KEK BUAH LEMBAB TERBAIK


 
KEK KUKUS BUAH-BUAHAN - Versi Basah (Loyang 10x10 in)
Sumbangan: Diana resepi asal sila rujuk sini

Bahan-bahannya

500 g tepung gandum
100 g gula halus - letak 90g jer
5 biji telur - GRADE A
500 g mentega
250 g buah-buahan campuran
250 g kismis hitam
50 g kepingan badam (almond flake) disangai
50 g walnut-dicincang dan disangai
50 g biji bunga matahari -disangai
1 2/3 sudu teh bicarbonate of soda
1 2/3 sudu teh cream of tartar
1 1/4 sudu teh esen vanilla

1 3/4 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil


Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 500 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.


Ulasan:
Setelah beberapa kali membuat kek ni dan mengubahsuai akhirnya inilah kek yang memenuhi selera akak.
Kek buah yang sedang2 manisnya, penuh rasa buah dan kekacang sekali makan sepotong pasti nak lagi. Lepas ni mmg kekal guna resepi ni je.


6 comments:

cikla said...

salam kenalan..cantiknye jadi kek buah...ela dulu pernah buat tapi buah mendap semuenye

Sweet red cherry said...

salam..

saya suka sangat makan kek buah tapi x tahan tunggu lama kek ni masak.

Unknown said...

Kakpb suka juga kek buah tapi tak berani nak buat..hehe...beli je jawabnya.

Unknown said...

salam kak,minta ijin copy resepi ya!!

Unknown said...

Selalu beli je,nak buat tapi xtaw bila nk buat tue haha..saya share ye resepi ne..tq:-)

Ummi said...

Minta izin salin resepi ini. Saya memang suka sangat2 tapi tak pernah membuatnya. Insyallah tahun ini untuk Raya 2018. Terimakasih.