Hawaiian Chicken Pizza

Salam semua....Ahad baru ni akak buat pizza. Dah lama anak2 mintak buat pizza, capsicum pun dah lama beli dah 2 minggu lebih rasanya...nasib baik cek semlm...elok lagi capsicum tu...asyik tertangguh je. Sbbnya ada ayam dan nenas yg dah hampir uzur dlm petiais jdnya akak buat lah pizza ala2 hawaiian chicken tapi stail ku sendiri lah..hehehe

Akak buat 2 adunan dr resepi dibwh, dpt lah 3 biji beso2...2 biji akak sengaja buat tebal sket...dan sebiji buat nipis sket base nya ala2 rangup gitu. Dapatlah simpan sebiji utk keesokan harinya.

Seronok tengok anak2 makan...puas depa makan, yg no 4 siap bg komen..."sedapnya pizza mak buat macam pizza hut punya "...mana tak sedapnya cis nya melimpah ruah...kalau niaga harus tak balik modal hahaha.

Hawaiian Chicken Pizza

Pizza Base

Bahan-bahan:

350g tepung roti - boleh tambah 1-2 s/b jika perlu
3/4 sudu kecil garam - paras rata
1 sudu kecil gula
3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera
225 ml air suam
1 sudu besar minyak zaitun atau minyak sawit

Cara membuat:
Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
Larutkan garam dan gula dalam air.
Tuangkan air dan minyak ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata.
Uli adunan diatas tempat permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat.
Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yang dilenser dgn sket minyak dan ditutup dgn cling film.
Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
Uli aduan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yg dikehendaki.
Letakkan kedlm dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula.
Cucukkkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti.
Bakar didlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan.
Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju.
Bakar semula sehingga keju cair dan keperangan ditepi2 nya.

Sos

Bahan-bahan:

1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano kering
garam secukup rasa

Cara membuat sos:

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih sehingga layu.
Masukkan buah tomato, semua sos, oregano, gula dan garam
Kacau hingga pekat.


Inti:

Bahan-bahan:

1 biji cili capsicum -dipotong dadu
1 biji buah tomato - potong bulat
2 keping nenas- dipotong dadu
125 g parutan keju mozzarella - kuantiti keju mengikut citarasa masing samada nak kurang atau tambah
125g parutan keju cheddar
1 keping dada ayam- dipotong dadu kemudian ditumis dgn 2 ulas bwng putih, cili flakes dan garam secukup rasa sehingga masak

9 comments:

Merckbiey said...

wah!!..sedapnyer kak..nk jugak..hehehe..yum3..nnti nak try lah resepi akak nie..=)

Rudziah said...

akak pakai keju jenama apa ek..

NoorMasri said...

Merckbiey......try la.....dialu2kan...hehee


Rud....akak beli kat BAGUS seksyen 13 Shah Alam, cis tu yg dah siap parut pun ada yg belum parut pun ada..macam2 ada kedai tu

haniQaseh said...

memang nampak resepi akak nie macam pizza hut punya..nanti blh la tie try resepi nie pulak

Ayu said...

kak nak order 1 pizza please!!..buy 1 get 1 free ya..hhehe..sedapnya pizza, dah lama tak buat..

kak Erna said...

noor..hawaian chicken memang kegemaran mak cik sekeluarga..tapi tak pernah buat sendiri..

NoorMasri said...

Hani...cuba lah...

Wani....mmg cedap..kata anak akak lah heeee

Ayu punya pasal, buy 1 get 2 free & xtra cis lagi hahaha

K Erna, try lah buat sendiri...senang aje

Aya said...

Nampak sedap sgt akak... nak kena buat gak ni..