Aneka Bun (Resepi Chef Sugi)

Meroti lagi, kali ni menggunakan resepi Cak Sugi. Terima kasih chef atas perkongsian resepi yg hebat ni. Ada bun kacang merah, bun gula, bun apple, bun buahan campuran, bun cheddar serta btk loaf.

RESIPI SWEET BREAD- CHEF SUGI

high flour 800gr
Low flour 200gr
Sugar 200gr
Salt 15gr
improver 10gr
Softer 5gr
Yeast 15gr
Milk powder 50gr
Butter 150gr
Fresh cream 50gr
Whole egg 4pcs
Ice+cool water 350gr






BBQ (chicken wing & sweet corn)

Kegemaran keluarga, BBQ kepak ayam madu dgn lada hitam dan jagung manis. 


Aneka Bun (Doh Pullman Bread)

 
Salam semua, roti yang dibuat petang semalam. Anak2 mmg suka makan roti, buat 1 kg tepung tak sempat 2 hari dah habis. Hari ni depa minta buat lagi, malangnya stok tepung roti dan butter dah kehabisan dlm kabinet. Kena gi shopping barang2 meroti lagi.

Semalam akak guna doh roti Pullman. Asalnya ada rakan dari Kelab Roti yang postkan resepi tersbt yang asaknya resepi dari Alex Goh. Akak amat tertarik dgn hasil roti nya , mmg nampak gebu dan halus. Akak search google terjumpa kat dapur CMG di sini Pullman Bread.
Izinkan akak CnP resepi dari blog CMG ye, tksh atas perkongsian tersebut, semoga Allah jua yang dapat membalasnya.


RESEPI PULLMAN BREAD (Sumber : Dapur Tanpa Sempadan  )

BAHAN DOH SPAN :
2 camca teh instant yeast
2 camca besar air
300 g tepung roti
175 ml air sejuk (dari peti sejuk)

BAHAN DOH UTAMA :
200 g tepung roti - akak guna 100g tepung roti + 100g tepung gandum biasa
35 g gula halus- akak guna 50g
1 3/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
100 g whipping cream
30 g lemak sayur (shortening) - akak guna 40g

CARA MEMBUATNYA :
  1. DOH SPAN :- Satukaan instant yeast dengan 2 camca besar air, kacau rata dan biar 10 minit. Kemudian masukkan tepung dan tuang air sedikit demi sedikit sambul digaul hingga menjadi doh. Bulat2kan doh dan letak dalam bekas kedap udara. Biar menapai selama 2 1/2 jam. Ia akan naik seperti adunan apam.
  2. DOH UTAMA :- Satukan semua bahan lain ke dalam no. 1, kecuali lemak sayur. Adun hingga sebati dan masukkan lemak sayur, uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin, kena uli lama sikit untuk mendapatkan tekstur seperti ini. Bagi kepada 4 bahagian sama besar, bulat2 dan rehatkan 15 minit.
  3. Buat lah btk yg disukai. 
Sepatutnya kalau ikutkan resepi, rotinya btk loaf (roti sandwich) tapi akak buat ikut btk yg akak suka..terpulang kpd masing2 punya citarasa. Texture roti ni mmg sebijik texture roti sandwich.


Gambar atas, roti sosej disulam2 gitu hehehe

Yang atas ni, bun inti kari daging dan bun inti mixed fruits + cinnamon



MEE SEGERA BEBOLA UDANG

Hujan-hujan makan mee segera panas2 mmg sedap. Tapi tak boleh selalu makan mee segera ni, tak elok hehehe. Kali ni masak mee segera letak sayuran banyak2 dan bebola udang. Habis sebungkus mmg kenyang tak terkata. Akak suka guna mee segera Mamee Chef, sedap !

ANEKA BUN RESEPI LIZA OTHMAN

 
Salam semua, sejak cuti sekolah ni mood meroti dtg balik selepas sekian lamanya tidak menguli. Lagi pun anak2 mmg suka roti, cuti sek ni asyik nak makan aje.

Kali ini akak mencuba resepi dari Liza Othman, terima kasih empunya resepi krn sudi berkongsi ilmu/resepi yg sgt enak ini. Menurut beliau resepi ni dipelajari dari chef berbangsa Cina.

Doh resepi ni senang nak handle sbb x terlalu lembik, sedang elok je.

