mmg suka makan pau, tak cukup satu sorang kalau beli. Jadi kalau nak puas makan kena lah buat sendiri. Makan lah puas2 hehehe.

Kali ni buat pau berinti daging & kentang, bubuh daging byk2 baru sedap klu yg beli tu kata je inti daging tapi seketui daging pun tak nampak. Buat lepas asar petang semlm, jdnya dinner mlm tadi dgn pau je lah...makan 2 ketui sorang dah kenyang.

Akak buat 1 kg tepung (2 adunan) dpt lah 35 biji. Kalau beli mau RM1.50 sebiji. Kalau 35 biji dah RM50 lebih ....untung kalau buat sendiri...modal baru 10 ringgit aje. Sebahagian darinya akak lepas kukus sejukkan akak frozenkan. Bila2 nak makan kukus lah balik...senangkan.


Pau ni akak guna resepi dari Bagus Bakery....mmg gebus tak hengat punya....hahaha...sapa2 yg nak try dialu2kan...tapi jgn sesekali derhaka sama itu resepi nanti tak jadi (amaran dari penaja hehehe)

PAU BAGUS

Sponge (A)

250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air

Bahan (B)

250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air
Inti - ikut citarasa -> secukupnya

Cara membuat:

Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.

Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.

Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.

Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.

Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.

Tips:

Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau.
Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.
Payahnya nak dptkan bentuk pau yg betul2 bulat, kena g kursus bulatkan pau nampak gaya ni..!


INTI DAGING

Bahan-bahan :

  • 2 cawan daging yg dah dipotong kecil/halus
  • 4 ulas bawang merah } dikisar
  • 1 cm halia } dikisar
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 1 labu bawang besar Holland } dipotong dadu
  • 500 g kentang } dipotong dadu
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah kari daging Babas
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk memasak
  • 1 batang kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Cara membuat inti:
  • Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih bersama skit garam sehingga masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
  • Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang, apa bila wangi masukkan daun kari dan bahan yg di kisar
  • Kacau sehingga wangi dan agak garing
  • Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging, goreng sehingga daging masak.Jika perlu boleh masukkan skit air.
  • Apabila daging dah empuk serta airnya dah kering boleh masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga bawang layu kemudian masukkan kentang. Kacau rata boleh lah diangkat.
  • Kacau sekejap bolehlah diangkat dan sejukkan. Pastikan sebelum digunakan keluarkan bunga lawang dan kulit kayu manis.

30 comments:

Chik Mimi said...

Assalam kak noor,oo kena buat asing-asing lah ye kak heheh ni kes malas ni min nak campak aje dalam cik BM tu hehehe

Unknown said...

gebunya pau akak nie....nak try la...mcm belu kat kedai jer ....

Anna Qawina said...

dok berangan nak buat pau, sampai harini tak buat2..hihi...sedp buat sdri, kalau beli inti ciput je, yg lebih tepung je..tak puas mkn..

Ummi said...

salam Noor...waaaah cantiknya pau dia..molaaattt jek..putiss gebusss!! Nak buat jugak la nnt...lama x mengepau...thanks Noor kasi angin nak makan...angin nak buat x tau la bila..hehe

Sheery Dream Cakes said...

salam akak... dah lama tak buat pau.. selalu beli yg ready mde gitu jer skg nie... ermm.. tgk pau yg akak buat nie gitu gebu n lembut sekali...

AZLINA said...

Assalamualaikum kak Noor, geram betui tengok pau ni..dah cantik dah tu, bulat2 & comei2 semuanya..

Wattie said...

Salam Noor,
wahhhh gebunya pau tu....lama tak makan...nak seketul leh

NoorMasri said...

wslm mimi, bole gak guna bm...uli asing2 lah...


hani...try la.


anna, buat sendiri mmg puas hati..

ummi, molat ke hahahaha...

diana, buat la...mmg gebus

azlina, klu tengok betul tak bulat sgt

wattie, nak ke...tapi yg frozen ah...hehhe

Unknown said...

salam kak nak tanye.double action baking powder tu xsame cam baking powder bese ke..

blackcardomompods said...

Air utk kukusan tu mesti on api yg besar ek kak noor?then tgh mndidih kan?

Sya selalu pki resepi biasa dan selalu fail.tp tgk resepi ni rasa cam perfect je.nnti nk g kdai bakery beli tpg pau la.tp unik resepi ni x pernh jumpa

(dh lama cr kaknoor sjk kak noor blik dr uk)

nlilisk said...

Assalamualaikum...
Saya nak tanya bahan (B)>>SHORTENING<< tu apa?tak penah dengar pun...ada nama lain ke selain nama shortening tu...akk,tolong bg tau saya segera yang mungkin,,kalo boleh masa hari raya haji saya nak buat...
dan kalo boleh attach gambar packing shortening and double actian baking powder ke email saya @ akk show jela kat blog ni,sure ramai yang nk tengok....Saya nak buat pau gebu cam ni,saya dah 2 kali buat,semua kempis dan keras...tolonglah saya....hehehehehe,harap dapat membantu

Anonymous said...

lupa nk bagi email
>>lies89_rius@yahoo.com

nlilisk said...

lupa nk bagi email
>>lies89_rius@yahoo.com

Mohd Nasir said...

Betul ke 15 g double action b.powder..confius ni...

Rahiza said...

Mohon untuk share ye kak. Semoga dipermudahkan rezeki atas manfaat ilmu ini...
Terima kasih.

NabilaHasyim said...

Salam Kak Masri.

Saya dah cuba, memang sedap.
dah jumpa dengan pau idaman, hehehe..

mekasih berkongsi resepi..

http://menggapaicintailahi.blogspot.com/2015/04/resepi-akhirnya-dapat-pau-macam-orang.html

Unknown said...

Aslmkm...kak kalau baking powder 2 guna yg biasa je boleh x? Tq 4 the recipe 😊

Ellafifi said...

Jadi tp kecut lepas angkat. Kena xperimen lg ni

Ellafifi said...

Jadi tp kecut lepas angkat. Kena xperimen lg ni

redvelvet.blogspot.com said...

akk sy dh cub buat..knp doh tu jadi lembik..sukatan air sy ikut betul2.

redvelvet.blogspot.com said...

akk sy dh cub buat..knp doh tu jadi lembik..sukatan air sy ikut betul2.

MiSS tIrAmiSu said...

Saya derhaka sikit resepi ni.
Air letak lebih sebab tak cukup air masa nak gaul tepung.
Shortening pun kurang sikit, dah tu je yang ada.
Double action BP pun kurang sebab seriau tengok banyak nau nak kena letak.
Sorry tuan resepi. Tapi pau saya menjadi.

Air kena betul2 didih, baru letak pau. Pastikan tutup periuk dilap dulu.
Yang jadi kedut tu sebab lama sangat kot dalam periuk.

Yaya D'sweety said...

15g sama ke kalau sukat guna 1 sudu besar?

Yaya D'sweety said...

15g sama ke kalau sukat guna 1 sudu besar?

Yaya D'sweety said...

Apa sebabnya kita perlu buat 2 adunan ya? Maksud sy kenapa perlu buat asing2 doh A dan doh B? Adakah untuk menjadikan tekstur pau lebih menarik?

Unknown said...

Kak nak tnya, resipi ni kan utk satu adunan, klo nak buat 2 adunan, yeast tu kna buh 11g or kna tmbh jd 22g?