Som Tam @ Kerabu Betik

Som Tam yg dibuat pada hari Selasa lepas. Som Tam ni akak suka ratah begitu saja, makan dgn nasi pun sedap...pendek kata ianya pembuka selera. Buat pun tak susah. Walau pun bahan2 nya simple tapi sedap.


SOM TAM

Bahan A:

1/2 biji betik muda - dicuci kemudian disagat halus
1/2 btg lobak merah - dicuci kemudian disagat
3 batang kacang panjang - dipotong kecil
2 sudu besar sos ikan
1/2 s/b gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
2 biji limau nipis - ambil air
3-4 s/b kacang tanah - digoreng kemudian ditumbuk kasar

Bahan B:

2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar udang kering - direndam kemudian toskan
4 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas

Cara membuat:

Tumbuk kasar bahan2 B kemudian digaul bersama bahan2 A sehingga sebati.
Sedia utk dihidangkan.

11 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduhh terliurnya... rasa mcm nak terkam & tumpang ratah jugaklah.. tp mesti dah abis kan? nak cari betik muda.. betik muda.. betik muda.. heheeh...

Wattie said...

Assalamualaikum Noor,
Sedapnya somtam....nak sepinggan heheheh. Tak pernah cuba lagi ni, selalu beli aja kat kedai tomyam

umi said...

salam kak Noor..lama tak tinggal jejak sini. terliur tenguk somtam tuh. aiskrim tu pun sedap, suka!

NoorMasri said...

Madiha...betik muda ada lagi 1/2 biji dlm petiais...nak ke? hehe

NoorMasri said...

wslm wattie...cuba lah senang dan murah aje kos nya

NoorMasri said...

wslm umi...tq krn sudi jejak ke sini lagi

kribo said...

hihi.. cikguu ni mak saya pernah buat. xD sedappp oohhh

Acik Erna said...

assalam nor..paling acik suka omtam ni..tapi susah nak jumpa disini..biasanya kalau pi kelantan baru acik dapat makan..
acik ambik resepi ye..nak cuba buat bila ada masa nanti..

NoorMasri said...

kribo...mesti emak kamu silap resepi heheeee

NoorMasri said...

wslm Acik, cuba lah....

Anna Qawina said...

tak pernah makan somtam..nak tumpang ceduk..hehe