Pagi tadi dpt siapkan 2 adunan biskut Almond London. Kali ni akak guna resepi dari forum Cari sumbangan forumer, millsnboon. Difahamkan resepi ni dari arwah Sh Rodziah. Akak tertarik utk mencuba sbb katanya terbaik, rangup mungkin disebabkan ada campuran nestum di dalamnya. Dan ternyata katanya mmg benar...mmg setakat ni adalah resepi terbaik Almond London yg pernah akak cuba...sgt sedap..tak sia2 akak mencuba resepi ni...terimakasih buat arwah dan millsnboon yg panjangkan resepi tersbt..semoga arwah mendpt ganjaran drp perkongsian tersbt..amin.
Almond London Rangup
Sumber: Millsnboon Forum Cari
Resepi asal: Arwah Sh Rodziah
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm gula kaster
50gm nestum(kalau nak kisar boleh, tak kisar pun ok)- akak kisar halus
100gm tepung jagung
200gm tepung gandum(secukupnya) - akak guna tepung redrose dan menambah 30g lagi utk mendptkan doh2 yg sedang elok
Kacang badam secukupnya (dipanggang)
1 sudu teh esen vanilla - resepi asal tak ada, ni akak tambah
Almond nib secukupnya sbg hiasan.
Coklat masakan
Papercup
Cara2 membuatnya:
1) Putar mentega dgn gula hingga sebati
2) Masukkan nestum dan putar(sekejap shj) hingga adunan sebatii
3) Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata
4) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut
5) Rehatkan dlm 15 minit & ditudung dgn kitchen towel yang lembap
6) Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan samada bulat atau bujur.
7) Bakar pada suhu 170 dlm 20 - 25 minit
Untuk salutan coklat:
1) Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiling. Bila coklat dah cair, celupkan biskut menggunakan penyepit dan masukkan terus dlm papercup dan tabur sedikit almond nib diatasnya.
2) Buat hingga habis dan biarkan coklat beku, baru dimasukkan dlm container kedap udara.

* Hiasan atasnya akak ubah, sepatutnya letak almond nib tp akak letak coklat putih.

2 comments:
Slmt Hr Raya Noor...
Selamat hari raya Gee..
Post a Comment