Pizza ni sebenarnya akak buat hari Jumaat lepas. Cuma hari ni baru boleh upload gambar.
PIZZA BASE ( base ni jenis yg lembut)
Menghasilkan 2 keping pizza base bersaiz 9 in
Bahan-bahan:
- 350 g tepung roti (strong white bread flour)
- 3/4 sudu kecil garam
- 3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera
- 225 ml air suam
- 1 sudu besar minyak zaitun - boleh ganti minyak sawit
Cara membuat:
- Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
- Larutkan garam dalam air.
- Tuangkan air dan minyak zaitun ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata
- Uli adunan diatas tempat permukaan yg di tabur dgn sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat
- Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yg dilenser dgn sedikit minyak dan ditutup dgn cling film.
- Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
- Uli adunan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
- Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yang dikehendaki.
- Letakkan kedalam dulang pembakar dan dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula
- Cucukkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti
- Bakar di dlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan
- Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju
SOS TOMATO
Bahan-bahan:
- 1 labu bawang besar } di cincang
- 2 ulas bawang putih } dicincang halus
- 2 sudu besar minyak
- 2 biji buah tomato } dicincang
- 3 sudu besar tomato puri
- 2 sudu besar sos tomato
- 3/4 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil oregano
- garam secukup rasa
Cara membuat sos:
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
- Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
- Kacau sehingga pekat
BAHAN TABURAN- boleh letak apa saja mengikut citarasa dan bajet masing2....tapi mozarella dan cheddar cheese mesti ada.
4 comments:
mak aiiii.. bertali tali.. nak se slice plis :D
sori...dah abis hehehe
perghhhh nagis lah kalau tauke pizza hut tgk akak nya pizza huhuhuhu
Ulin...bukan setakat nangis..tapi meraung mintak ampun hehe
Post a Comment