Nasi Arab @ Mandhi



Hidangan tengahari tadi iaitu nasi Mandhi. Kali ni ada sedikit kelainan drp resepi yg dibuat sebelum ini. Kali ini akak berpandukan kpd resepi dari blog DeebPunyeCite dan Raidah. Terimakasih kpd kedua2 empunya blog tersebut yg sudi berkongsi resepi yg enak ini.
Nasi ni akak menggunakan beras Jasmine Basmathi PUSA 1121, mmg panjang kan...hehehe.

Nasi Arab @ Nasi Mandhi

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min
4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning

Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk


Stok Ayam (utk masak nasi)

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

Ayam Panggang


Bahan Perapan:

1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:

Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.


Sos Salata:


Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.
HomeMade Rempah Kabsah (Sumber Raidah)

Bahan - bahan:


1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

14 comments:

MamaFaMi said...

Salaam Noor.. Resepi nasi dan ayamnya tak bagi sekali ke? Mmm beras basmathi Pusa ye? Kat mana nak beli tu? Kami sekeluarga memang suka bebenor nasi Arab kat Saba Restoren tu... ish, buat kecur je la!

Chah said...

Wah..cantiknya kejadian nasi tu...basmati cap apa kak?

NoorMasri said...

Salam MamaFami, maaf lah lambat skit masukkan resepi....saya beli kat Econsave dlm pack 2 kg. Kami pun suka makan nasi arab hehehe.

NoorMasri said...

Chah...beras Jasmine PUSA 1121

Ida,Japan said...

sedapnyer nmpk nasi ni kak....pan jangnyer butir beras basmathi tu..suka tgk

Flower said...

Nampak sedap sungguh nasi tu Kak Noor. Satu hari nak try. Semalam baru saja makan Nasi Saffron kat indian restaurant kat sini. Tp nasi mandy ni belum pulak try. One day.

mallanhead

Yatie said...

Assalamualaikum K.Noor,
cantiknya kejadian nasi tu..panjang2 berasnya...lenkali nak beli beras mcm ni gaklah....

Gee® said...

Waaa... sedapnya nmpk... boleh cuba buat nih raya haji nti...

Mamasya said...

Aslmkum k.Noor..elok pjg je beras pusa ni....buat nasi Arab lg nampak sedap...

Nana said...

akak, thanks saya dah cube resepi akak ni. mmg sedap!

aNNe bOo said...

1st time jengah blog akak ni.... wahhhh mmg best! cant wait to try every recipe at ur blog!

Anonymous said...

assalamualaikum...
just nk share nasi ni klu di"asap"kan lg daboomm!masukkan ckit myk(sy guna myk zaitun)dlm foil then letak arang yg dah dibakar biarkan dlm periuk nasi dlm 2-3minit biar aroma asap meresap..walllah(tp ada yg x gemar dgn bau asap leh je..):D
wallhualam

Linas Cakes said...

Mintak share resepi ni ye. Tq

ida said...

As salam, recipe tried & tested & mmg sedap! TQVM. Alhamdulillah dpt jamu family members buka puasa dgn menu ni:)