Friday, September 16, 2011

Soto Ayam

Juadah berbuka puasa bulan Syawal pd hari ni, tak lain tak bukan SOTO. Bila puasa, makanan berkuah/bersup mmg menjadi pilihan utama. Soto ni dimakan panas2 mmg enak sekali. Akak nya soto ni tak lengkap, suhun goreng tak de....dah pergi 2 kedai nak beli suhun tapi kedua2nya habis...pelik2..hehe..

SOTO

Bahan-bahan: Anggaran untuk 5-6 orang
  • ½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2
  • 300 g nasi himpit segera } direbus hingga masak kemudian sejukkan
  • 1 sup bunjut Adabi
  • suhun } digoreng
  • 1 tangkai daun bawang }dihiris
  • 1 tangkai daun sup} dihiris
  • 100 g kacang tanah }digoreng
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • 100 g taugeh } buangkan ekornya
  • air secukupn
  • garam secukup rasa
Bahan penumis:
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
Bahan kisar:
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu besar jintan manis biji
  • 1/2 sudu besar jintan putih biji
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 2 biji buah keras
Cara membuat sup/kuah:
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.
  • Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.
  • Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.
  • Setelah masak keluarkan ayam, ambil isinya siat-siatkan dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan balik kedalam kuah sup tadi.
  • Ketika menghidang,isikan nasi impit ke dalam mangkuk kemudian masukkan pula suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng dan sambal kicap. Tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan.
Bahan sambal kicap:
  • 10 biji cili api
  • 7 sudu besar kicap manis
  • 1 ulas bawang putih
Cara membuat sambal kicap:
  • Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.
Bahan untuk begedil:
  • 500 g kentang
  • 150 g daging kisar
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
  • ½ gengam bawang goreng
  • 1 biji telur
  • sedikit daun sup }dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuat begedil:
  • Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
  • Daging digoreng hingga kering airnya.
  • Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa.
  • Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.
  • Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
  • Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.
  • Nota: Jika suka, nasi impit boleh digantikan dgn mee hoon atau mee kuning yang telah dicelur.

6 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam selamat hari raya soto ayam mmg fv tu...nak pulak ada begedil..sure betambah2

Ida,Japan said...

sedapnyer nmpk soto akak.....nak buat cam akak ni, cam malas....ida ada pes soto...buat pakai pes jer la,ha..ha..slm syawal dan slm satu malaysia

Diana @ Melley Mey said...

sedapnya tgk soto tu.... terliur tgk... nak buat sndiri mmg x reti nak buat... jamu mata jer kat cnie dulu yer.. :)

NoorMasri said...

selamat hari raya sheila....akak pun suka bergedil....kalau makan soto tak de bergedil ibarat lagu tanpa irama...cewah

NoorMasri said...

Salam syawal...dan salam satu malaysia buat Ida.....ada ke jual pes soto kat sana..kalau pes dah abis guna lah kaedah mesin bahan2 mentah rempah biji tu....supnya menghasilkan bau yg sgt harum....cuba lah....

NoorMasri said...

salam Diana......senang aje buat nya.....belajar lah buat..pasti tak nyesal...hehehe