Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts
NASI MANDY DAN AYAM MANDY
Santapan tghari ni, set nasi mandy. Kalau sebelum ini saya mencuba rempah Kabshah Ustazah, kali ini saya mencuba rempah Mandy Ustazah. Mmg sedap tambah2 lagi saya letak kismis hitam dan kuning dlm nasi..nyum nyum.
Resepinya, akan di taip kemudian !
NASI KABSHAH & AYAM KABSHAH
Salam semua pengunjung Coretan Dari Dapur. Dah lama tuan tanah tidak bersiaran dek kekangan masa. Cuti sekolah ni boleh lah curi2 masa utk update blog yang dah bersawang ini.
Nasi Kabshah ni dah 2 kali akak buat, sejak cuba rempah nasi Kabshah Ustazah. Rempah tersebut saya beli di koperasi sekolah. Bagi akak rempah ni mmg memenuhi citarasa akak sekeluarga. Suami puji rasanya sedap spt di yg dijual di kedai nasi Arab, hehehehehe..kembang sekejap.
Ayam direbus dgn rempah nasi Kabshah, kemudian bila ayam dah masak saya keluarkan dan masukkan beras Basmathi yg telah dicuci, masak spt biasa. Ayam tersbt saya grill sekejap supaya permukaan atas ayam nampak cantik dan menyelerakan.
Dengan adanya rempah ini, penyediaan nasi arab dirumah menjadi amat mudah dan cepat. Yang penting sgt sedap. Cubalah......!
Ayam direbus dgn rempah nasi Kabshah, kemudian bila ayam dah masak saya keluarkan dan masukkan beras Basmathi yg telah dicuci, masak spt biasa. Ayam tersbt saya grill sekejap supaya permukaan atas ayam nampak cantik dan menyelerakan.
Dengan adanya rempah ini, penyediaan nasi arab dirumah menjadi amat mudah dan cepat. Yang penting sgt sedap. Cubalah......!
Jamuan Famili Sempena Aidilfitri 2013
Assalamualaikum....selamat hari raya buat pengunjung Coretan Dari Dapur. Sekejap betul masa berlalu. Setahun demi setahun. Dan spt tahun2 sudah, jamuan sempena aidilfitri diadakan, kali ini dibuat di rumah abg yg sulung di BBB. Tahun lepas di rumah saya, boleh lihat SINI.
Semua adik beradik turun ke KL untuk berkumpul dan lebih istimewa adik yang tinggal di Dallas pun dpt turut serta meraikannya.
Semua adik beradik turun ke KL untuk berkumpul dan lebih istimewa adik yang tinggal di Dallas pun dpt turut serta meraikannya.
Antara menu menarik selera ialah nasi arab, ayam dan lamb mandy.
Fetucini Alfredo
Nasi ayam Tat
Ketupat pulut dan rendang ayam kampung.
Nasi impit
Kek buah dan kek lapis.
Sosej roll berkeju
Puding marble
Kambing bakar/golek
Ketupat sotong
Ketupat Pulut Daun Palas
Ketupat pulut daun palas yg telah digoreng. Enak dimakan panas2 cicah serunding/rendang atau dimakan begitu saja.
Part yg paling akak suka, bahagian bucu2 sbb ianya rangup..hehehe. Ketupat goreng ni femes kat negeri Trg, rasaya negeri lain tak goreng ketupat pulut ni. Ketupat ni digoreng sekali dgn kulitnya.
Part yg paling akak suka, bahagian bucu2 sbb ianya rangup..hehehe. Ketupat goreng ni femes kat negeri Trg, rasaya negeri lain tak goreng ketupat pulut ni. Ketupat ni digoreng sekali dgn kulitnya.
Jamuan Famili
Kambing Golek (sponsored by Abg Nal)
Karipap/Samosa Ikan (special dr ku & bondaku)
Laksa Penang (special dari ku) |
Rendang ayam/Lemang Kijal/Nasi Impit (special dr ku)
| Triffle (special dari ku) |
Nasi Dagang Trg Bondaku
Salad Semenyih (special dr Farah)
Spagethi Bolognese (special dr Shahrul)
Tapai pulut, kek lapis Jakarta dan kek gulung |
Makaroni Bakar (special dr ku)
Nasi Ayam Madu
Menu tengahari ni iaitu menu kegemaran anak2, tak lain tak bukan Nasi Ayam...hari2 hidang nasi ayam kat depa pun tak pe...hehe.NASI AYAM
- 1 ekor ayam- dipotong 4
- 4 ulas bawang putih } diketuk
- 3 inci halia } diketuk
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar madu
- sedikit minyak bijan
- garam secukupnya
- 1 kiub ayam
- air secukupnya
- Ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia, bawang putih , kiub ayam dan garam secukup rasa sehingga masak
- Angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram, madu dan beberapa titis minyak bijan
- Air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup
- Ayam yg telah diperap tadi digrill dlm oven sehingga agak garing dan berkilat ATAU digoreng sehingga berkilat bolehlah diangkat.
