Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

MARBLE BUTTER CAKE

 MARBLE BUTTER CAKE

 Bahan-bahan:

210g tepung superfine/halus -diayak bersama baking powder
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cream of tartar
200g gula caster (tp akak guna 170g aje) - asingkan 2 sudu besar utk dipukul bersama putih telur
250g mentega
5 biji telur gred A- asingkan putih dan kuningnya
1 sudu kecil esen vanilla
emulco coklat atau serbuk koko

Cara membuat:

Panaskan oven pd suhu 160 C atau suhu mengikut oven (suhu oven akak hanya 150C)
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang/putih
Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati (jgn terlampau lama nanti kek jd kering, sekadar rata sahaja)
Dalam mangkuk lain yg kering dan bebas dari sebarang minyak, pukul putih telur sehingga berbuih kemudian masukkan gula yg diasingkan tadi dan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk.(bila diterbalikkan putih telur tidak jatuh)
Dalam mangkuk campuran butter tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dgn campuran telur putih, kaup balik sehingga sekata. Ulang hingga habis.
Bahagikan kpd 2 bahagian, 1 bahagian dimasukkan emulco coklat.
Masukkan adunan ke dlm loyang secara berselang-seli. Akhir sekali ambil lidi sate lorekkan permukaan atasnya.
Bakar dalam ketuhar 40-50 minit atau sehingga masak.

 Tekstur kek yg halus dan gebu gebas

 Makan sepotong mau sepotong lagi ha ha ha


BAKED BLUEBERRY CHEESE CAKE

Baked Blueberry Cheese Cake - Kek keju yang halus, gebu dan lembab sangat enak dinikmati ketika sejuk. Resepi kek keju yg enak dan lazat ini diperolehi daripada blog Dapur Mas. Terima kasih Mas atas perkongsian resepi kek yg sgt lazat ini.



BAHAN BASE: Loyang bulat spring form 8 inci

250g biskut digestive
125g mentega - dicairkan

Hancurkan biskut menggunakan food prossesor kemudian masukkan  mentega. Gaul sehingga rata.
Tekan pada dasar loyang sehingga padat.


BAHAN KEK:

Bahan A:

500g cream cheese
130g whipping cream
50g gula castor
6 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh jus lemon

Bahan B:

60 g gula castor
6 putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar

BAHAN TOPPING:

250g blueberry filling 

CARA MEMBUAT:

Panaskan oven pada suhu 160 C ( atau bergantung kpd oven masing2, oven akak hanya 150 C).
Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. Jika base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu.

Dalam mangkuk pengadun, pukul cream cheese bersama 50g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream, esen vanilla dan jus lemon. 

Dengan menggunakan speed sederhana, pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. 
Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji dan pukul sebati sambil berhenti sekali sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut. Ketepikan.

Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan 60g gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga bertanduk dan kaku (bila diterbalikkan bekas, putih telur tidak jatuh/mengalir). Penting semasa asingkan telur putih tiada sebarang telur kuning didalamnya dan tiada kesan minyak pada bekas/alatan yg digunakan utk mendptkan keadaan bertanduk dan kaku.

Ambil satu senduk adunan telur putih (meringue)  dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese. Ulang sehingga habis dan kedua2 adunan bercampur rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut. Balut luar loyang dengan aluminium foil dan bakar secara water bath ( loyang kek di masukkan ke dalam bekas lain yg mengandungi air mendidih dan bakar di didlm oven).

Bakar selama 1 jam. Selepas 50 minit, boleh pusing kan loyang. 
Keluarkan loyang dari oven, sejukkan loyang atas redai sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. 

Apabila dah sejuk boleh lah tuangkan/sapukan filling blueberry di atasnya. 
Enak dinikmati ketika sejuk.



Cara: 1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu). 2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je). 2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut. 3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu). 4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Kek yang belum di sapu dengan filling blueberry.



