Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

KARIPAP RANGUP- INTI KARI AYAM & KENTANG


Karipan inti kari ayam dgn kentang yg dibuat hari ni. Cuti sekolah ni boleh lah buat karipap utk dibekukan. Nanti nak mkn karipap, senang tinggal nak goreng je. Buat 1 kg tepung gandum dptlah 75 biji karipap. Boleh buat stok beberapa hari. Resepi asal boleh rujuk SINI.


  Menghasilkan 70-75 biji karipap bersaiz di atas
 

Bahan-bahan:
                                                                                                                                         
1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan majerin
1 cawan air  sejuk dari petiais}  lebih kurang 
2 sudu kfc garam masukkan ke dalam air

Cara membuat kulit karipap:

Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Simpan doh di dalam petiais sekurang2nya 1 jam.
Siap utk digunakan.
Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup


Resepi Inti: Kari Ayam & Kentang
Bahan-bahan:                                                                                                                                                 

1 keping dada ayam dicincang
4 ulas bawang merah } dikisar
1 cm halia } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
2 labu bawang besar Holland} dipotong dadu
5 biji ubi kentang } dipotong dadu
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari

Cara membuat inti:

Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
Kemudian masukkan pes rempah dan daun kari.
Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan isi ayam, kacau sehingga ayam masak.
Masukkan bawang besar, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.

JEJEMPUT @ CUCUR SAYURAN


Bahan-bahan:

*disebabkan akak buat main campak2 je jd sukatan yg tepat tak de, pandai2 la ekjas ye

Tepung gandum
Udang kertas - buang kepala
Sayur - samada taugeh @ kucai @ daun bawang @ kangkung @ kobis @ sawi...sume akak taruk kalau ada
Bawang besar - dimayang
sket serbuk kunyit
Garam & air secukupnya

Cara membuat:

Bancuh semua bahan, pastikan jgn terlampau pekat.
Panaskan minyak yg banyak, ambil sesenduk adunan lalukan tepi kuali biar ianya turun dan jd agak nipis. Goreng hingga kekuningan.
Angkat dan potong kecil sebelum dihidangkan bersama bahan cicahan yg digemari.


KARIPAP INTI IKAN - RANGUP


Petang semalam buat karipap inti ikan. Dah lama tak buat karipap. Skill klim karipap cam dah hilang huhuhu. Resepi ni akak perolehi dari seorng pengusaha karipap frozen. Kebetulan dia sama2 jaga anak sakit dlm wad yg sama dgn anak akak baru2 ni. Ntah macamana boleh cerita pasal makanan, dan tiba2 keluar bab karipap. Syukur beliau tidak kedekut resepi. Katanya resepi ni mmg rangup dan kerangupannya kekal wpun karipap dah sejuk. Mmg ternyata benar. Terimakasih Ita dari Lembah Subang.

 
Bahan-bahan untuk pastri:
1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan majerin
1/2 cawan air  sejuk dari petiais}  lebih kurang 
1 sudu kfc garam masukkan ke dalam air

    
 Cara membuat kulit karipap:

Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Simpan doh di dalam petiais sekurang2nya 1 jam.
Siap utk digunakan.
Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup


Inti:

Bahan-bahan:

6 ekor ikan selayang
2 cawan santan
1/2 inci halia - dimayang halus
6 ulas bawang merah - dimayang
1 sudu kecil halba
gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:

Ikan direbus dan ambil isinya. 
Kisar isi ikan dgn santan hingga hancur.
Masukkan bahan kisar ke dlm kuali.
Kacau hingga hampir kering.
Masukkan gula, garam, halia, bawang merah dan halba.
Kacau hingga sebati dan kering boleh lah diangkat. (jgn terlampau kering biar lembab2 skit)









PULUT LEPA TRG

Hari ni nak tayang pulut lepa tapi bukan yg dibuat sendiri tetapi pulut lepa frozen yg dibeli dr Trg.
Pulut ni akak beli masa balik Trg bulan lepas, beli 100 biji hahahahaha..bykkan. Pulut org ni buat mmg besar dpt mkn 2 biji kenyang. Pulut org ni buat mmg sedap, besar, lemak dan byk intinya. Dgn kata lain berbaloi2 beli.

Akak masih belum dpt seru utk buat sendiri, malas hehee. Nak buat inti tu dah pandai, nak menggulung tu yg malas. Tapi tak tahu lah kot2 nanti dtg angin R utk buat pulut lepa sendiri, frozen lagi utk dikomersialkan sbb sini mmg payah jumpa org jual pulut lepa ni, pulut panggang byk lah.

