Siakap Masam Manis

Menu berbuka puasa semlm, ikan siakap masak masam manis. Anak2 akak mmg suka masak masam manis, hanya akak je yg kurang suka. Kenapa akak kurang suka sbb tak berapa pedas hehehe.

Oleh krn sibuk berbuka puasa semlm, hanya dpt snap gambar sekeping je pun. Lagi pun pencahayaan tak berapa cantik bila mlm.

Anak akak cukup suka ratah tepi2 dan hujung ekor ikan, sbb ianya rangup. Ikan tersebut akak sapu dgn tepung jagung dan sedikit garam baru lah digoreng, hasilnya luar ikan mmg rangup.

SIAKAP MASAM MANIS

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
sedikit tepung jagung
sedikit minyak masak utk menggoreng dan menumis
2 ulas bawang putih } diketuk
1 labu bawang besar Holland}potong bulat @ dadu
1 s/b cili kisar
4 s/b sos cili } boleh tambah lagi ikut citarasa
3 s/b sos tomato }
2 s/b sos tiram
2 keping nenas } dipotong dadu
1 biji lada benggala merah } dipotong dadu
1 btg timun } dipotong dadu
garam secukup rasa

Cara membuat:

Ikan dilumur garam dan tepung jagung kemudian digoreng hingga masak.
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak, tumis bwg putih sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar. Goreng hingga garing kemudian masukkan semua sos.
Jika terlampau pekat/kering boleh masukkan air panas sket.
Masukkan nenas, lada benggala, bawang dan timun, kacau rata.
Letak garam secukup rasa.
Bila dah masak bolehlah dicurahkan ke atas ikan tadi.
Sedia utk dihidangkan.

4 comments:

Nieza said...

sedapnya..memang suka ikan siakap msk gini. saya pun sama kak selalu ambil gambar mlm jer time winter ni gelap sokmo jer.

NoorMasri said...

Nieza, bila mlm mmg tak de mood ambil gambar sbbnya dah tahu mesti tak terang hehehe. Wah sana winter ye, mesti cepat dah mlm kan...bestnya main salji

Kak Sam said...

Perghh sedapnya kak. Saya kalau buat kena letak cili padi banyak2 kalau tak pedas hubby tak makan.

Mamasya said...

Aslmkum k.Noor

anak2 sy pun suka ikan siakap masak gini...maklumlah tak pedas...sypun suka sbb mmg tak tahan pedas...