MARBLE BUTTER CAKE

 MARBLE BUTTER CAKE

 Bahan-bahan:

210g tepung superfine/halus -diayak bersama baking powder
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cream of tartar
200g gula caster (tp akak guna 170g aje) - asingkan 2 sudu besar utk dipukul bersama putih telur
250g mentega
5 biji telur gred A- asingkan putih dan kuningnya
1 sudu kecil esen vanilla
emulco coklat atau serbuk koko

Cara membuat:

Panaskan oven pd suhu 160 C atau suhu mengikut oven (suhu oven akak hanya 150C)
Pukul mentega dengan gula sehingga kembang/putih
Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati (jgn terlampau lama nanti kek jd kering, sekadar rata sahaja)
Dalam mangkuk lain yg kering dan bebas dari sebarang minyak, pukul putih telur sehingga berbuih kemudian masukkan gula yg diasingkan tadi dan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk.(bila diterbalikkan putih telur tidak jatuh)
Dalam mangkuk campuran butter tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dgn campuran telur putih, kaup balik sehingga sekata. Ulang hingga habis.
Bahagikan kpd 2 bahagian, 1 bahagian dimasukkan emulco coklat.
Masukkan adunan ke dlm loyang secara berselang-seli. Akhir sekali ambil lidi sate lorekkan permukaan atasnya.
Bakar dalam ketuhar 40-50 minit atau sehingga masak.

 Tekstur kek yg halus dan gebu gebas

 Makan sepotong mau sepotong lagi ha ha ha


2 comments:

Normah Kumin said...

Assalamualaikum,

Emm sedapnya..
Kakmah ni peminat kek..

Ayu said...

Assalam sis,
kek marble nampak lembuttt sangat..minta izin ambil recipe
nanti nak cubalah..thank you ...:)