Biskut Digestive



Cara: 1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu). 2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je). 2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut. 3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu). 4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali. 5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak) 6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan) 7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Cara: 1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu). 2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je). 2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut. 3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu). 4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali. 5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak) 6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan) 7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Cara: 1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu). 2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana (ku guna whisk telur je). 2. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut. 3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu). 4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali. 5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak) 6. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan) 7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Bahan base biskut: 100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender rempah) 100g butter, dicairkan (ku guna 40g je. Kalau guna 80g juga macam terlalu berminyak) * Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat. Bahan cream cheese: 250g cream cheese, suhu bilik 65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni)*** 30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g) 3 kuning telur Gred A 1/2st esen vanila 1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi) 30g gula kastor 3 putih telur Gred A 1/4st cream of tartar (optional) 200g blueberry filling (ku terpaksa guna 100g sebab habis stok)

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Baked Blueberry Cheesecake Resepi : Zack diMyresepi : Zachoes@myresepi.com Bahan base biskut: 100g biskut marie, dihancurkan (ku guna 80g oreo diblend sampai hancur dalam blender rempah) 100g butter, dicairkan (ku guna 40g je. Kalau guna 80g juga macam terlalu berminyak) * Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat. Bahan cream cheese: 250g cream cheese, suhu bilik 65g whipping cream (ku guna fresh cream yang sudah dikocok kaku. Kes baki deco kek sebelum ni)*** 30g gula kastor (ku kurangkan jadi 20g) 3 kuning telur Gred A 1/2st esen vanila 1/2st jus lemon/lemon oil (ku guna limau kasturi) 30g gula kastor 3 putih telur Gred A 1/4st cream of tartar (optional) 200g blueberry filling (ku terpaksa guna 100g sebab habis stok)

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

KEK COKLAT KUKUS DENGAN CREAM CHEESE

Kek coklat kegemaran anak-anak ku. Kek coklat kukus ni sgt lembab dan mewah dengan rasa coklatnya. Ditambah pula dgn topping cream cheese bertambah2 lah lazat berkrim disukai ramai hehehe. Jgn takut utk mencuba resepi ni, pasti tidak akan menyesal.



Resepi asal boleh lihat di SINI.

KEK COKLAT KUKUS DENGAN CREAM CHEESE

Bahan-bahan: - akak guna loyang empat segi 9"

1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola
1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah
semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

 
Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - diblender (tapi akak pukul hingga kembang) 


Cara membuat kek:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. 

Tutup loyang dgn aluminium foil utk mengelakkan wap air jatuh ke dalam kek semasa proses mengukus.
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.
Bila kek dah masak, sejukkan barulah dikeluarkan dari loyang.
Tuangkan sos coklat diatasnya sehingga rata. 
Kemudian barulah paipkan cream cheese frosting di atasnya. Sejukkan dlm petiais utk rasa yg lebih enak.

Bahan-bahan sos coklat:

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
2 sudu besar majerin

Kacau kesemua bahan tersebut  dengan api kecil .
Kacau sehingga likat. 
Jika terpekat boleh tambah dengan susu cair atau susu pekat mengikut citarasa masing2.
Sejukkan.

Bahan Cream Cheese Frosting:

125 g mentega
250 g cream cheese
1/2 biji lemon - ambil jusnya
5 camca besar gula aising


Pukul kesemua bahan sehingga sebati dan gebu. 






* Kek yg sangat enak. Mkn sepotong pasti nak lagi sepotong dan lagi hehehe


KEK BUAH CAMPURAN KEGEMARANKU


Assalamualaikum kepada semua pengunjung Coretan Dari Dapur. Dah lama akak tak bersiaran dek kekangan masa.  Cuti sekolah ni ada lah sedikit masa untuk bersiaran kembali.

Kek buah ni akak buat beberapa hari yang lalu. Dah habis pun hanya tinggal kenangan. Atas permintaan rakan-rakan maya di FB akak masukkan resepi di sini untuk dikongsi bersama2 dan juga sebagai rujukan anak-anak akak nanti.

Resepi ini akak perolehi daripada keratan akhbar 8 tahun yang lalu, dah lupa akhbar apa.  Pertama kali akak cuba resepi ni, terus jatuh hati. Sejak dari itu, jika teringin nak makan kek buah campuran versi bakar akak akan menggunakan resepi ini. Terima kasih kpd empunya resepi yang asal, semoga beliau memperolehi pahala yg berpanjangan kerana telah sudi berkongsi resepi yg enak ini. Resepi ini akak dah kurangkan kandungan gula nya maka kek ini tidak terlalu manis, sedang2 elok bg akak penggemar kek buah tegar ini hehehehe


KEK BUAH CAMPURAN

Bahan-bahan:

250g mentega
100g gula perang
4 biji telur
225g tepung serbaguna (akak guna tepung naik sendiri jd akak tidak guna lagi serbuk penaik)
2 sudu kecil susu tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil madu
230g buahan campuran
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (jika suka, jika tidak suka bau nya tak payah letak)

Cara membuat:

Panaskan oven pd suhu 160 C. (ikut kesesuaian oven masing-masing) - oven akak hanya 150C
Pukul mentega dengan gula perang sehingga kembang/putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan madu dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
Sementara itu ayak tepung serbaguna dengan serbuk penaik, serbuk kayu manis dan susu tepung.
Ambil 2 sudu besar tepung yg diayak tadi dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sekata.
Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.
Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 8 inci.
Bakar dalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak.
Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai.

