Chocolate Chip Cookies

Cuti2 sekolah ni anak2 asyik nak makan je. Petang semlm saja lah suruh anak2 buat cookies ni, dorang ni mmg suka kalau disuruh menggentel cookies ni, akak hanya adun yg selebihnya bg anak2 siapkan. Resepi dari buku Easy Baking, buku akak beli kat UK tak lama dulu. Dulu masa kat UK kalau ke carboot sale mesti cari buku resepi yg berkulit tebal biasanya depa jual dlm 50pence saja, murah kan drp harga asal 19.90 pound. Omputeh ni cukup cermat dan menjaga barang2 depa dgn baik. Wpun depa jual barang yg depa tak nak tapi barang tersbt masih cantik dan kelihatan baru. Sempat jugak lah akak kumpul koleksi buku2 resepi kulit tebal dr sana. Sekrng akak terasa rindu betul nak pergi carboot kat sana :(

Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan: menghasilkan 38 keping biskut

350g tepung gandum - akak guna tepung cookies
secubit garam
2 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1 tsp emplex (perangup biskut) - ni akak suka2 tambah
150g butter
6 s/b golden syrup
100 g soft light brown sugar - akak guna 70g aje
250g chocolate chips

Cara membuat:

Ayak tepung bersama bahan penaik dan garam.
Masukkan butter kedlm tepung yg telah diayak ramas sehingga sekata.
Masukkan gula, syrup dan chocolate chip kemudian gaul sehingga menjadi doh.
Bulat2 doh kemudian susun kedlm loyang yg telah digriskan.
Apabila habis bulat2 kan, penyekkan bebola tadi menggunakan tapak tgn supaya menjadi agak leper.
Bakar selama 15 min pd suhu 170C atau sehingga keperangan/masak.
Sejukkan atas redai, simpan dlm bekas kedap udara.

* Akak tambah 60g kacang walnut cincang kedlm adunan.

6 comments:

Nuridah said...

cuti sekolah nie..mcm2 nk dibuat lebih2 lagi kalau cookies cam nie...kejap dh hilang...hehe

NoorMasri said...

mmg betul Nuridah..sekejap ada, sekejap tak de..hehe

Chik Mimi said...

yela kak cuti sekalah ni maknya kena extra work hehhe

Mamasya said...

Sedap ngunyah biskut choc chip....kejap je licin anak2 sapu.
murahkan buku2 kat carboot sales...brg2 lainpun murah dan masih elok...betul tu org putih mmg cermat...tak nak guna jual je...tak simpan. sypun kdg2 teringat carboot kat sana....salah satu xtvt utama bila week end..yg paling best masa summer sbb ramai seller...
k.Noorma di UK kat mana dulu...sy di Leeds.

Siti Rohayah said...

nampak sedap.. saya mohon share di blog saya resipi ini.. mencuba untuk resipi kuih raya tahun ini.. terima kasih kerana sudi share :)