Cucur Nasi Ikan Bilis

Akak suka jelajah dr satu blog ke satu blog cuci2 mata sambil intai resepi2 baru yg harus dicuba tiba2 mata akak terpandang cucur nasi kat blog yatie dan cmg. Rasa terpanggil utk mencuba apatah lagi kat rumah ni selalu ada nasi lebih kadang2 jemu juga nak buat nasi goreng. Dan cucur/jemput2 nasi ikan bilis ni adalah cubaan yg ke-2. Sejak pertama kali buat terus jatuh cinta sama ini resepi hahahaha..suka sgt sbb jemput2 tu kekal lembut sampai ke malam hehehee. Resepi ni akak kutip dari blog Yatie memories. Timakasih Yatie krn sudi berkongsi resepi yg sungguh simple tapi sedap. Lepas ni kalau nak buat cucur bilis..akak pasti akan letak nasi ..hihihi

Yatie izinkan akak CnP resepi disini sbg panduan anak2 akak dimasa depan, tqvm

Cucur Nasi Ikan Bilis

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar - yg ni akak hiriskan aje
  • 2 biji bwg putih - tak letak
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.

8 comments:

My Biz said...

sedap nya nampak kuih akak dihidangkan bersama teapot n cawan yang cantik...eiii jeles ni muhahahahah

NoorMasri said...

ulin....jemput pun nampak sedap kan...hahahaha

Chik Mimi said...

Assalam kak noorma ,wah ade jemput nasi kat sini sy suka jemput2 tu,cantiknya set tu suke suke

NoorMasri said...

wslm mimi...hehehehehe..timakasih krn suke suke

Arina Shamsul said...

Tepung gandum tu masuk camtu je ke dear,tak perlu uli dgn air ke?

Norazila Awang said...

salam kak.
baru terbaca resepi. nak try lah kat rumah nanti

BUNDA a.k.a KN said...

nampak sedap cucur nasi tu...tak pernah rasa lagi...bunda nak cube buat lah..

Wan said...

Menarik resepi ni.. simple dan nampak sedap, Mesti Cuba ni