- Bila masak potong ayam kecil-kecil dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan
Bahan untuk sup ayam:- Daun sup & daun bawang } dihiris
- 3 cawan air rebusan ayam
- sedikit bawang goreng - utk taburan
- garam jika perlu
- Tapiskan lebihan air rebusan ayam tadi kedlm periuk kecil.
- Didihkan sebentar kemudian masukkan garam jika perlu.
- Taburkan daun sup/daun bawang serta bawang goreng.
- Sedia utk dihidangkan
- 4 cawan beras
- 5 cawan air rebusan ayam - atau kuantiti air rebusan bergantung kpd jenis beras yg diguna (akak guna beras Basmathi PUSA Jasmine jd air nya 6 cawan lah)
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk
- 2 cm halia - ditumbuk
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar majerin
- 1 sudu kecil minyak bijan
- setitik pewarna kuning atau sket serbuk kunyit
- daun pandan
- Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
- Panaskan majerin, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi seterusnya masukkan daun pandan.
- Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning, minyak bijan dan garam jika perlu.
- Tanak hingga masak.
Bahan untuk buat sos cili:- 4 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi - kasi menyengat baru umpph !
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- 1 sudu kecil cuka
- 1 sudu besar minyak rebusan ayam
- 1 sudu besar sos cili
- sedikit gula dan garam
- Kisar cili bersama bahan-bahan di atas sehingga halus
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar kicap manis
- 3 sudu besar air rebusan ayam
- Campurkan semua bahan di atas kacau sebati.
Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol
Beras yg akak guna adalah beras PUSA Jasmine, panjangkan dan nasinya pun ringan je hehehe tak sedar masuk dlm mulut, sedar2 abis nasi sepinggan....dahsyat !
NASI KUNING - Hidangan utk 5 orang
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi -dicuci dan rendam 10 min
- 41/2 cawan air } atau kuantiti air mengikut kesesuaian beras yg digunakan
- 1/2 cawan susu cair
- 1 sudu kecil garam
- pewarna kuning
- 2 helai daun pandan } disimpul
Bahan utk menumis:
- 1 sudu besar minyak sapi - kalau nak ganti majerin pun ok, kurang skit kolestrol
- 2 sudu besar majerin
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 inci kulit kayu manis
- 1/2 inci halia }
- 3 ulas bawang merah } dimayang
- 1 ulas bawang putih }
Cara membuat:
- Beras dicuci kemudian direndam selama 10 min kemudian ditoskan.
- Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
- Masukkan bahan tumis.
- Goreng hingga naik bau/kekuningan.
- Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
- Masukkan air, susu dan beberapa titis pewarna kuning.
- Tanak hingga masak, gemburkan nasi dgn garpu.
- Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
GULAI IKAN AYA/TONGKOL
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar
- 3 sudu besar cili kering kisar
- 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang }bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes
- sedikit gula melaka jika suka
- garam secukup rasa
- 5 sudu besar minyak untuk menumis
- 1 sudu besar kerisik
- beberapa tangkai cili padi
Bahan kisar:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 4 cawan santan
- 2 cm. halia
- 2 cm. lengkuas
- 4 keping asam gelugur
- 1 cm kunyit hidup
Cara membuatnya:
- Ikan dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan
- Kemudian direbus dengan sedikit air, sedikit garam dan 2 keping asam gelugur
- Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya, ketepikan ( boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
- Panaskan minyak, masukkan cili kisar diikuti bahan kisar yg lain
- Goreng hingga wangi dan agak garing masukkan pes rempah.
- Tumis lagi sehingga pecah minyak kemudian masukkan santan.
- Apabila mendidih masukkan ikan yang telah direbus tadi, asam gelugur, gula melaka dan garam secukup rasa
- Renehkan sehingga agak pekat kemudian masukkan cili padi.
- Bila dah pecah minyak bolehlah diangkat
- Sedia utk dihidangkan














