Ikan Singgang Pedas

IKAN SINGGANG PEDAS

Bahan-bahan:
  • 600 g ikan kembung/selar kuning atau apa2 ikan yg digemari (gambar diatas menggunakan ikan selar)
  • air secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • beberapa tangkai daun kesum
  • 1 tangkai bunga kantan
  • garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
  • 6 tangkai cili merah } nak lagi pedas boleh tambah cili api
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1.5 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
Cara membuat:
  • Ikan dibersihkan dan di toskan.
  • Masukkan air, asam keping dan bahan tumbuk ke dalam periuk
  • Kemudian masukkan ikan.
  • Renihkan sehingga mendidih dan ikan masak. Masukkan daun kesom/bunga kantan
  • Rasakan garam secukupnya, bolehlah diangkat

3 comments:

hana said...

td mmula nak menyinggang ikan serani... tp disebabkan agak pedas pikir pulak utk budak2 nih..last2 goreng rempah ajer! hahaha... mintak sket kak... sedap irup kuah dier tuhhh

Nieza said...

akak, saya nk tapau semangkuk...nk hirup kuah tu...slurpp!!..sedapnya..heheh

NoorMasri said...

hana...singgang akak ni nama je pdas tapi tak pedas mana pun hehe


nieza...mangkuk mana? tak bawak mangkuk tak leh tapau