Bagi yg tak tahu, pulut lepa ni intinya ikan. Akak  lebih gemar pulut lepa berbanding pulut panggang sini sbb intinya.
Suka kalu dipanggang garing2, td akak panggang sekejap je atas dapur. Malas nak panggang dlm oven rasa sayang eletrik pulak nak on kan oevn setakat nak panggang 10 biji pulut lepa.

Kuih Paung Goreng (Kuih Bom Inti Sambal Ikan Trg)

Kuih Paung goreng yang dibuat semalam, tapi bukan akak yg buat. Mak akak yg buat. Sementera mak ada ni, minta dia ajarkan buat kuih tradisi Trg ni. Kalu kat Selangor/KL, mmg takkan jumpa kuih ni. Kalau nak makan disini, kena lah buat sendiri.


PAUNG GORENG aka KUIH BOM TRG

INTI

Bahan-bahan:

6 ekor ikan selayang
2 cawan santan
1/2 inci halia - dimayang halus
6 ulas bawang merah - dimayang
1 sudu kecil halba
gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:

Ikan direbus dan ambil isinya. 
Kisar isi ikan dgn santan hingga hancur.
Masukkan bahan kisar ke dlm kuali.
Kacau hingga hampir kering.
Masukkan gula, garam, halia, bawang merah dan halba.
Kacau hingga sebati dan kering boleh lah diangkat. (jgn terlampau kering biar lembab2 skit)

KULIT

Bahan-bahan:

2  cawan tepung pulut
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan kelapa parut muda atau santan pekat
air secukupnya
secubit garam

Cara membuat:

Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh.
Peram/rehatkan doh selama sekurang2nya 7 jam.
Ambil sedikit doh, masukkan inti dan bulat2kan.
Ulang sehingga doh habis.
Goreng didlm minyak yg tenggelam hingga keperangan.
Hati-hati krn kuih ni akan meletup jika api terlampau kuat.




Karipap Panas

KARIPAP DAGING

 Inti Daging

Bahan-bahan:
  • 3 biji kentang dipotong dadu.
  • 200g daging cincang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 5 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk
  • 1 sudu besar udang kering-ditumbuk
  • Setangkai daun sup }dihiris
  • Sedikit gula & garam
    
 Cara membuat inti:
  • Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.
  • Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Sebelum diangkat masukkan daun sup.
    
 Bahan-bahan untuk pastri:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar majerin
  • air  untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan atau secukupnya
  • secubit garam masukkan ke dalam air
    
 Cara membuat kulit karipap:
  • Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
  • Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.  
  •  
  • Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup

Ketupat Pulut Daun Palas



Ketupat pulut daun palas yg telah digoreng. Enak dimakan panas2 cicah serunding/rendang atau dimakan begitu saja.

Part yg paling akak suka, bahagian bucu2 sbb ianya rangup..hehehe. Ketupat goreng ni femes kat negeri Trg, rasaya negeri lain tak goreng ketupat pulut ni. Ketupat ni digoreng sekali dgn kulitnya.


Donut Gebu Beldandy


Assalamualaikum semua....dah lama tak memasak sebabkan kekangan masa. Teruja untuk buat donut apabila terbaca resepi dari Beldandy dari Forum Cari. Menurut Bel, resepi ni mmg terbaik lah dari byk2 resepi yang dia pernah cuba. Donut tetap lembut/gebu wpun dah sejuk.

Apabila cuba tadi, mmg ternyata benar...tak rugi mencuba....yahoooo !

Akak CnP resepinya disini....tqvm kpd Beldandy..izinkan akak share resepi tu disini buat rujukan akak di masa depan.

DONUT (SUMBER BELDANDY FORUM CARI)

SPONGE

420 g tepung roti
250 g air (suhu bilik)
5 g instant dry yeast (SAF is the best)

DOUGH

180 g tepung  gandum
12 g baking powder
6 g instant dry yeast
36 g susu tepung
9 g bread improver
9 g bread softener (optional)
9 g garam
70 g gula
30 g susu segar
48 g air sejuk
72 g butter

Cara-cara

Untuk Sponge : Campurkan semua bahan dan pukul pada kelajuan perlahan selama 3 minit. Kalau pakai tangan cukup dgn gaul2 sebati dan uli sesikit aje. Kemudian biarkan dalam bekas bertutup selama 4 jam.

