Aneka Bun (Doh Pullman Bread)

 
Salam semua, roti yang dibuat petang semalam. Anak2 mmg suka makan roti, buat 1 kg tepung tak sempat 2 hari dah habis. Hari ni depa minta buat lagi, malangnya stok tepung roti dan butter dah kehabisan dlm kabinet. Kena gi shopping barang2 meroti lagi.

Semalam akak guna doh roti Pullman. Asalnya ada rakan dari Kelab Roti yang postkan resepi tersbt yang asaknya resepi dari Alex Goh. Akak amat tertarik dgn hasil roti nya , mmg nampak gebu dan halus. Akak search google terjumpa kat dapur CMG di sini Pullman Bread.
Izinkan akak CnP resepi dari blog CMG ye, tksh atas perkongsian tersebut, semoga Allah jua yang dapat membalasnya.


RESEPI PULLMAN BREAD (Sumber : Dapur Tanpa Sempadan  )

BAHAN DOH SPAN :
2 camca teh instant yeast
2 camca besar air
300 g tepung roti
175 ml air sejuk (dari peti sejuk)

BAHAN DOH UTAMA :
200 g tepung roti - akak guna 100g tepung roti + 100g tepung gandum biasa
35 g gula halus- akak guna 50g
1 3/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
100 g whipping cream
30 g lemak sayur (shortening) - akak guna 40g

CARA MEMBUATNYA :
  1. DOH SPAN :- Satukaan instant yeast dengan 2 camca besar air, kacau rata dan biar 10 minit. Kemudian masukkan tepung dan tuang air sedikit demi sedikit sambul digaul hingga menjadi doh. Bulat2kan doh dan letak dalam bekas kedap udara. Biar menapai selama 2 1/2 jam. Ia akan naik seperti adunan apam.
  2. DOH UTAMA :- Satukan semua bahan lain ke dalam no. 1, kecuali lemak sayur. Adun hingga sebati dan masukkan lemak sayur, uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin, kena uli lama sikit untuk mendapatkan tekstur seperti ini. Bagi kepada 4 bahagian sama besar, bulat2 dan rehatkan 15 minit.
  3. Buat lah btk yg disukai. 
Sepatutnya kalau ikutkan resepi, rotinya btk loaf (roti sandwich) tapi akak buat ikut btk yg akak suka..terpulang kpd masing2 punya citarasa. Texture roti ni mmg sebijik texture roti sandwich.


Gambar atas, roti sosej disulam2 gitu hehehe

Yang atas ni, bun inti kari daging dan bun inti mixed fruits + cinnamon



2 comments:

Cekgu Maz said...

Tembam nyer roti geram tengok...lama dah xmeroti....teringin la pulak :)

Azlina Aziz said...

teringin nk buat roti sendri....hihi