Tuesday, December 7, 2010

Bingka Ubi Kayu


Petang semlm buat kuih bingka utk minum petang. Kuih ni mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Resepi asalnya dr sahabatku ZaZa Forum Cari. Suka sgt dgn resepi ni, bingkanya lembut je.

Lihat lah bingka ku yg terhangit tu, masa buka api atas 10 min terakhir tu terleka tengah masak lauk...tup2 berbau cam hangit....tengok2 dah hitam...hahahaha. Tapi yg hitam tu lah sedap..kehkehkeh.


Bingka yg dah keluar dr loyang, utk dipotong........


BINGKA UBI KAYU (Pn Za)

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan ubi kayu yang telah diparut- toskan atas penapis santan selama 30 min utk buang airnya
  • 2 cawan santan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir - guna 3/4 cawan aje sbb suka kuih tawar hahaha
  • 4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan -ganti butter cair lg sedap
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu makan minyak jagung untuk dileserkan pada loyang
Cara membuat:
  • Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
  • Campurkan semua bahan hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.
  • Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.
  • Sejukan baru dipotong.

2 comments:

My Biz said...

akak...nih bingka yang ulin makan hari tu yek....eiii nak cuba lah....teringat ingatlah kak ma...kalau lah ku bolih import kak ma kan senang huhuhu

NoorMasri said...

haaa..yg ulin makan tu la....cuba lah. sana senang dpt ubi kayu kan...dr jamaica