Dough :

1. Masukkan semua bahan2 kering ke dalam mixing bowl kecuali butter.
2. Campur kan air sejuk, susu segar di ikuti oleh sponge. Pukul pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
3. Tukar kepada medium speed dan uli selama 5 minit.
4. Masukkan butter sedikit demi sedikit dan uli selama 10 minit pada kelajuan sederhana sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh di regang pada tahap sgt nipis.
5. Rehatkan selama 10 minit.
6. Canaikan dan terap. Susun atas dulang dan biarkan 30 minit sebelum di goreng.


Tortilla Ayam

Sarapan pagi dgn tortilla ayam, mmg sedap dan yg penting senang dan anak2 mmg suka. Isi ayam dlm tortilla tu akak guna Tempura Ayam Ramly, digoreng pastu dipotong2 kecil. Sayuran spt timun, tomato dan bwg dipotong dadu gaulkan bersama mayonis, serbuk lada hitam, perahan lemon jika suka dan garam secukup rasa....

Caranya:

Tortilla dipanaskan sekejap atas pan hingga lembut.
Ambil sekeping tortilla yg dah lembut letakkan daun salad/lettuce, campuran sayuran/mayonis dan ayam tempura yg telah dipotong kecil
Pastu bolehlah digulung...senangkan !
Nak lagi sedap sayuran tadi boleh juga letak buah avocado cincang....lagi lemak dan enak.
Siap dlm masa 15 min je.....mmg cepat dan senang kan.


Dpt makan satu gulung mmg kenyang




Lempeng Nyior Cicah Kuah Kari Ikan

Buat lempeng kelapa/nyior utk dicicah dgn kuah kari ikan nasi kandar semlm....perghhh terangkat. Kuah kari tu lagi disimpan 1 mlm, lagi power hehehe.

Bingka Ubi Kayu

Bingka ubi kayu, yg dibuat beberapa hari yg lalu...dah tak ingat hari apa, tapi ingat beli ubi kayu masa dlm perjlnan balik dari kenduri kahwin, tengok org jual ubi kayu dgn rambutan tepi jln. Akak ni pantang nampak ubi kayu, nak2 yg baru dicabut....rebus makan begitu sahaja pun sedap. Hantu ubi lah katakan hehehehe.

Pekena bingka ubi dgn kopi panas di musim hujan ni mmg terangkat.

Resepinya boleh lihat SINI.

Bingka masih di dalam loyang, masih panas.

Bingka Roti Kukus Pandan

Bingka roti pandan ni, dah lama buat, tak silap minggu lepas tapi tak ada kesempatan utk update di sini. Rasanya dah ramai yg cuba buat bingka ni, mmg SEDAP kan. Dgn rasa lemak, wangi mmg cukup lengkap lah. Akak copy resepi dari umah Yatie. Difahmkan resepi ni sumbangan Notabilia. Terima kasih ye sbb sudi share resepi yg mudah dan sedap ini. Izin kan akak c&p di sini ye sbg rujukan akak di masa depan.

Bingka Roti Kukus Pandan

Bahan-Bahan

  • 8-10 keping roti putih
  • 400 ml santan - akak guna santan segar dari 1/2 biji kelapa
  • 1 cawan gula (akak 1/2 cawan je)
  • 4 biji telor - ( buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan - akak guna pewarna hijau pandan
  • 3 helai daun pandan - disimpul (akak mesin dgn santan kemudian tapiskan)
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.
Akak cadang masa nak buat bingka ni, nak lah letak kismis dlm nya....sekali dah bancuh sumer bahan cari kismis dalam almari..laaaa dah habis rupanya hehehe. Rasa akak kalu letak kismis mesti bertambah sedap sbb ada masam2 manis kan, tak pe next time boleh letak.

Pau Gebu - edisi pau sejuk beku

Cuti sekolah baru2 ni, sempatlah akak buat pau lagi kebetulan ada lagi inti frozen tu hari. Akak buat menggunakan 1 kg tepung pau dptlah 35 biji. 25 biji drpnya lepas kukus akak buat pau frozen.
Bila2 malas atau kesuntukkan masa nak buat sarapan, kukus je pau ni...senang dan mudah.

Pau yg masih panas2 dlm loyang, tunggu sejuk sebelum di simpan dlm freezer. Pau ni masih menggunakan resepi Pau Bagus...akak mmg suka sgt dgn resepi ni...perfect rasanya bagi akak sebijik cam pau komersil hehehe (perasan betul hahaha)

Resepi boleh rujuk kat sini Pau Bagus. Akak mengunakan loyang beso...sekali kukus 18 biji hehehe. 2 kali kukus dah siap 35 biji. Puas hati sejak ada loyang ni...klu dulu guna loyang kecik sekali kukus 4-5 biji...nak boleh ke abis...pau yg menunggu turn tu dah terlebih kembang...tu yg bila kukus...angkat2 jd kecut berkedut seribu cam rupa nenek kebayan hahaha.

