Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol

Menu tengahari ni iaitu nasi kuning berlaukkan gulai ikan tongkol @ aye. Dah lama tak makan/buat nasi kuning. Kebetulan ada 2 ekor ikan tongkol dlm petiais, dan santan kotak pun ada apa lagi hasilnya spt gambar di atas lah. Walaupun namanya nasi kuning, tetapi nasinya tak berapa kuning terkurang lah pulak taruk pewarna.

Beras yg akak guna adalah beras PUSA Jasmine, panjangkan dan nasinya pun ringan je hehehe tak sedar masuk dlm mulut, sedar2 abis nasi sepinggan....dahsyat !

NASI KUNING - Hidangan utk 5 orang

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras basmathi -dicuci dan rendam 10 min
  • 41/2 cawan air } atau kuantiti air mengikut kesesuaian beras yg digunakan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan } disimpul
Bahan utk menumis:
  • 1 sudu besar minyak sapi - kalau nak ganti majerin pun ok, kurang skit kolestrol
  • 2 sudu besar majerin
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1/2 inci halia }
  • 3 ulas bawang merah } dimayang
  • 1 ulas bawang putih }
Cara membuat:
  • Beras dicuci kemudian direndam selama 10 min kemudian ditoskan.
  • Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
  • Masukkan bahan tumis.
  • Goreng hingga naik bau/kekuningan.
  • Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
  • Masukkan air, susu dan beberapa titis pewarna kuning.
  • Tanak hingga masak, gemburkan nasi dgn garpu.
  • Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
GULAI IKAN AYA/TONGKOL
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang }bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes
  • sedikit gula melaka jika suka
  • garam secukup rasa
  • 5 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar kerisik
  • beberapa tangkai cili padi
Bahan kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 cawan santan
  • 2 cm. halia
  • 2 cm. lengkuas
  • 4 keping asam gelugur
  • 1 cm kunyit hidup
Cara membuatnya:
  • Ikan dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan
  • Kemudian direbus dengan sedikit air, sedikit garam dan 2 keping asam gelugur
  • Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya, ketepikan ( boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
  • Panaskan minyak, masukkan cili kisar diikuti bahan kisar yg lain
  • Goreng hingga wangi dan agak garing masukkan pes rempah.
  • Tumis lagi sehingga pecah minyak kemudian masukkan santan.
  • Apabila mendidih masukkan ikan yang telah direbus tadi, asam gelugur, gula melaka dan garam secukup rasa
  • Renehkan sehingga agak pekat kemudian masukkan cili padi.
  • Bila dah pecah minyak bolehlah diangkat
  • Sedia utk dihidangkan

12 comments:

INA said...

Salam Kak..nak tanya kalau x de rempah gulai nasi dagang boleh tukar ke rempah kari ikan ke..

Cendana Kasih said...

sukanya tgk gulai ike aye tu... rasanya dah seminggu ike aye tak masuk rumah....huhuhu

NoorMasri said...

Salam Ina, boleh aje guna rempah kari ikan Babas....ok gak

NoorMasri said...

CK, kenapa ikan aye tak masuk umah....bg laluan kat ikan lain ye heheh

Chik Mimi said...

kak cantiknya nasi akak guna beras tu panjang

Liza said...

salam noor....nasi kuning ni ada rasa macam nasi lemak ke?nk try buat jugak la, terliur laa....hihihi

Ben said...
This comment has been removed by the author.
inahar ali said...

salam noor..woww..cantiknye beras tuh! nmpak gaya kena beli gak beras pusa ni kan..sebelum tuh pn doc nk tumpang mamam sepinggan dulu ek..hehe!

Wattie said...

Assalamualaikum Noor,
Waaaa ada nasi kuningla kat sini, siap lauk ikan tongkol lagi...nasi pun cantik jer jadinya. kita dah cuci tangan dah ni, nak mai duduk bersila boleh...

Mas Michiko said...

Sedapnyerrrrrrrr.... jika ada masa jom ler jenguk sy punya blog smbil kita kongsi2 resepi... http://www.michikocyclingsukasuka.blogspot.com

Izzara imani said...

Sya tambah dgn acar buah