SOTONG MASAM MANIS

Salam semua...

Sotong selain dibuat sambal sedap jugak dimasak masam masam manis...macam cite P Ramlee lah pulak.

SWEET SOUR SOTONG

Bahan-bahan

1 kg sotong
3-4 sdb minyak masak
2 ulas bawang putih [diketuk]
1 labu bawang besar Holland [potong dadu]
4 sdb sos cili } boleh tambah lagi ikut citarasa
3 sdb sos tomato }
2 sdb sos tiram
2 keping nenas [dipotong dadu]
1 biji lada benggala merah [potong dadu]
1 btg timun [potong dadu]

Cara :

Sotong dicelur tanpa minyak dlm kuali sehingga keluar airnya dan masak. Angkat dan toskan
Panaskan minyak, tumis bwg putih sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar.
Masukkan semua sos dan sotong. Jika terlampau pekat/kering boleh masukkan air panas sket.
Masukkan nenas, lada benggala dan timun, kacau rata.
Letak garam secukup rasa, bolehlah dihidangkan.

No comments: