Jom Makan Pizza !



Pizza ni sebenarnya akak buat hari Jumaat lepas. Cuma hari ni baru boleh upload gambar.

PIZZA BASE ( base ni jenis yg lembut)

Menghasilkan 2 keping pizza base bersaiz 9 in

Bahan-bahan:

  • 350 g tepung roti (strong white bread flour)
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera
  • 225 ml air suam
  • 1 sudu besar minyak zaitun - boleh ganti minyak sawit
Cara membuat:
  • Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
  • Larutkan garam dalam air.
  • Tuangkan air dan minyak zaitun ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata
  • Uli adunan diatas tempat permukaan yg di tabur dgn sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat
  • Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yg dilenser dgn sedikit minyak dan ditutup dgn cling film.
  • Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
  • Uli adunan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
  • Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yang dikehendaki.
  • Letakkan kedalam dulang pembakar dan dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula
  • Cucukkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti
  • Bakar di dlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan
  • Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju
  • Bakar semula sehingga keju cair
SOS TOMATO
Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang besar } di cincang
  • 2 ulas bawang putih } dicincang halus
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 biji buah tomato } dicincang
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3/4 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil oregano
  • garam secukup rasa
Cara membuat sos:
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
  • Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
  • Kacau sehingga pekat

BAHAN TABURAN- boleh letak apa saja mengikut citarasa dan bajet masing2....tapi mozarella dan cheddar cheese mesti ada.

4 comments:

cek chun said...

mak aiiii.. bertali tali.. nak se slice plis :D

NoorMasri said...

sori...dah abis hehehe

My Biz said...

perghhhh nagis lah kalau tauke pizza hut tgk akak nya pizza huhuhuhu

NoorMasri said...

Ulin...bukan setakat nangis..tapi meraung mintak ampun hehe