Nasi Ayam Madu

Menu tengahari ni iaitu menu kegemaran anak2, tak lain tak bukan Nasi Ayam...hari2 hidang nasi ayam kat depa pun tak pe...hehe.

NASI AYAM
Bahan utk rebus & perap ayam:
  • 1 ekor ayam- dipotong 4
  • 4 ulas bawang putih } diketuk
  • 3 inci halia } diketuk
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • sedikit minyak bijan
  • garam secukupnya
  • 1 kiub ayam
  • air secukupnya
Cara membuat:
  • Ayam dibersihkan kemudian direbus di dalam air bersama halia, bawang putih , kiub ayam dan garam secukup rasa sehingga masak
  • Angkat ayam, toskan kemudian perap sebentar bersama campuran kicap manis, sos tiram, madu dan beberapa titis minyak bijan
  • Air rebusan disimpan untuk masak nasi dan buat sup
  • Ayam yg telah diperap tadi digrill dlm oven sehingga agak garing dan berkilat ATAU digoreng sehingga berkilat bolehlah diangkat.
  • Bila masak potong ayam kecil-kecil dan renjiskan sedikit minyak bijan sebelum dihidangkan


Bahan untuk sup ayam:
  • Daun sup & daun bawang } dihiris
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • sedikit bawang goreng - utk taburan
  • garam jika perlu
Cara membuat:
  • Tapiskan lebihan air rebusan ayam tadi kedlm periuk kecil.
  • Didihkan sebentar kemudian masukkan garam jika perlu.
  • Taburkan daun sup/daun bawang serta bawang goreng.
  • Sedia utk dihidangkan





Bahan untuk masak nasi:
  • 4 cawan beras
  • 5 cawan air rebusan ayam - atau kuantiti air rebusan bergantung kpd jenis beras yg diguna (akak guna beras Basmathi PUSA Jasmine jd air nya 6 cawan lah)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • setitik pewarna kuning atau sket serbuk kunyit
  • daun pandan
Cara membuat:
  • Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  • Panaskan majerin, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi seterusnya masukkan daun pandan.
  • Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam, pewarna kuning, minyak bijan dan garam jika perlu.
  • Tanak hingga masak.



Bahan untuk buat sos cili:
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi - kasi menyengat baru umpph !
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar minyak rebusan ayam
  • 1 sudu besar sos cili
  • sedikit gula dan garam
Cara membuatnya sos cili:
  • Kisar cili bersama bahan-bahan di atas sehingga halus
Bahan untuk buat sos kicap:
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
Cara membuat sos kicap:
  • Campurkan semua bahan di atas kacau sebati.
Bahan sampingan: -dihiris
  • 1 biji salad
  • 1 batang timun
  • 2 biji buah tomato

9 comments:

Amie said...

Assalam Noor,
memang anak-anak suka makan nasi ayam,
cantk nasi tu...Noor guna beras basmathi ke.

NoorMasri said...

wslm Amie, a'ah nasi guna beras kegemaran ku PUSA Jasmine hehehe...

NoorMasri said...
This comment has been removed by the author.
Umm Mymoonah said...

Wow! What a delicous feast, looks very tempting.

Liza said...

salam noor...await la menggoda sgt nasi ayam ni...anak2 liza pun suka jugak nasi ayam ...bdk2 ni lbh kurang sama jer pebereet diaorg kan...hihihih

iza said...

Assalam....
Sedap nasi ayam..
Sukanya..banyak resepi di sini...kena masukkan dalam bloglist ni..

Salam perkenalan dari Teratak Usang

Wattie said...

Assalamualaikum Noor,
Set hidangan yang digemari ramai esp kat rumah saya. Beras tu nampak elok sangat kejadiannya, warna pun lembut aja...

Chik Mimi said...

Assalamualaikum kak noor sedapnya nasi ayam dah lama saya tak buat,mmg budak2 punya pebretkan nasi ayam

My Biz said...

huhuhuhu nak buat gak le esok...sedapnya nampok kak...