Ketupat Sotong Trg


Salam semua.....

Menu hari ni, ketupat sotong Trg. Dah lama tak buat ketupat sotong, payah nak jumpa sotong besar. Kalau sotong trsbt ada telur lg sedap.


KETUPAT SOTONG (versi Trg)

Bahan-bahan:
  • 12 ekor sotong besar (yg ada telur lagi sedap)
  • 1 cawan beras pulut yg sudah dibasuh bersih
  • 1 sudu kecil halba
  • 2 cm halia } dimayang halus
  • 4 ulas bawang merah } dimayang
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • garam secukup rasa
  • secubit gula jika suka
  • 12 btg lidi sepanjang 2 cm
Cara membuat:
  • Beras pulut direndam dlm santan pekat dgn sket garam sekurang-kurangnya 3 jam
  • Kemudian masukkan beras kedlm sotong sehingga hampir 1/2 badan sotong
  • Semat dgn lidi supaya beras tak keluar
  • Selepas tu masukkan santan cair dan sotong
  • Rebus hingga sotong hampir masak
  • Kemudian masukkan lebihan santan pekat, halia, bawang merah dan halba ,garam dan sket gula
  • Renehkan sehingga kuah agak pekat boleh lah diangkat.
  • Sedap diratah begitu saja..nyummy.

jika malas nak rendam beras pulut boleh buat camni:

1 cawan beras + 1/2 cawan santan pekat + secubit garam -- > masak atas dapur hingga santan kering (pulut akan jd separuh masak) pastu sumbatkan dlm badan sotong sehingga 3/4 badan sotong baru rebus dgn santan cair..dan step berikutnya serupa spt diatas

* Jika inginkan lebih kuah, boleh tambahkan kuantiti santan..


3 comments:

My Biz said...

adussss...terliur dibuatnya huhuhuhuh

Ctnaemah said...

kene jengah pasar paka cari sotong.kot2 ada ler..Almaklum ni dah musim hujan..nelayan tak ke laut sangat..heheh

NoorMasri said...

Ulin.....sana mudah dpt sotong tak?


Ct...cari jgn tak cari hehehe