* akak telah menambahkan secoet pewarna kuning kedlm adunan kek utk menaikkan lagi seri warna kek tersebut



Kek ini lebih enak jika dibiarkan semalaman barulah dipotong.

KEK LAPIS KISMIS

KEK LAPIS KISMIS ( resepi asal sumbangan Diana)

Bahan-Bahannya :
  • 5 putih telur
  • 25 kuning telur
  • 500gm mentega
  • 180gm all purpose cake flour
  • 220gm gula caster
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 2 sudu besar ovalette
  • 1 sudu makan pure esen vanilla
  • kismis secukupnya- dicincang kasar
  • 1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek
Cara Membuatnya :
  • Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang.
  • Masukkan 100gm gula. Pukul lagi sehingga gulanya larut. Ketepikan.
  • Pukul putih telur sehingga kembang.
  • Masukkan 120gm gula dan ovalette.
  • Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang.
  • Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata.
  • Masukkan tepung dan gaul rata.
Cara Membakarnya :
  • Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna.
  • Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga warnanya coklat.  Setelah itu tuang 1 senduk adunan diatasnya dan ratakan.  Tabur hirisan kismis, jangan terlalu banyak.Grill lagi sehingga coklat.
  • Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi kismis, sehingga adunan habis.
  • Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 °C. Bakar lagi selama 10 minit.
  • Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.

CHEWY GOOEY BROWNIES

Salam semua..sejak cuti sekolah ni akak rajin sikit lah baking membaking. Oven tu pun dah lama bertapa. Hari ni ambil peluang utk buat brownies yg termashyur suatu ketika dulu masa akak masih lagi kat Forum Cari. Masa tu ramai yg dah mencuba dan memberi komen yg sgt positif tetapi akak tidak berkesempatan utk membuatnya sehingga hari ni baru teringat nak mkn brownies resepi 1mas2ra ni.
 CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : Wan Mastura (1Mas2ra Forum Cari)

A
250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

B
6 eggs
340g brown sugar - letak 280g aje
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

C
80g tepung gandum } diayak
60g cocoa powder }
140g kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepong dan koko

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - akak guna acuan 10x10
2. Double boil bahan A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan-bahan B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache, Boleh juga dimakan dengan icecream atau sos kastad 

 

Tengok texture dari dekat mmg sgt2 gooey dan chewy..hehehe.

Mas, terimakasih sudi kongsi yg sgt enak ini...sekali saya mkn berkeping2 masuk mulut. harus kg ku naik sepanjang cuti sekolah ini.

Komen: Memang TERBAIK lah resepi ni. Boleh kasi 5 bintang !

KEK BUAH LEMBAB TERBAIK


 
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN - Versi Basah (Loyang 10x10 in)
Sumbangan: Diana resepi asal sila rujuk sini

Bahan-bahannya

500 g tepung gandum
100 g gula halus - letak 90g jer
5 biji telur - GRADE A
500 g mentega
250 g buah-buahan campuran
250 g kismis hitam
50 g kepingan badam (almond flake) disangai
50 g walnut-dicincang dan disangai
50 g biji bunga matahari -disangai
1 2/3 sudu teh bicarbonate of soda
1 2/3 sudu teh cream of tartar
1 1/4 sudu teh esen vanilla

1 3/4 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil


Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 500 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.


Ulasan:
Setelah beberapa kali membuat kek ni dan mengubahsuai akhirnya inilah kek yang memenuhi selera akak.
Kek buah yang sedang2 manisnya, penuh rasa buah dan kekacang sekali makan sepotong pasti nak lagi. Lepas ni mmg kekal guna resepi ni je.