Atas roti pizza sos cili, bwh roti pizza sos BBQ...anak2 cukup suka.

 Resepi Liza Othman (tapi akak telah gandakan bahan dibawah utk 1 kg tepung, dpt 34 biji bun)

Bahan-bahan:

500gm tepung roti atau  400gm tpung roti +100gm tpung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk menjadi 265gm
80gm butter
1st bread softner
garam 3/4 sudu teh (2.5g) - yg ni resepi asal x de akak tambah

Cara Membuat:
Campur bahan kering, gaul sekata dan masuk bahan cecair
Uli sebatikan sehingga doh menjadi licin
Kemudian masukkan butter dan uli hingga elastik (sehingga doh boleh ditarik nipis spt membuat roti canai)
Perap 1 jam atau sehingga saiz berganda.
Kemudian tumbukkan doh untuk buang angin
Bentukkan doh dgn seberat 55g setiap satu dan perap hingga naik 2x ganda
Bakar suhu 180c atau suhu bakar ikut jenis oven anda selama 15-20 minit.
Bila perang, angkat dan sapukan dgn butter masa bun masih panas utk dptkan permukaan yg berkilat.

Yg ni pula inti kari daging berkentang, mmg sedap. 



Aneka btk roti, anak2 sgt teruja utk makan setiap jenis btk tersbt.


Next time nak cuba tambah water roux dan x mau guna softener, utk melihat perbezaan hasilnya.

PULUT LEPA TRG

Hari ni nak tayang pulut lepa tapi bukan yg dibuat sendiri tetapi pulut lepa frozen yg dibeli dr Trg.
Pulut ni akak beli masa balik Trg bulan lepas, beli 100 biji hahahahaha..bykkan. Pulut org ni buat mmg besar dpt mkn 2 biji kenyang. Pulut org ni buat mmg sedap, besar, lemak dan byk intinya. Dgn kata lain berbaloi2 beli.

Akak masih belum dpt seru utk buat sendiri, malas hehee. Nak buat inti tu dah pandai, nak menggulung tu yg malas. Tapi tak tahu lah kot2 nanti dtg angin R utk buat pulut lepa sendiri, frozen lagi utk dikomersialkan sbb sini mmg payah jumpa org jual pulut lepa ni, pulut panggang byk lah.

Bagi yg tak tahu, pulut lepa ni intinya ikan. Akak  lebih gemar pulut lepa berbanding pulut panggang sini sbb intinya.
Suka kalu dipanggang garing2, td akak panggang sekejap je atas dapur. Malas nak panggang dlm oven rasa sayang eletrik pulak nak on kan oevn setakat nak panggang 10 biji pulut lepa.

ROTI SOSEJ DAN BUN DAGING LADA HITAM

Dah lama tak meroti..cuti sekolah ni bolehlah luangkan masa utk layan selera anak2. Spt biasa resepi ni akak masih guna resepi  DI SINI


roti sedang menunggu masa utk dibakar

Sedia utk dimakan


CRISPY ALMOND

Salam...

Crispy almond yg dibuat baru2 ni. Anak2 mmg suka makan sekejap ada sekejap dah abis...mmg berbaloi2 membuatnya.

Akak campur almond, biji matahari dan bijan putih..campuran ni ikut citarasa masing2 nak letak kekacang apa yg digemari.



DAGING MASAK HITAM MANS


 Lauk kegemaran suamiku tercinta...daging masak hitam manis.Makin hitam makin sedap hehehe.

DAGING MASAK HITAM MANIS

      Bahan-bahan:

  • 500 g daging
  • 25 g kerisik
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • sedikit air asam
  • minyak untuk menumis 

     Bahan tumis: 
  • 2 ulas bawang merah } dimayang
  • 1 ulas bawang putih } dimayang
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 cm kulit kayu manis
  • beberapa helai daun kari 
     Bahan kisar: 
  • 1 1/2 labu bawang besar
  • 2 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar jintan manis } disangai terlebih dahulu
  • 2 sudu besar jintan putih }disangai terlebih dahulu
  • 2 sudu besar cili kisar 
     Cara membuat: 
  • Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan kisar, tumis sehingga terbit minyak
  • Masukkan daging, kerisik, kicap dan  air asam jawa
  • Renehkan sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat
  • Sedia untuk dihidangkan..