CHEWY GOOEY BROWNIES

Salam semua..sejak cuti sekolah ni akak rajin sikit lah baking membaking. Oven tu pun dah lama bertapa. Hari ni ambil peluang utk buat brownies yg termashyur suatu ketika dulu masa akak masih lagi kat Forum Cari. Masa tu ramai yg dah mencuba dan memberi komen yg sgt positif tetapi akak tidak berkesempatan utk membuatnya sehingga hari ni baru teringat nak mkn brownies resepi 1mas2ra ni.
 CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : Wan Mastura (1Mas2ra Forum Cari)

A
250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

B
6 eggs
340g brown sugar - letak 280g aje
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

C
80g tepung gandum } diayak
60g cocoa powder }
140g kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepong dan koko

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - akak guna acuan 10x10
2. Double boil bahan A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan-bahan B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache, Boleh juga dimakan dengan icecream atau sos kastad 

 

Tengok texture dari dekat mmg sgt2 gooey dan chewy..hehehe.

Mas, terimakasih sudi kongsi yg sgt enak ini...sekali saya mkn berkeping2 masuk mulut. harus kg ku naik sepanjang cuti sekolah ini.

Komen: Memang TERBAIK lah resepi ni. Boleh kasi 5 bintang !

4 comments:

Chik Mimi said...

betul kak noor mmg sedap rcp brownies ni saya pun suka

Anonymous said...

salam chik Mimi, penggunaan tepung tu memang sikit shj ker? 80grm tepung kalau sukat ke cawan..jadik 1 cawan tepung ker? maaf byk bertanya sbb teringin sgt nak cuba resepi ini.. terima kasih byk2..

Zulkifeli Md Yunus said...

Sedapnyaaaa....Akk boleh minta izin share gmbrr niii...

Zulkifeli Md Yunus said...

Sedapnyaaaa....Akk boleh minta izin share gmbrr niii...