Kek Buah Kukus Chef Zubaidah


KEK KUKUS BUAH CHEF ZUBAIDAH (Sumber: Yatiememories)

Bahan-bahan: Guna loyang (9x9)
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir (guna 250 saja)
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg* - tak letak pun
  • 1 sudu kecil esen vanila
 Cara-cara
  1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
  2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
  6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya. 

** Yatie kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Yatie isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.

**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.

**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari, tapi saya makan je sbb dah terliur sangat...mmng sedap. Bila dah semalaman lagilah sedap dan bertambah moist kek buah ni.



Kek Pelangi Kukus Lagi

Assalamualaikum..

Kata org kalau dah jatuh cinta tu, sukar utk dilupakan ha ha ha. Begitulah kisahnya dgn kek pelangi kukus ni. Ntah kenapa akak suka sgt mkn kek ni..lepas sekeping2..terutama selepas makan nasi mesti nak pekena kek ni sekeping dua, adusss mmg nikmat.

Akak buat lagi krn kawan sama sekolah nak dtg rumah melawat baby akak. Kali ni akak buat 1 adunan aje menggunakan loyang bulat pulak.

Boleh lihat resepi dan sumbernya di SINI

Ntah kenapa kek yg telah masak jd cam permukaan bulan...berlobang2 hahahaha. Agaknya api kuat sgt atau byk gelembung udara terperangkap..tapi tak pe..walaupun rupa atas nya tak cantik tapi sedikit pun tidak menjejaskan texture kek tersebut...tetap lembut, lembab dan sedap.



 Lihat lah texturenya yg halus dan gebu, mmg puas hati lah membuatnya.

Ni kek yg telah dipotong dan disimpan dalam tupperware selama 2 hari...makin lama disimpan makin lembab mcm kek lapis Sarawak pun ada. Nampak gaya kena buat lagi...sbb SEDAP sgt.

Kek Pelangi Kukus

Assalamualaikum...

Kek kukus pelangi ni akak buat 2 hari yang lepas. Alkisahnya terlihat kek ni dirumah Yatie dan apabila membaca celoteh Yatie ttg kek ni membuatkan akak begitu teruja utk membuatnya. Menurut Yatie resepi ni diambil dari blog chef Norzailina. Akak apa lagi melihat bahan2 pun ada dlm almari cuma tinggal nak beli serikaya...malam tu jugak akak buat hehehehe.

Hasilnya kek ini memang sedap, lemak, lembut, gebu, lembab, pendek kata mmg SEDAP la. Tak rugi akak mencubanya. Terima kasih byk kpd Yatie yg panjangkan resepi tersebut dan juga kpd chef Norzailina yg tak kedekut utk berkongsi resepi yg sgt enak ini.


Izinkan akak C&P resepi disini utk rujukan dimasa depan.

KEK PELANGI KUKUS 
(akak buat 2 adunan menggunakan loyang 10x10x3 dan kukus selama 2 jam)

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor (akak kurangkan jd 1/2 cawan aje tp tetap manis)
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. (yg ni akak tak tambah susu pun, namun begitu kek tetap lembut)
Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Sebenanrnya ada 6 lapisan warna tapi disebabkan akak tak ratakan betul2 ada bahagian
mempunyai byk warna ada bahagian nampak sebahagian je warnanya...tapi tak pe lah janji sedap. Yang warna coklat tu akak letak emulco cappucino..mls nak taruk serbuk koko. Padahal serbuk koko ada tp kalau dah malas tu...habis cerita lah hehehe.

Kepada penggemar kek, JGN tak cuba nanti menyesal hahahahaha !

Jamuan Famili Sempena Aidilfitri 2013

Assalamualaikum....selamat hari raya buat pengunjung Coretan Dari Dapur. Sekejap betul masa berlalu. Setahun demi setahun. Dan spt tahun2 sudah, jamuan sempena aidilfitri diadakan, kali ini dibuat di rumah abg yg sulung di BBB. Tahun lepas di rumah saya, boleh lihat SINI.
Semua adik beradik turun ke KL untuk berkumpul dan lebih istimewa adik yang tinggal di Dallas pun dpt turut serta meraikannya.

 Antara menu menarik selera ialah nasi arab, ayam dan lamb mandy.


 Fetucini Alfredo



 Nasi ayam Tat


 Ketupat pulut dan rendang ayam kampung.

 Nasi impit

 Kek buah dan kek lapis.

 Sosej roll berkeju

 Puding marble


 Kambing bakar/golek

Ketupat sotong