Wonderfully Soft Bread


Cinnamon Rolls yg dibuat beberapa hari yg lepas. Kali ini menggunakan resepi Florence, Wonderfully Soft Bread. Akak dan anak2 mmg menggemari apa2 yg diletak cinnamon, pendek kata mmg suka lah dgn bau cinnamon ni hehehe.

Komen akak, roti ni memerlukan masa yg panjang utk mengembang mungkin disebabkan kandungan susu, gula, telur dan butter yg byk menyebabkan aktiviti yis agak terganggu. Doh nya masa mula2 menguli mmg agak lembik dan melekat2 di tangan tetapi setelah lama diuli lama2 doh tersebut akan jd licin dan tidak lagi melekat2.

Cinnamon Rolls

Buat empunya resepi izinkan akak letak resepi kat sini utk rujukan di masa depan.

Bahan-bahan:

  • 310g tepung roti
  • 60g tepung kek (superfine flour)
  • 40g Nestle CoffeeMate - ni akak guna susu tepung anak aje hehehe
  • 115 ml susu segar
  • 20g susu pekat manis
  • 55g gula castor
  • 3g garam
  • 7g yis kering
  • 1 telur + 2 kuning telur
  • 40g mentega


Egg Glace: 1 telur + 1 st susu segar @ air - dipukul sedikit


Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan kecuali mentega, uli sehingga menjadi doh.
  2. Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga licin/tidak melekat.
  3. Perap selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda
  4. Tumbuk dan canai menjadi btk segiempat. Sapu mentega atasnya kemudian tabur dgn campuran gula perang & cinnamon serta kismis.
  5. Kemudian gulung memanjang dan potong menjadi beberapa ketul yg sama saiz.
  6. Susun dlm loyang dan biarkan naik sekali ganda. Sapu egg glace atasnya baru lah boleh dibakar.
  7. Bakar roti pd suhu 170C selama 15-20 min. Apabila masak, dan ketika masih suam sapukan mentega cair atasnya.Sedia utk dimakan.

6 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer cinnamon roll.. jom kita bertukar2 roti.. hehehe...

EmbunRosaliza said...

Assalam Noor, cantik nampak cinnamon rol tu, tambah sedap lagi bila di hidangkan dlm pinggan yg cantik tu

Chik Mimi said...

kak noor geramnya tengok cinnamon roll akak ,nnti kita tiru ye kak

KakAsma said...

kak noor,
cantik ajer akak buat roll tu,nak makan pun sayang,,,,

noormasri said...
This comment has been removed by the author.
noormasri said...
This comment has been removed by the author.