Masih fail nak bulat kan pau....masih tak sebulat bulan mengambang hehe.

Pau Bagus - Inti Daging & Kentang

Salam semua....lama dah tak buat pau...setahun dah kot. Anak2 mmg suka makan pau, tak cukup satu sorang kalau beli. Jadi kalau nak puas makan kena lah buat sendiri. Makan lah puas2 hehehe.

Kali ni buat pau berinti daging & kentang, bubuh daging byk2 baru sedap klu yg beli tu kata je inti daging tapi seketui daging pun tak nampak. Buat lepas asar petang semlm, jdnya dinner mlm tadi dgn pau je lah...makan 2 ketui sorang dah kenyang.

Akak buat 1 kg tepung (2 adunan) dpt lah 35 biji. Kalau beli mau RM1.50 sebiji. Kalau 35 biji dah RM50 lebih ....untung kalau buat sendiri...modal baru 10 ringgit aje. Sebahagian darinya akak lepas kukus sejukkan akak frozenkan. Bila2 nak makan kukus lah balik...senangkan.


Pau ni akak guna resepi dari Bagus Bakery....mmg gebus tak hengat punya....hahaha...sapa2 yg nak try dialu2kan...tapi jgn sesekali derhaka sama itu resepi nanti tak jadi (amaran dari penaja hehehe)

PAU BAGUS

Sponge (A)

250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air

Bahan (B)

250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air
Inti - ikut citarasa -> secukupnya

Cara membuat:

Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.

Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.

Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.

Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.

Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2.

Tips:

Untuk mengukus pau, pastikan air di dalam pengukus sudah berwap ketika memasukkan loyang berisi pau.
Harus diingat bahawa pau mesti diletak dalam jarak lima hingga enam sentimeter setelah diisi dengan inti. Pau hendaklah dikukus sebaik sahaja ia kembang. Jika pau berinti yang sudah kembang dibiar terlalu lama pada suhu bilik, ia akan mengecut selepas dikukus.
Payahnya nak dptkan bentuk pau yg betul2 bulat, kena g kursus bulatkan pau nampak gaya ni..!


INTI DAGING

Bahan-bahan :

  • 2 cawan daging yg dah dipotong kecil/halus
  • 4 ulas bawang merah } dikisar
  • 1 cm halia } dikisar
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 1 labu bawang besar Holland } dipotong dadu
  • 500 g kentang } dipotong dadu
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah kari daging Babas
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk memasak
  • 1 batang kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Cara membuat inti:
  • Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih bersama skit garam sehingga masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
  • Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang, apa bila wangi masukkan daun kari dan bahan yg di kisar
  • Kacau sehingga wangi dan agak garing
  • Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging, goreng sehingga daging masak.Jika perlu boleh masukkan skit air.
  • Apabila daging dah empuk serta airnya dah kering boleh masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga bawang layu kemudian masukkan kentang. Kacau rata boleh lah diangkat.
  • Kacau sekejap bolehlah diangkat dan sejukkan. Pastikan sebelum digunakan keluarkan bunga lawang dan kulit kayu manis.

Cucur Udang Rangup


Salam di hujung minggu...

Hari ni sarapan dgn cucur udang rangup penuh dgn sayuran. Akak taruk udang kertas, kangkung dan taugeh byk2. Sambil goreng anak2 dtg sorang2 ambil kat dapur, siap goreng tengok2 tinggal hanya 3 keping yg ni. Nasib baik ada 3 keping boleh jd kan bahan bukti hahahaha.

Resepi boleh rujuk di SINI

Cucur Udang Rangup

Salam semua, semoga ceria2 selalu hendaknya di tahun baru.

Hari ni kami sekeluarga bersarapan dgn cucur udang stail husben akak...husben akak suka cucur yg rangup krup krap gitu. Cucur ni selain udang, akak taruk kobis dan sawi yg dimayang halus...sbb tu je sayur yg ada dlm peti ais.

