Kek Buah Kukus Basah ? - Siri 3


Semlm buat kek buah kukus, khas utk bondaku dikampung. Mlm ni nak balik kg, kek terpaksa dipotong siap2 wpun tak sempat peram 3-4 hari, namun begitu kelembapan nya jelas terasa hehehe.

Buat kek ni menggunakan resepi Diana lagi.



KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH (Loyang 6x6 in)
Sumbangan: Diana

Bahan-bahannya
300 g tepung gandum
150 g gula halus - akak guna 60g aje dah cukup manis
3 biji telur - GRADE A
310 g mentega
250 g buah-buahan campuran - akak letak 300g
50 g kepingan badam (almond flake)
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh pewarna coklat sarsaparilla brown liquid (akak guna black treacle)

1 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil


Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

8 comments:

Anonymous said...

Salam akak,

nk tyner kalau nk order boleh ker?berapa harga nya ?

NoorMasri said...

salam....belum pernah amik order utk kek buah lagi..

Fauziah Samad said...

Kjee dah lama cari resipi ni. Mohon share. tq.

Unknown said...

SEDAPNYA KEK NI.MY HUBBY SUKA KEK CAM NI..

noorsafone said...

sedapnya noormasri...thak you share resepi ya...

reestouch said...

As salam akk kalo naik 2tingkat kukus sekali boleh ke?tq