Kebetulan ada kuah kari semlm dan kuah kacang frozen, bolehlah digandingkan dgn cucur udang trsbt. Husben mmg suka makan cucur udang cicah kuah kari atau kuah kacang. Akak pun suka cicah dgn kuah kari, nak2 yg semlm punya...perghhhhh sedappppp hehehe

Akak suka frozenkan kuah kacang bila2 nak makan cucur udang tinggal panaskan balik aje..Bila beli sate, kalu depa bg 2 plastik kuah, satu plastik akak terus frozenkan...jgn membazir hehehe

Kepingan cucur udang yg dah dipotong sebelum dihidangkan bersama cicahan.

Cucur Udang Rangup

Bahan-bahan:

*disebabkan akak buat main campak2 je jd sukatan yg tepat tak de, pandai2 la ekjas ye

Tepung gandum
Udang kertas - buang kepala
Sayur - samada taugeh @ kucai @ daun bawang @ kangkung @ kobis @ sawi...sume akak taruk kalau ada
Bawang besar - dimayang
sket serbuk kunyit
Garam & air secukupnya

Cara membuat:

Bancuh semua bahan, pastikan jgn terlampau pekat.
Panaskan minyak yg banyak, ambil sesenduk adunan lalukan tepi kuali biar ianya turun dan jd agak nipis. Goreng hingga kekuningan.
Angkat dan potong kecil sebelum dihidangkan bersama bahan cicahan yg digemari.

Cucur Nasi Ikan Bilis

Akak suka jelajah dr satu blog ke satu blog cuci2 mata sambil intai resepi2 baru yg harus dicuba tiba2 mata akak terpandang cucur nasi kat blog yatie dan cmg. Rasa terpanggil utk mencuba apatah lagi kat rumah ni selalu ada nasi lebih kadang2 jemu juga nak buat nasi goreng. Dan cucur/jemput2 nasi ikan bilis ni adalah cubaan yg ke-2. Sejak pertama kali buat terus jatuh cinta sama ini resepi hahahaha..suka sgt sbb jemput2 tu kekal lembut sampai ke malam hehehee. Resepi ni akak kutip dari blog Yatie memories. Timakasih Yatie krn sudi berkongsi resepi yg sungguh simple tapi sedap. Lepas ni kalau nak buat cucur bilis..akak pasti akan letak nasi ..hihihi

Yatie izinkan akak CnP resepi disini sbg panduan anak2 akak dimasa depan, tqvm

Cucur Nasi Ikan Bilis

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar - yg ni akak hiriskan aje
  • 2 biji bwg putih - tak letak
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.

KUIH BAKAR PANDAN


Salam semua....

Hari ni tahap kerajinan ok lah sikit, sebenarnya dah lama mengidam nak makan kuih bakar cik mat gebu..bila tatap gambar kuih bakar cik mat rasa cam nak menitik air liur jd ku gagahkan jua semangat utk membakar sebiji kuih bakar buat minum petang kami sekeluarga...

Hasilnya kuih ni lembut, lemak dan secukup rasa...pendek kata SEDAP lah ! Kalau beli kat gerai jarang jumpa kuih bakar yg sesedap ni..cewaaaahh.


Warna kuih ni sebenarnya lagi terang, bila jd gambar kurennng lah pulak...apa2 aje lah ye...hehehehe.

Resepi nya diambil dr blog cik mat gebu, izin kan akak CnP disini ye sbg rujukan di masa depan.. tqvm cik mat atas resepi yg lemak berkrim ini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
2 1/4 cawan santan
1 cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula - guna 3/4 cawan aje, ok dah kat lidah akak rasanya
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
  3. Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
  4. Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....

Bingka Ubi Kayu


Petang semlm buat kuih bingka utk minum petang. Kuih ni mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Resepi asalnya dr sahabatku ZaZa Forum Cari. Suka sgt dgn resepi ni, bingkanya lembut je.

Lihat lah bingka ku yg terhangit tu, masa buka api atas 10 min terakhir tu terleka tengah masak lauk...tup2 berbau cam hangit....tengok2 dah hitam...hahahaha. Tapi yg hitam tu lah sedap..kehkehkeh.


Bingka yg dah keluar dr loyang, utk dipotong........


BINGKA UBI KAYU (Pn Za)

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan ubi kayu yang telah diparut- toskan atas penapis santan selama 30 min utk buang airnya
  • 2 cawan santan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir - guna 3/4 cawan aje sbb suka kuih tawar hahaha
  • 4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan -ganti butter cair lg sedap
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu makan minyak jagung untuk dileserkan pada loyang
Cara membuat:
  • Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
  • Campurkan semua bahan hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.
  • Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.
  • Sejukan baru dipotong.